tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Thursday, December 03, 2015

Diet Atkins Nurul Yui : Hari Ketiga

Tak faham cerita?
Khatam ---> [entry]


Motif diet?
Nak kurangkan sedikit berat & kurangkan ukuran ( inchi ).



HARI KETIGA ( 2/12/2015 )
- Sarapan "nasi" goreng Atkins & telur mata
- Tengahari beli meatball ( sesuai fasa 3 & 4 sahaja )
- Malam makan salmon grill, 1 sosej lembu Ramly, kulit ayam & salad
- 2 potongan kecil lemon di minum dengan air suam 30 minit sebelum sarapan
- 1 botol air teh hijau tanpa gula ( 1 cawan pun boleh )
- Air masak secukupnya


Ingin che' tegaskan, sila baca nota-nota penting yang telah dibuat oleh para admin group sebelum anda nak cuba diet atkins atau melalui fasa-fasanya.Fahami terlebih dahulu untuk elakkan "kerugian waktu" jika salah cara.


Che' Fasa 3 tapi akan makan & minum ikut cara fasa 1 ( ikut kerajinan ).

Hingga hari ketiga - Berat turun 1.5 kg
[ menu hari pertama ]

[ menu hari kedua ]


Tak reti nak masak apa?

Meh kelebek banyak resepi aku telah share sepanjang aku Diet Atkins
[ resepi mudah Diet Atkins ]



Perkara penting adalah RAJIN!


Nak tahu lebih lanjut tentang Diet Atkins?

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 02, 2015

Diet Atkins Nurul Yui : Hari Kedua

Tak faham cerita?
Khatam ---> [entry]


Motif diet?
Nak kurangkan sedikit berat & kurangkan ukuran ( inchi ).



HARI KEDUA ( 1/12/2015 )
- Sarapan pagi salmon grill, 2 sosej ramly & 1 biji telur goreng ( cicah sos & mayonis )
- Tengahari makan 3 ketul ayam goreng kecil ( ayam goreng RM 1 )
- Malam makan 2 keping roti disapu inti kacang free sugar
- Pagi 30 minit sebelum sarapan, minum segelas air suam berserta 2 potongan kecil lemon
- Air teh hijau ( tanpa gula )
- Air masak secukupnya



Ingin che' tegaskan, sila baca nota-nota penting yang telah dibuat oleh para admin group sebelum anda nak cuba diet atkins atau melalui fasa-fasanya. Fahami terlebih dahulu untuk elakkan "kerugian waktu" jika salah cara.


Che' Fasa 3 tapi akan makan & minum ikut cara fasa 1 ( ikut kerajinan ).

Hingga hari kedua - Berat turun 1.5 kg
[ menu hari pertama ]



Nak tahu lebih lanjut tentang Diet Atkins?

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 01, 2015

Diet Atkins Nurul Yui : Hari Pertama

Tak faham cerita?
Khatam ---> [entry]


Motif diet?
Nak kurangkan sedikit berat & kurangkan ukuran ( inchi ).


HARI PERTAMA ( 30/11/2015 )

- Che' puasa sunat hari Isnin
- Berbuka hanya beli di pasar malam berdekatan
- Rangka ayam & kulit ( tak habis, makan half sahaja )
- Guna sos taste of me ( pedas tapi sedap )
- Air sirap + stevia



Sepatutnya minum air ikut keperluan badan 1 liter untuk 25 kg berat badan. Minum air masak secukupnya.


Che' Fasa 3 tapi akan makan & minum ikut cara fasa 1 ( ikut kerajinan ).


Nak tahu lebih lanjut tentang Diet Atkins?


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Nurul Yui : Diet Atkins Fasa 3

Hai kawan-kawan! ( rasa macam Upin Ipin plak )


Sebenarnya nak habaq,
Che' berjaya menambahkan angka berat. Tapi sebenarnya tak berapa kisahlah tapi bila part ukur, tu dia bila naik 1" eh 2' , hati dah gundah gelana. 1 part ajeee yang naik. Hat lain okay.


Jadi che' decide che' nak mulakan balik Diet Atkins tapi guna Fasa 3.
Apesal bukan Fasa 1?
Pasal che' punya berat dah ideal sesuai dengan tinggi, disebabkan nak kurangkan part lain aje, so kita teruskan misi diet dengan fasa 3.


Oh ya, walau niat ku mulakan dengan Fasa 3 tapi makan & minum che' masih follow fasa 1. Maksudnya, kalau terlebih tu anggap saja che' fasa 3.


