tentang
banner
tutor
fb
home

Friday, May 10, 2013

Day 3 : Berpindah ke Hotel Pop, Festival Citymall Bandung [ part 5 ]

Aku dah kembali dari MC. Ubat dah sedia ada, cuma nak telan dengan tak. Hihihi. Jom sambung cuti-cuti Bandung.


Setelah 3 hari 2 malam menginap di Hotel Patradisa, kami mengambil keputusan untuk berpindah ke hotel lain. Kenapa? Sebab di Hotel Patradisa tiada tempat berdekatan yang menarik untuk kami lawati ketika waktu malam.




Sebenarnya pagi sebelum melawat ke Kawah Putih kami terus checkout. Singgah di Hotel Pop untuk bayar deposit. Takut takde tempat nak tidur malam itu. Esoknya aku dan kawan aku dah nak balik Malaysia.





Itulah warna-warni di setiap pintu bilik. Maaf sangat kerana aku tak sempat ambil gambar suasana dalam hotel. Tapi kalau untuk duduk 3-4 orang okay sangat. Bab toilet macam pelik sikit pasal ala-ala dalam satu pondok gitu. Tapi best!


Untuk harga pun aku tak pasti tapi mahal sikit dari Hotel Patradisa. Lebih kurang RM 120 macam itu kalau tak salah. Keadaan dalam bilik sangat selesa. Korang nak tengok macam mana biliknya { tengok sini }.


Hotel Pop terletak dalam shopping mall tau. Aku tak berkesempatan nak round mall sebab dah lambat. Sempat makan bakso je di restoran dalam itu. Korang yang bakal menginap, duduklah sini. Siang pergi jalan-jalan malam pula round dalam shopping complex.


Bagaimana nak check in atau nak tahu harga, boleh tengok sini POP! Hotel Bandung Festival Citylink.



Selesai sudah entry di hari ketiga, Keesokan hari bersamaan hari Sabtu 20/4/2013 aku kembali ke Malaysia flight jam 8.30 am.



Kesimpulan @ rumusan dariku sepanjang berada di Hotel Pop

1)  Keadaan hotel sangat selesa dan strategik coz dalam mall

2) Anda sangat digalakkan cari maklumat hotel mana berkenan dan berbaloi. Baca apa yang direview oleh mereka yang telang menginap. Ambil mana yang baik.

3) Wifi disediakan

4) Keselamatan lebih terjamin 


Baca entry yang lain juga 

Day 3 : Membeli barangan kulit di Cibaduyut Bandung [ part 3 ]


Day 3 : Wajib singgah di Kartika Sari Bandung [ part 4 ]





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

32 dak comei sayang YUI:

Miss N™ said...

mohon yui jgn skip mkn ubat.. :)

cantiklah...tandas ala2 pondok..?
yui xamik pic ke..hihih

tp mmg menariklah hotel tu..ceria.. :)

NM03 said...

aku suker tema hotel tu. sbb aku suker rainbow

Ujie Othman said...

Tengok pintu tu pun dah terbit rasa ceria!

shaFazie said...

warna warni hotel nie..cntekknye

Kakzakie Purvit said...

Kakak ke sini sebab nampak FM di blog Tihara. Baru baca sekali ini perjalanan yg dilalui di sana. Tak baca lagi yg part 1-4..

Noor Atikah Ramli said...

yuiiiii..hotel tu comey . heeeee

Unknown said...

ehh apa ni mls mkn ubat..camne nk cpt baik cam tu? huhu.. amboii x abis lagi tu citer psl ke bandung..hihi..saje bikin jeles.... ;p

Kekzamanis said...

Unik hotel pop ni.. Lain dari yang lain.. =)

Dylla Abas said...

yg penting ada wifi! huhu :p

J.Syazwana said...

bestnya. wuwuuuu.

ade rezeki kite pasti datang. huhu

Unknown said...

best bc kisah g bandung..

Shakira Pathi said...

Cantik gila warna pintu hotel :D

Unknown said...

Mesti best hotel tersebut ;)

Mimie said...

wah nih crite 44 ari 44 mlm xabis nih..hahahaha

:: CIKVIVA :: said...

nak tengok pic toilet ala pondok tu buleh? haha

beta kupu said...

bila la sy nak smpi sna ni Yui?! tp btl la, toilet di unik!

Kamsiah yusoff said...

salam kenal & akak follow sini
cuci mata tgk tempat2 best kat Bandung..:)

Unknown said...

cantik la bilik dia..nampak moden..

eima said...

bestnye jalan2 ...

kurus said...

cantik bilik nie .. memang nampak modern dan warna warni !

aibbb jgn malas2 ..

Tie HT said...

bersihnya hotel dia yui, colorful :)

Fifi Nadhrah said...

tgk gambar.. meriah cerie hotel pop ni..

Nur Zulaikha said...

bestnye dpt jalan2...xde ole-ole?hehehe

kyo_9 said...

keselamatan terjamin?
hotel mana yg x terjamin ek???
;p

Diari Si Froggie said...

ha ape nie malas2 makan ubat.. tak mo..tak mo.. moga yui cepat sihat. Wah aida baru singgah sini lama tak singgah yui pi bandung rupanya.. banyak entry tercicir ha. Betul2 kalerful hotel dia eh? aida tgk toilet dia unik kot.. dalam dia pun ok moden.. :)

Anonymous said...

colourfull nye pntu dia mcam plangi haha :) btw jgn lupa mkn ubat ok!

anda ditag!

http://ikutsukaakuaje.blogspot.com/2013/05/nak-tahu-tentang-saya.html

Tengkubutang said...

waaaaaaa.. bestnyaa dpt jalan2..

Unknown said...

yg penting ada wifi boleh online..ekeke :P

Azhafizah MN said...

menarik pintu hotel warna warni.dalam pasti warna warni gak kan.

IntaNBerliaN said...

cantiknya... warna wearni

Shida Radzuan said...

mst yui rasa xnak balik kan hehee :D

Sharinginfoz said...

Seronok btl, boleh dijadikan rujukan kelak