Maaf sangat Yui lupa tarikh sebenar Silver dimandulkan. Rasanya 13/3/2017. Yui bagi upah pada adik untuk bawa ke Veterinar. Silver adalah kucing ke 24 dimandulkan. Silver ni betina. Anak kepada Kika.
Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter
& kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang
Blog rujukan : Langkah -langkah sebelum & selepas mandulkan kucing
Apa langkah yang perlu dilakukan?
1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik
4) Kos pembedahan untuk spay kucing betina di veterinar kerajaan Sungai Siput (U) adalah RM 80
Kepada yang nak membantu, boleh rujuk #danauntukmeow sebab Yui ada buat jualan dan hasilnya khas untuk kegunaan mereka dan juga kucing jalanan yang lain.
Apa yang Yui perasan,
Selepas aje dimandulkan, Silver makin manja & dengar kata. Senang plak bila panggil nama, dia terus datang. Kalau sebelum ni, jangan harap nak dapat macam tu. Hahaha.
Banyak kelebihan bila mandulkan kucing. Bukan untuk suka-suka tapi lebih kepada kebajikan mereka. Tambahan Yui sedar Yui tak berapa mampu, jadi Yui mandulkan untuk elak pembiakan yang lebih banyak.
Entry proses spay/mandulkan kucing betina :
1) Eton Junior
2) Nenek Eton ( mati 29/9/2016 tua & ulser )
3) Batman
4) Puteh ( mati 22/2/2016 demam kuning)
5) Tompok
6) Minah
7) Kika
8) Kiut (mati 12/9/2015 mungkin diracun)
9) Lela
10) Omei
11) Luna
12) Lepat
13) Mok Cun (hilang tidak dapat dikesan)
14) Labu
Entry proses neuter/mandul kucing jantan :
Entry proses neuter/mandul kucing jantan :
4) Masdo ( mati 11/2/2016 leukemia )
5) Atam
8) Kiut ( mati 20/7/2016 akibat Parvo )
9) Sepet
4 dak comei sayang YUI:
Harap kucing2 Yui sihat takde kena sapporo macam Jack2 akibat gaduh dengan kucing liar.
Masdo ( mati 11/2/2016 leukemia )... wow.... baru dengar ni... Innalillah.....
Banyaknye kucing.
Post a Comment