tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, December 02, 2015

Entry akan penuh dengan diet diet & DIET!

Hahahaha, kemain ulang 3 kali. Semangat ok!


Oh ya, agak TEKAD la untuk berdiet. Bukan misi nak kurus tapi kurangkan inch ajeee. Sementara semangat berkobar-kobar, teruskan!


Jadi, jangan jemulah kalau blog aku dipenuhi entry-entry berkaitan diet. Tak kisahlah perihal makan minum atau senaman. Yang penting ada kaitan.


Dalam aku berdiet,
Aku tak lupa partime aku dengan CMD & usaha lebih untuk menjual bagi mendapatkan duit #danauntukmeow. InshaaALLAH, semoga dipermudahkan.


Semangat!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 01, 2015

Diet Atkins Nurul Yui : Hari Pertama

Tak faham cerita?
Khatam ---> [entry]


Motif diet?
Nak kurangkan sedikit berat & kurangkan ukuran ( inchi ).


HARI PERTAMA ( 30/11/2015 )

- Che' puasa sunat hari Isnin
- Berbuka hanya beli di pasar malam berdekatan
- Rangka ayam & kulit ( tak habis, makan half sahaja )
- Guna sos taste of me ( pedas tapi sedap )
- Air sirap + stevia



Sepatutnya minum air ikut keperluan badan 1 liter untuk 25 kg berat badan. Minum air masak secukupnya.


Che' Fasa 3 tapi akan makan & minum ikut cara fasa 1 ( ikut kerajinan ).


Nak tahu lebih lanjut tentang Diet Atkins?


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Nurul Yui : Diet Atkins Fasa 3

Hai kawan-kawan! ( rasa macam Upin Ipin plak )


Sebenarnya nak habaq,
Che' berjaya menambahkan angka berat. Tapi sebenarnya tak berapa kisahlah tapi bila part ukur, tu dia bila naik 1" eh 2' , hati dah gundah gelana. 1 part ajeee yang naik. Hat lain okay.


Jadi che' decide che' nak mulakan balik Diet Atkins tapi guna Fasa 3.
Apesal bukan Fasa 1?
Pasal che' punya berat dah ideal sesuai dengan tinggi, disebabkan nak kurangkan part lain aje, so kita teruskan misi diet dengan fasa 3.


Oh ya, walau niat ku mulakan dengan Fasa 3 tapi makan & minum che' masih follow fasa 1. Maksudnya, kalau terlebih tu anggap saja che' fasa 3.


Contohnya?
Mungkin guna gula sikit, perasa tambahan sikit ( tapi setakat ini tak guna lagi )


Jadi dengan ini che' isytiharkan,
Bermula 30/11/2015 che' memulakan semula Diet Atkins che'!


Kalau rajin che' update "kisah perjalanan diet atkins nurul yui" samada di FB atau di blog atau kedua-duanya sekali.


PERINGATAN :
Che' tak amalkan ubat kurus sebab nak tengok ketahanan diri sendiri sebab dulu pernah capai 54 kg!


Nak tahu lebih lanjut tentang Diet Atkins?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Cara terbaik untuk galakkan minum air masak/putih

Siapa jenis susah nak minum air masak/putih?
Jangankan 8 gelas sehari, segelas pun belum tentu habis telan!


Kalau ada, cepat-cepat buang tabiat tak suka minum air putih sebab banyak kebaikan air putih ini. Berganda-ganda baiknya dari minum air manis semata-mata.


Okay, aku tunjuk antara cara terbaik untuk galakkan minum air putih. Tengok gambar berikut.
Korang boleh gunakan pada botol 1.5 liter. Buat garisan & tulis tujuan anda atau kata-kata semangat.





Tapi kalau nak ikut cara aku lagi senang.
Pastikan botol air sentiasa di sisi. Setiap 30 minit/ 1 jam akan teguk air terus.
Bila teguk tu, tutup mata & terus minum.


Haaaaa, kadang sampai tak sedar dah suku minum!
Betullll!
Sekarang sehari aku biasa minum air masak lebih kurang 2 liter mengikut keperluan badan.


Cubalah ya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^