tentang
banner
tutor
fb
home

Monday, June 20, 2016

Bila mak bercerita pasal duit raya

Sebelum memulakan apa yang aku nak ceritakan,
Ambil yang baik, yang buruk tinggalkan ya.


Di zaman ekonomi yang agak "teruk" ini, yang mana banyak perkataan TINGGI, yang rendah jarang sekali. Cuba sedaya upaya berusaha meningkatkan taraf ekonomi masing-masing.


" Mak teringat sebelum ini. Bagi RM 1 kat anak sedara. Anaknya buka terus sampul dan cakap alaaa seringgit je. Pastu akaknya suruh diam konon taknak bagi mak dengar. Yelah, bagi pun seikhlas hati. Dah surirumah"


Aku yang dengar mak cerita terus cakap


" Nasib time tu orang takde. Kalau tak boleh dah nak nasihat sikit".


Oh ya, mak aku tu surirumah tau, ada kerja pun setakat sebulan dapatlah RM 150- RM 200. Kadang anak-anak bagi duit. Sampul tu pun dapat dari anak-anak atau yang free. Kira duit raya tu seikhlas hati darinya.


Motif utama yang aku nak sampaikan kat sini,
Kalau boleh tolong didik anak-anak terutama yang dah bersekolah rendah agar lebih beradab ketika dirumah orang. Tak syiok tau kalau orang tua terasa. Ini bukan budak hingusan punya peel tapi dah bersekolah.


Takpun sebelum keluar rumah tu,
Mak pak duklah dekat anak. Senang kalau tuan rumah bagi duit raya, mak pak boleh terus pegang. Takdelah jadi situasi seperti di atas.


Duit raya tu tak wajib, itu seikhlas hati tuan rumah.


Sekian dari insan biasa yang banyak kesalahannya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

9 dak comei sayang YUI:

Zafirah Kama said...

betul tu.. zaman dulu lagilah, dapat duit syiling je kot.. tak merungut pun...

Anum said...

betul sangat2
kira untung ada org nak kasi

Keyk Hu said...

parents sepatutnya dh remind awal kat mereka supaya tak terus bukak sampul bila tuan rumah bagi duit raya. and rasanya bdk zaman skrg jauh berbeza kot. dah pandai nak mtk duit lebih :o

Ain Athirah said...

Betul! raya tahun lepas ada la budak2 dtg beraya( mybe dia balik kmmpg kut sebab tak kenal) lpastu dia terus bukak sampul depan rumah siap buang mcm tu je. Lpastu bising2 kenap sikit. kurang asam kan ?

Unknown said...

budak2 nowadays memang demanding lebih. geram level 5 grrr.

Rizziela said...

saya pun pernah terkena

Unknown said...

yang tak sekolah lagi pun kena didik..akak sejak maisara umur 4 tahun dah ajar benda ni..pi rumah orang dapat duit raya , tak boleh buka.sampai rumah baru boleh buka sampul tu.sampai sekarang dia buat gitu walau dah umur 9 tahun..Bukan pe..budak2 ni kalau tak diajar memang jujur sngat kata2 diaorang...tapi tu la..yang dapat nama buruk mak ayah..jadi kena ajar dari awal lagi..

ecadwinkyasha said...

sib baik anak2 sedara eca masih kecik...xreti lagik nak cek sampul..klu perangai camtu, konfirm eca yg dulu marah.

Unknown said...

setuju. budak2 sekarang bukak sampul depan2 kita pastu bila tak menepati 'kehendak' diorang, terus komen. Tak reti syukur langsung. Mungkin ada yg kata "alah budak2, biasalah..."

Tapi bg sy, dari budak2 lah nak kena didik erti bersyukur. Jgn jadikan komplen tu 1 kebiasaan. Mak ayah main peranan. Tu nasib lah org nak bagi, kalau tak bagi langsung???