tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label pandangan. Show all posts
Showing posts with label pandangan. Show all posts

Monday, June 20, 2016

Bila mak bercerita pasal duit raya

Sebelum memulakan apa yang aku nak ceritakan,
Ambil yang baik, yang buruk tinggalkan ya.


Di zaman ekonomi yang agak "teruk" ini, yang mana banyak perkataan TINGGI, yang rendah jarang sekali. Cuba sedaya upaya berusaha meningkatkan taraf ekonomi masing-masing.


" Mak teringat sebelum ini. Bagi RM 1 kat anak sedara. Anaknya buka terus sampul dan cakap alaaa seringgit je. Pastu akaknya suruh diam konon taknak bagi mak dengar. Yelah, bagi pun seikhlas hati. Dah surirumah"


Aku yang dengar mak cerita terus cakap


" Nasib time tu orang takde. Kalau tak boleh dah nak nasihat sikit".


Oh ya, mak aku tu surirumah tau, ada kerja pun setakat sebulan dapatlah RM 150- RM 200. Kadang anak-anak bagi duit. Sampul tu pun dapat dari anak-anak atau yang free. Kira duit raya tu seikhlas hati darinya.


Motif utama yang aku nak sampaikan kat sini,
Kalau boleh tolong didik anak-anak terutama yang dah bersekolah rendah agar lebih beradab ketika dirumah orang. Tak syiok tau kalau orang tua terasa. Ini bukan budak hingusan punya peel tapi dah bersekolah.


Takpun sebelum keluar rumah tu,
Mak pak duklah dekat anak. Senang kalau tuan rumah bagi duit raya, mak pak boleh terus pegang. Takdelah jadi situasi seperti di atas.


Duit raya tu tak wajib, itu seikhlas hati tuan rumah.


Sekian dari insan biasa yang banyak kesalahannya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 05, 2016

Apa guna bloglist kalau singgah pun tidak?

Heeeee, entry ditujukan khas untuk tuan tanah, Yui.


Sedar, kita ni blogger picisan, sendu dalam alam maya. Banyak bercerita pasal hal sendiri ( dulu lain sangat ).


Eh, mengarut!


Si blogger, biasanya ada bloglist sendirikan?
Rajin ke diri tu menyinggah ke setiap bloglist yang tersenarai?
Macam mana nak konsisten?


Cara aku, peringatan untuk aku!


Hari ini update 1-2 entry, lebih lagi bagus. Ada komen, approve. Keesokan hari, jejak balas setiap komen yang ada.


Settle komen di entry,
Baru singgah santai di setiap blog yang tersenarai dalam bloglist. Tak kisahlah nak singgah baca semata atau tinggalkan komen. Terpulang.
Barulah berguna BLOGLIST tu.


Takkanlah rumah jiran hujung laman rajin menyinggah, tapi jiran sebelah dipinggirkan.
Ececeh, mendalam ni !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 02, 2015

Kad potongan 30% sempena ulangtahun di Padini macam tak berguna

Eh eh ehhhh! Luahan lagike?
Tak kepada luahan sangat tapi hanya nak kongsikan apa yang ku alami dan rasa.


Kan birthday aku Oktober lepas, jadi aku dapatlah kad potongan 30% untuk belian di Padini tapi HANYA UNTUK ITEM WITH NORMAL PRICE. Tamat 31hb lepas, konon nak jugalah beli guna potongan 30%. Sayangnya. banyak item dah memang ada promosi lain, jadi kad yang diberi memang tak diguna.




Aku rasa kalau dia bagi je 30% untuk semua item tak kisah ada promotion or tak mesti lagi bagus. Yelah, apa guna kita nak beli tapi sebenarnya harga memang dah murah dari kad promosi yang diberi.


Tak jadi nak beli untuk diri sendiri.
Huuuuuu, bersyukur dapat jimat duit. Lalalalala.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, March 19, 2015

Tambahan "seri" di meja sendiri




Hari itu masuk MR DIY, tertarik pula dengan pokok love itu. Warna yang menarik & hiasan yang sangat simple. Harga tak sampai RM 3.


Memandangkan meja opis sangat kosong, letaklah seketul di situ sebagai penambah seri di meja sendiri.


Erm, serike?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^