Contohnya?
Mungkin guna gula sikit, perasa tambahan sikit ( tapi setakat ini tak guna lagi )


Jadi dengan ini che' isytiharkan,
Bermula 30/11/2015 che' memulakan semula Diet Atkins che'!


Kalau rajin che' update "kisah perjalanan diet atkins nurul yui" samada di FB atau di blog atau kedua-duanya sekali.


PERINGATAN :
Che' tak amalkan ubat kurus sebab nak tengok ketahanan diri sendiri sebab dulu pernah capai 54 kg!


Nak tahu lebih lanjut tentang Diet Atkins?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 17, 2015

DIET SAMPAI NAMPAK TULANG



Biar berpada itu lebih baik




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 20, 2015

Resepi diet atkins : Kotiau Goreng



sumber : Kelab Diet Atkins Malaysia


Kemain diet pun boleh makan sedap dan yang penting boleh ala-ala gitu. Ehehehe, sedapkan hati dan tekak sendiri.


Sebenarnya takde seurat pun kotiau asli.
Kotiau digantikan dengan telur dadar yang dipotong halus ikut rupa kotiau asal.


Bahan lain, macam biasa. Asalkan memenuhi "syarat" atkins.
Ikutlah setiap fasa yang ditetapkan.
Jangan dalam fikiran asyik ingat, atkin NO NASI padahal baca tak habis.
Faham setiap fasa, inshaaALLAH lancar semuanya.


Selamat mencuba!

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, March 19, 2015

Pertama kali makan grape fruit

Kalau masuk kelab diet di mana-mana FB, pasti anda dah biasa dengar kelebihan grape fruit ini atau bahasa melayunya, limau gedang.




Masuk AEON, nampak buah ini. Sebiji lebih kurang RM 2. Beli sebiji dan rasa sendiri. Boleh tahan. Sedap di makan macam itu.


Ada juga yang jadikan jus. Ikut tekak masing-masing.


Apa yang pasti, malam aku makan, esok pagi lancar membuang. Hahaha. Itu sebenarnya motif aku. Tapi kalau hari-hari nak makan limau ini, naya weiii. Mahal wooo. Makan sebelah sahaja pun dah cukup.


Apa pun, kena bersederhana.
Banyak kelebihan buah ini!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 16, 2014

Diet Atkins dah tahap mana?

Dah nak hampir setahun follow diet atkins itu pun kejap on kejap off. Peringatan! Sangat tak elok kejap on kejap off sebab boleh membahayakan buah pinggang, Itu yang aku baca komen mereka yang merujuk pada doktor. 


Jadi bila dah diet, buat betul-betul. Bukan susah pun tapi kena set minda dengan tepat. Adalah lebih baik selalu rujuk doktor untuk check tahap kesihatan kita ( sayangnya aku tak buat ).


Progress diet aku pula macam mana?
Alhamdulillah sekarang aku dah di tahap BMI yang normal. Dengan ketinggian 157cm dan berat 55-56kg, itu dah cukup selesa dan sesuai. Berat aku naik dari 54.5kg selepas sedap membantai makan ketika Raya Haji. Miahahahaha.


Ikutkan sekarang aku dah boleh makan macam normal. Hanya perlu kawal. Exercise pun aku malas dah buat sekarang kecuali squat & skipping. 4 jenis fasa dalam diet atkins yang diberikan, perlu diikut dengan tertib untuk dapat result yang terbaik.


Jadi lepas ini, mungkin berhajat nak dapatkan 50kg. Itupun kalau mampu. Kalaulah ya. Hahaha.


Sekarang, selalunya seminggu 2 kali saja aku makan nasi. Hari Sabtu & Ahad, itu pun selalu "menumpang" pinggan makan mak aku. Nasib baik mak aku layankan saja anak sulungnya ini.


Kepada yang sedang berdiet atkins, good luck! Jika anda memahami dah ikut cara yang betul, inshaALLAH ada hasilnya. Rajinkan membaca.


Nak ketahui tentang aku vs diet atkins
Boleh rujuk tutor/tips




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 10, 2014

RESEPI GAMBAR : Overnight Oat ( sesuai untuk diet )



Bahan-bahan

■ Oat
■ Susu
■ Dried fruits/buah2an kering (ada jual)
■ Fresh fruits *sila rujuk penerangan di bawah
■ Botol kosong (apa2 botol pun boleh)

Cara:

1. Mix kan semua bahan2 kering OAT, DRIED FRUITS.
blh tambah kulit kayu manis kalau nak saya letak kulit kayu manis sebab
 taknak rasa muak & memang sedap

2. Letak semua bahan2 tadi dlm botol.

3. Tuang susu sama banyak dgn oat.

4. Biarkan semalaman. Esok pagi MAKAN!!!

Texture die chewy2 ghewy2...sedapppp...memangkenyang...

