tentang
banner
tutor
fb
home

Friday, April 14, 2017

Ayam Goreng Pedas Mcd yang viral tu

Dah berminggu Yui beli, saja up harini memandangkan ada gambar dalam hp. Beli pun sebab kebetulan tak tahu nak dinner apa. Jadi, Yui dengan akak rumah cubalah ayam goreng pedas hat dok viral sangat.


Kau tengok iklan di televisyen, perghh teruja tau! Hebat sungguh marketing dia. Iklan macam tu buat hati rasa tak sabar pergi dan mencuba sendiri.



Ini rupa ayam pedas itu
Lokasi : Mcd Station 18, Ipoh


Sampai je mcd lebih kurang 8.40 malam, tu diaaaaa punya ramai manusia. Beratur panjang, yang dimeja pun penuh dengan orang. Lebih kurang 15 minit juga baru nak selesai pembelian.


Pendapat peribadi Yui,
Biasa aje sebab tepung dia. Kakak rumah bagitahu, di mcd lain tepung dia nampak berbeza. Pedas tu memanglah pedas tapi kalau dengan tekak Yui pedas ini masih boleh diterima. 


Lagi satu,
Ayam kakak rumah tu, ya ampunnnnn. seketul tu kecil. Jauh berbeza. Kalau betul nak letak 2 ketul, letak la saiz tu hat relevan sikit. Berbaloi dengan harga. Sepatutnya dah kena get ready tempat akan diserbu, jaga kualiti tu sama ya.


Repeat ayam pedas?
Tidak. 


Maaf kalau pendapat kita tak sama. Sebab tekak lain-lain. Ini pendapat peribadi. Oh ya, di mcd Station 18 ni, kalau malam korang nak order aiskrim/sundae dan seangkatan, jawapan sama saja dari dulu "tengah cuci mesin". Haihhhhh.


Setakat ni ayam KFC lebih hebat walau dah nampak kekurangan dia berbanding dulu.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

16 dak comei sayang YUI:

Anum said...

nyum2

Wanie Masduki said...

ayam mcd memang kecik..dari dulu dh ada ayam ni..tapi tah kenapa sekarang dh viral baru orang nak serbu macam tak pernah makan..huhu..bercinta nak beratur dekat mcd..dekat shah alam ni ada yang sanggup tunggu hampir sejam untuk dapat ayam mcd..lagi worst skrg ni, baru pukul 7 petang dah habis

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

CCL tak sempat lagi nak merasa ayam goreng mcd ni

SIQAHIQA said...

Lahh yeke yui.. Siqah tak rasa lagi Ayam goreng MCD yang viral ni. Kemain orang cakap sedap kan. Tu lah lain orang lain pendapatnya.

Keyk Hu said...

even blm viral pun echa mmg suka ayam mcd ni compare to ayam kepcii hihihi

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Kat tv bkn mian lg promote kaw2 ayam, pedan ni ya...bila beli..depan mata...biasa2 jer.Besau lg ayam KFC..
Bg kak atie lar...lg best g KFC dari MCD...tp heran anak2 kak atie suka nooo g mcd!!

Unknown said...

Ai mmg request part ribs ngan tight ..hat lain x mau.... demands...haha

Ari tu sehari sblm bersalin dh dpt mkn....hehe....

Ibu Lala said...

kat sri gombak ni sampai sold out la ayam tu. tapi nasib baik ada drive tru mcd. Dapat gak beli.

Orked said...

zaman sya study dulu, ayam goreng mcD ni pedas gile kaww taw. sos mcD pon pedas gile.

sekarang dah tak pedas sangat. sos cili die pon dah x pedas.

kalau la mcD keluar kan balik ayam goreng spicy kaw die dulu tu, memang sya dah beratur dahhh.

Warisan Petani said...

Belum cuba try lagi.

HeNRieTTa JoSe said...

pown blom pernah try lagi....

Fairuz Aqilah said...

Tak tau nak respon macam mana ni sebab lama dah kempunan nak makan sendiri (pengaruh iklan dan rakan sebaya 😁). Mungkin hujung minggu ni insyaAllah. Kalau mcd st18 gitu, nanti saya pergi mcd seri iskandar sekangkang kera dengan rumah ni kita tengok macam mana pulak erk. Hehe..

E'in said...

sebenarnye ayam mcd tu same je sebelum and selepas viral.. huhu

Pha Is said...

hahaha.. dulu dah pernah rasa.. rasanya kfc sedap lagi.. hehehe

Dunia Zumal said...

Zumal setia dengan kfc je. hehe

Adam said...

Jangan takut nak keluarkan pendapat yang berbeza. Kita sepatutnya meraii kan perbezaan pendapat.