tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label bawal aidijuma. Show all posts
Showing posts with label bawal aidijuma. Show all posts

Monday, September 14, 2015

Tudung Aidijuma corak kucing tidur

Aku tak hafal nama-nama tudung AJ, yang aku tahu kalau aku suka, aku cuba dapatkan dari trusted seller yang dah biasa berhubung.




Ini keluaran WL. Sekali tengok dah jatuh cinta. Sebab apa? Sebab ada gambar kucing gemok tidur. Hahahaha.


Apa-apa kaitan kucing memang buat aku tak senang duduk. Dapat juga sehelai tudung in. Hihi.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 21, 2015

Harga asal tudung Aidijuma mengikut label

Saja aku nak kongsikan harga sebenar setiap label bawal AJ. Untuk perkongsian ramai.



White label rm10
Pink label rm14
Green label rm15
Blue label rm20
Black label rm33



Itu semua harga pada CS AJ, Tapi bila ada reseller harga akan bertambah ( mengikut kesesuaian ). Kebiasaan harga jual semula pada orang lain ( yang taknak bersusah payah ketika corak baru keluar )


WL RM 15

PL RM 18
GL RM 22
BL RM 25
BL RM 40


Kadang apabila design lama tapi masih menjadi permintaan ramai, harga biasanya akan meningkat. Alaaa, macam barang antik. Lagi lama lagi mahal. Macam itu juga ibarat penangan AJ.


Aku bukan peminat tegar tapi jika ada design yang aku suka, aku akan usaha dapatkan.


Di atas hanya label asas AJ. Ada juga label lain seperti YL & Gold Label.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 05, 2015

KEYCHAIN CRAFT UNTUK PEMINAT AIDIJUMA




Aku bukanlah penggemar tegar AJ, tapi kalau ada design yang menambat hati, akan cuba aku dapatkan.


Memandangkan lama tak bercraft, jari rajin menjahit.
Jadilah keychain AJ di atas.


Mood malas sebab cuti 4 hari. Hari ini kerja, esok cuti sehari. Huhu.


Kalau nak order, boleh terus whatsapp 019-2331810. Terima kasih.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 01, 2014

Bawal WL Aidijuma

Aku beli bila ku rasakan design itu nampak cantik di mata. Lagipun beli dengan member, dia ambil upah RM 2. Jadilah dari aku kena beratur panjang & boleh buang masa aku. Mehmehmeh. Harga sebenar hanya RM 10.




Ada kawan tegur, nampak comel pakai corak seperti di atas. Ala kiut omei omei. Hahahahaha! Siapa kata pakai tudung murah tak dapat corak yang cantik? Salah tu. Cara aku senang. Aku beli apa yang aku suka. Brand tolak ketepi.


Sebenarnya gambar ini dalam draft, sebab itu publish juga. Hehehe.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 18, 2014

Beza label untuk bawal Aidijuma

Ada yang bertanya apa bezanya label bawal AJ ini? Aku nak terangkan bukan pandai tapi jom aku kongsikan entry rakan blogger yang ada share pasal beza label bawal AJ ini.


Lebih lanjut untuk lihat jenis label & antara corak menarik, boleh terjah ---> [entry]


Setiap minggu ada sahaja keluaran baru bawal AJ. Aku lebih suka fokus pada corak & aku perasan nanti akan ada corak kucing. Wahhh! Cantik tau. Tapi ada yang mengingatkan, jangan pakai ketika solat. Sudah tentu tidak. Hanya dibawa pakai di luar sahaja. Mana boleh bawa pakai solat untuk corak-corak sebegitukan?


Buat masa ini masih "puasa" beli bawal AJ. Tumpuan lebih bagi kumpul Dana Untuk Meow. Hajat tuan diketepikan dulu sementara bukan selamanya. Hehehehe.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 13, 2014

Bawal white label Aidijuma

Dalam koleksi aku sebelum ini ada sehelai sahaja bawal AJ, Itupun time buka di Mydin Ipoh. Saja jenguk tengok ada yang berkenan, so rembat. Sekarang, makin meriah bawal AJ. Dengan pelbagai label & harga.


Sekarang, aku macam dah nak terjebak dengan bawal AJ kembali. Walau beli yang murah, tapi aku suka sebab aku lebih sukakan design & paling penting selesa untuk dipakai. Sampai mak aku tegur "tudung keras pun hang beli". Ahahahaha! Senyum sahaja.


Jangan pelik sebab bawal AJ ada label-labelnya. Aku pun baru memahami. Ada WL, GL, BL dan entah apa-apa lagi sebab aku ambil tahu mana yang aku pakai sahaja. Mehmeh.


Gambar atas antara koleksi terbaru merangkap gambar terkini aku. Labuh juga bawal jenis ini. Suka suka suka.


Beli mana yang berkenan sudah =)


FB Page : Tudung Aidijuma




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^