tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label raya 2015. Show all posts
Showing posts with label raya 2015. Show all posts

Tuesday, July 28, 2015

Raya 2015 Yui kuih raya

Tahun ini pecah rekod, takde langsung biskut dari air tangan ini. Nampak gambar kat bawah???


Inilah 5 balang yang duk terdampar atas meja. Mini popia dah confirm sendiri buat, 4 lagi jenis biskut hasil tunjuk menunjuk. Hahahaha.




Tak tau pasaipa tahun ini malas nak buat



Balang kaca beli baru di kedai RM 2. Eh, bukan RM 2 tapi dah RM 2.12. Tak payah dah nak beli balang bunga-bunga yang menunggu masa retak penutupnya kalau salah pegang atau buka. Huhuhhhhh.


Jadi mana yang mai rumah, inilah biskut yang ada. Tambahan menu lain biasanya ada kalau orang nak mai, sebelum tu call dulu. Senang kami prepare.


Siapa lagi nak mai rumah, jemputlah datang. Hari minggu biasanya aku ada di rumah sahaja.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 27, 2015

Raya 2015 Yui bersama adik beradik

Keluarga aku keluarga kecil sahaja. Gaduh baik gaduh baik itu perkara biasa sebab muka itu juga kena hadap. Hahahaha.


Meh ku kenalkan adik beradik daku. Pandai mak abah nak 2 pasang je. Miahahaha!






Baju raya 3 orang yang lain itu semua beli nak dekat raya. 
Hadap saja cari last minute. Padan muka kome lambat-lambat lagi. 


Jadi, inilah adik beradik aku.
Kot nampak mana-mana bolehlah tegur. Ecehhhh, konon!


Takde gambar bersama mak & abah sebab depa tak gemar bergambar.
Memang jenuh nak paksa, tunggu hari kahwin nanti kot baru nak. Eh!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 24, 2015

Raya 2015 Yui bersama makwe



Ini makwe kedua daku
Makwe pertama haruslah mak aku
Hihi




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 23, 2015

Raya 2015 Yui bersama anak bulus



Selamat Hari Raya buat acik-acik
terutamanya yang ada anak bulus


Wakil,
Taiko Shinchan




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, July 19, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H untuk semua pembaca blog

Sebelum blog bakal "sunyi"
Daku ambil kesempatan untuk mengucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
MOHON MAAF ANDAI ADA SALAH SILAP
SEPANJANG KITA KENAL
SAMAADA SECARA BERDEPAN ATAU ALAM MAYA


MOHON DIAMPUNKAN SEGALANYA
HALALKAN TERLEBIH ATAU TERKURANG


Berhati-hati walau di mana anda berada
InshaaALLAH panjang umur kita akan bersemuka lagi


SELAMAT HARI RAYA SEMUA


Entry melekat untuk beberapa hari




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 15, 2015

Entry sempena Raya 2015

Lusa dah raya dan tentu akan sibuk memanjang samada di kampung atau rumah sendiri (konon je sebenarnya).
Sampai sekarang belum ada entry autopublish yang aku buat.
Apesal entah, macam malas.


Kalau rajin, nanti aku update secara langsung.
Sambil-sambil duduk di kampung, sambil update blog tersayang.
Itupun kalau rajin.


Kalau tak, sunyi jelah beberapa hari ini ya.
Jangan marah aaaaa, nanti ku kunjung balas.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tiba-tiba diberi cuti raya

Semalam aku post di FB sendiri pasal jawapan aku kenapa aku cuti Jumaat, Sabtu & Ahad iaitu cuti umum saja. Takde cuti AL lain.


Tak lama lepas itu, terima emel dari pihak atasan bagi cuti pada hari Khamis.
Alhamdulillah, selalu esok raya hari ini akan kerja half day.


Nampaknya tahun 2015 terus bagi cuti sehari.
Bagus macam ini. Buatlah macam ini tiap-tiap tahun lagi baik. Kihkih.


Sebenarnya cuti sehari ini kena potong AL yang ada.
Tak kisahlah mak jemah, asalkan orang dah bagi cuti, bukan senang!


Secara rasmi, bermula Khamis akan bercuti dan akan mula bekerja pada hari Isnin.InshaaALLAH.


Berhati-hati kepada yang pulang ke kampung
Ingat orang tersayang =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 14, 2015

Baju raya 2015

Baju raya 2015 yang dibeli last minute. Takde tema.
Main hentam kromo je dulu ni. Hahahaha.




Hari Ahad lepas keluar dengan dia.
Pergi Angsana Mall Ipoh, tiba-tiba terkenan baju ini. Suka dengan warna yang ada.


Terima kasih sudi belanja. Mehmehmeh.


Inilah baju raya 2015 daku.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Bonus Raya 2015




Alhamdulillah setakat bekerja di sini, tak pernah lagi tak terima bonus raya. Biasanya seminggu sebelum raya akan terima. Amaun sahaja tidak pasti.


Tahun 2015, bonus raya diberi 1/2 gaji.
Alhamdulillah boleh buat tampung apa yang perlu.


Terima kasih company.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 10, 2015

Tukar duit RM 1

Orang lain pakat beratur pergi bank nak tukar duit baru. Tak kisahlah RM 1, RM 5 atau RM 10. Kalau tukar lebih dari itu, wowwwwww. Untung beraya ke rumah itu! Hahahaha.


Sebenarnya aku sendiri tak pernah beratur di bank untuk pergi tukar duit.
Maklum sahaja, iol orang bujang rasanya tak perlu nak tukar duit banyak-banyak.
Lagipun sepupu sepapat & anak saudara boleh dikira.


Mula-mula fikir nak letak duit lama saja.
Ala, duit lama ke baru ke, guna juga kan?
Lepas itu telefon mak, tanya mak ada lebih tak duit tukar.
Rupanya ada, jadi aku dah "cop" dulu.


Sebenarnya duit baru itu lebih seronok untuk diberi walaupun duit lama juga mempunyai nilai yang sama. Biasalah, raya semua pakat nak baru. Adat sahaja.


Tak fikir lagi nak letak berapa.
Cadang nak letak syiling ja. Miahahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 03, 2015

Segmen : Saya Nak Design Kad Raya



Jomlah sama-sama memeriahkan
Mana tahu ada rezeki dapat design kad sendiri






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^