tentang
banner
tutor
fb
home

Monday, April 29, 2013

Day 3 : Makan dan minum di Saung Andir [murah dan sedap ] Part 2

Di hari ketiga di Bandung, setelah melawat ke Kawah Putih { entry }, kami singgah makan di Saung Andir. Restoran ketiga bagi aku ketika bercuti di Bandung.




Kami makan untuk 10 orang termasuk supir Andry. Air wajib yang sudah lama ku kempunan sejak berada di Malaysia iaitu Jus Avokado atau panggilan di sana kalau tak salah aku jus alpukat.


- sekejap aku sedut air ini -


Member aku nak try juga rasa jus avokado tapi sayangnya tak kena dengan tekak. Hihihi. Aku? Semua aku bantai sebab aku suka merasa sesuatu yang baru.




Semua makanan di atas kami order untuk 2 set setiap hidangan. Semuanya sedap. Tak rugi order. Ikan pon besar, ayam lembut walau ayam kampung, sambal pula perghhh meleleh! Sup ikan pon nyummmyyy.  Pendek kata sangat sedap.


Harga dalam RM 200+. Aku rasa berbaloilah untuk 10 orang makan. Lagipun memang ada yang kata untuk barang memang murah di Bandung tapi untuk makanan lebih kurang sama dengan kita di Malaysia.




Suasana Rumah Makan pon asyiikkkk. Mendamaikan. Kepada anda yang bakal bercuti dan singgah ke Kawah Putih, jangan lepaskan peluang makan di sini  setelah turun ya. 


Kesimpulan @ rumusan dariku sepanjang berada di Rumah Makan Saung Andir

1) Cubalah masakan orang di sana

2) Antara menu wajib ialah cuba masakan gurame, jus avokado, teh botol, tempe & sambalnya

3) Untuk air, boleh lah order air yang berlainan dari kawan. Sama-sama rasa. Baru tahu nikmatnya.


Baca entry yang lain juga ♥

Day 3 : Bergambar di Kawah Putih [ part 1 ]


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

25 dak comei sayang YUI:

Shakira Pathi said...

Selalu makanan indon yg biase makan bakso je hehe :)

combi said...

bestnye bercuti...

иʋя 'αιƨʏαн κнαℓιℓ said...

masakan padang laa best kak yui. jus alpukat tu manis gilaa kot. sy kalau kat indonesia tu,minum air suam je. jaga kesihatan. ceh! haha

kurus said...

bestnyaa dah sampai bandung
akk sampai jakarta aje .. entah bila nak ke bandung ;)

Nory Zoulkefle said...

nmpak macam sedapp je jus avokado tu...hehe

eMMe said...

aa'ah..jus alpokat
sedap n nyaman diminum, air yg benar2 sejuk..., kalo hilang sejuknya, tak lalu dah tekak ni meneguknya,hehehehe...

beta kupu said...

Yui, apa maksug gurame tu, lauk pauk ke? aah kan mcm best je jus alpukat tu ;)

Unknown said...

yui mmg suka mencuba kan.. jijah ni takut nak makan benda pelik2 kat tempat orang..hehe

Anonymous said...

masakan2 dier nampak len dan menariklah !

miss yatie said...

sedap tak makanan kat situ

Tie HT said...

sedapnya alpukat, lama dah akak nak try ni tak jumpa2 lagi..btw nice story yui..citer lah lagi :)

Azhafizah MN said...

wajib try benda baru kan..bukan selalu dapat merasa pun kan..tengok juadah pun dah terliur dah ni. :)

Jahirah said...

tu la ramai yg ckp harga makanan lbh krg je cuma kuantiti banyak sikit kot...ke sama je...heheh

Miss N™ said...

jus alpokat..teringin nak mencuba....

[sutera kasih] said...

wahhh bestnya awk g bandung :)

are_lin@yu said...

bestnya tgk mknn tu...hehe

Lydia Tajidi said...

Jus alpukat sangat sedap!! Wee~

J.Syazwana said...

one day nak jejak jugak bandung. hihihi

Unknown said...

wahhhh..menunya !!

Fifi Nadhrah said...

teringin jus alpukat..

Anonymous said...

sedapnya air tuh..adoi2.

senang bawak yui ni,semua dimakannya..tak cerewet tkak.

Dylla Abas said...

just avocado tu nmpk menarik la..kt malaysia mmg xde ek..? mcm teringin nak cuba la pula..

Kekzamanis said...

Tu dia.. Asikkk makan! ^_^

:: CIKVIVA :: said...

pasni g kedai try order jus alpukat lah pulak..

Anonymous said...

saya orang sunda dari bandung,pingin ngasih tahu temen 2 bahwa bandung mayoritas adalah beragama islam hampir 99.9% dan insyallah islamnya orang bandung islam yang taat sehingga di bandung ttg makanan ini di kaki lima pun saya tidak ragu akan kehalalannya insyallah, makanya di bandung jarang rumah makan dituliskan Rumah makan Muslim, beda kalau ke medan kadang rumah makan padangpun bertuliskan rumah makan muslim karena di medan rumah makan panggang babi dengan rumah makan padang kadang tetanggaan