tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

Friday, February 26, 2016

Satu masa





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 02, 2015

Kad potongan 30% sempena ulangtahun di Padini macam tak berguna

Eh eh ehhhh! Luahan lagike?
Tak kepada luahan sangat tapi hanya nak kongsikan apa yang ku alami dan rasa.


Kan birthday aku Oktober lepas, jadi aku dapatlah kad potongan 30% untuk belian di Padini tapi HANYA UNTUK ITEM WITH NORMAL PRICE. Tamat 31hb lepas, konon nak jugalah beli guna potongan 30%. Sayangnya. banyak item dah memang ada promosi lain, jadi kad yang diberi memang tak diguna.




Aku rasa kalau dia bagi je 30% untuk semua item tak kisah ada promotion or tak mesti lagi bagus. Yelah, apa guna kita nak beli tapi sebenarnya harga memang dah murah dari kad promosi yang diberi.


Tak jadi nak beli untuk diri sendiri.
Huuuuuu, bersyukur dapat jimat duit. Lalalalala.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 30, 2015

Blog & FB asyik update kisah CMD dan kucing

Entry berbaur "luahan" tak seberapa.


Sebenarnya sekarang memang tak dinafikan aku banyak update blog & FB pasal CMD & kucing. Entahlah, aku rasa mood aku lebih ke arah itu.


Nak cerita pasal hidup sendiri rasa macam takde benda nak cerita.
Biasa-biasa aje semua. Takde apa-apa perubahan besar atau benda nak dikongsikan.
Belum tiba masanya untuk berkongsi, biar menjadi rahsia hati.


Oklah berbalik kepada tajuk.
Aku bukan apa, ada sebabnya kenapa & mengapa aku macam ini.


Terasa juga bila ada yang pm bagitahu,
"asyik duk cerita pasal kucing je ea"


Taktaulah mungkin motif "bergurau" tapi kalau banyak kali sebut, aku tak rasa itu gurau. Itu lebih kepada memberitahu.


So jalan senang, kalau ada tak senang dengan apa aku buat, just abaikan.
Scroll laju-laju atau cari "X"
Mudah untuk kedua belah pihak.


Aku update pasal kucing sebab aku terlalu sayangkan binatang kesayangan Rasulullah SAW
Aku update pasal CMD sebab aku nak cari income sampingan, nak tampung kos anak-anak bulus yang semakin hari semakin besar nilainya.


Apa yang aku buat BERSEBAB.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 25, 2015

Dugaan, cabaran dan usaha kerana kucing

Sedia maklum, aku merupakan salah seorang pencinta haiwan terutama kucing. Tak berapa pelik kalau rumah di SS dipenuhi kucing disebabkan kasih sayang kami sekeluarga terhadap mereka.


Tak terlepas dugaan dan cabaran ketika mereka bersama kami.
Kalau dikira dengan teliti dari awal kami bela, mungkin lebih 100 ekor. Ada yang masih hidup dan ada yang telah pergi.


Aku sebaik mungkin jaga kebajikan mereka mengikut kemampuanku.
Belai mereka seadanya.
Rawat mereka ketika sakit.


Dugaan biasa bila membela kucing
Saat kita kehilangan mereka. Kadang kita tak boleh nak terima tapi apakan daya kerana itu sudah takdir. Redha adalah yang terbaik.


Ada yang diuji dengan penyakit.
Pernah dalam satu masa kami kehilangan lebih 5 ekor dalam masa satu minggu. Akibat penyakit berjangkit. Penyakit yang tak dapat dirawat.


Pernah juga yang mengalami buasir, kesukaran ketika melahirkan anak, penyakit mata, batu karang & pelbagai lagi. Kami tetap harungi dan berusaha sedaya kami.


Banyak cabaran tapi kami tak kisah kerana kasih sayang lebih menguasi. Dah tak nampak kesukaran. Usaha sebaiknya. Nak tengok mereka sihat.


Baru ini kami diuji lagi.
Kika disahkan menghidap kanser payu dara. Ada lubang yang terbuka di putingnya
[ gambar Kika ].
Melihat dengan mata kasar, dia hidup seperti biasa. Masih mampu makan dan bergerak ke sana sini.
Sayu hati ini.


Apa pun, kami akan berusaha.
Kadang kita diuji saat kita masih mengalami masalah.
ALLAH uji tanda DIA sayang.


Album jualan kilat untuk pembedahan Kika {album}



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 18, 2015

SEMANGAT YANG HILANG

Kadang kita bagitahu sebagai luahan rasa
Kadang kita hanya berkongsi
Kadang kita cuma nak kata semangat


Tapi
Disalahtafsir
Diketepikan


Silap
Mungkin itu silap sendiri
Mengharap benda lain
Tapi lain yang jadi


Apakan daya
Kita manusia biasa
Yang hanya merancang
Yang hanya mengharapkan


Bila lain yang diperoleh
Kadang terasa semangat itu pudar
Tak mustahil perlahan-lahan ia hilang


Bertabah!



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, December 07, 2014

Pernah tak rasa?







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^