Tips: utk yg diet, jgn pakai susu FULL CREAM atau TAMBAH GULA..dua2 ni, menggemokkan..bila dah makan oat, mesti we want the goodness of the oat kan?? 

Pakai SKIM MILK is the best utk org yg diet...low fat pun ok...tp SKIM MILK is better...SKIM MILK tak salah saya ada brand Marigold.

Soalan: Boleh pakai fresh fruits tak??
Jawpn: Boleh, tapi tahan kurang dpd seminggu tak salah saya.

Soalan: Saya tak suka minum susu. Mcm mana nak buat? Tapi teringin.
Jawpn: Percayala sy...once u buat ni, rasa susu tu takde.

Soalan: Org gastrik blh ke mkn?
Jawpn: Boleh 


Sumber : Resepi Ringkas


P/s : Letak serbuk kulit kayu manis sikit
Jangan letak sebatang pula 
=__=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, September 29, 2014

Perubahan yang dirasai selepas amalkan diet Atkins

Memandangkan ada yang tanya, meh aku nak cerita serba sedikit pengalaman aku. Entry mungkin sedikit panjang tapi lahir dari hati yang penuh ikhlas ketika menaipnya. Ececeh!


Mulakan diet Atkins
Diperkenalkan oleh salah seorang sahabat baik aku. Selepas aku google, banyak feedback yang baik maka aku request masuk group KDA. Dari situ aku mulakan pembacaan, baca segala fail, komen ahli & lihat gambar.

Dah rasa ilmu asas itu ada, aku mulakan diet Atkin pada Disember 2013.


Dalam 2 minggu induction
Perubahan atau teguran awal yang aku terima dari kawan-kawan sepejabat, pipi aku dah nampak surut. Kalau sebelum itu, ala-ala donut big apple! Kau tahu, bukan seorang dua tegur, tapi sebab ramai, aku percaya memang itu satu perubahan.

Gambar perubahan pipi
[ entry ]


Berapa kg hilang ketika induction?
Aku kurang berat badan dalam 4 kg sahaja. Aku tahu jenis badan aku susah turun. Jadi bila angka 4, itu dah cukup membanggakan. Aku bermula dengan berat lebih kurang 61 kg ketinggian 157 cm. Berat ideal aku seharusnya 57 kg.


Senaman yang diamalkan
Setiap hari sekurangnya 50 kali squat & 50 kali lompat bintang ( aktiviti wajib ). Jika rajin akan berzumba 3 set ( 9 minit ). Ada juga lakukan crush, plank, sit up, push up ( ikut mood ). 


Hasilnya, ada pengurangan inci! Ya ALLAH memang best. Peha, betis, punggung, pinggang & lengan tangan masing-masing menunjukkan pengurangan inci. Jari pun susut sedikit tau! Cara aku, aku akan catat 2 minggu sekali ukuran dalam buku. Senang nak refer.

Pengurangan saiz jari
[ entry ]

Ketika bulan puasa
Aku kurang lagi lebih kurang 3 kg dan sekarang berat aku antara 54-55 kg. Hampir 1/2 tahun mencuba diet atkins, aku memang puas hati. Sebab dengan makan sedap-sedap masih mampu ubah apa yang perlu. Alhamdulillah.

Hasil terkini
[ entry ]


Kesimpulan perubahan yang aku rasa :
1) Pengurangan berat
2) Pengurangan inci
3) Mudah untuk lawas ( setiap hari akan buang air besar )
4) Mampu mengawal diri dari makan tak ingat dunia ( kuantiti sedikit )


Aku banyak share menu, resepi, workout, tips dalam blog. Korang boleh cari di bahagian atas ( tutor /tips ).


Apa pun kena sentiasa beringat. Itu sahaja aku amalkan. Diet juga perlu menitikberatkan kesihatan. Maka bersederhanalah dalam setiap perkara.


Good luck!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 03, 2014

Menu Diet Atkins : Keropok Lekor Celop

Menu terbaru aku cedok dari group Kelab Diet Atkins Malaysia. Jenis ikan aku ubah sebab takde ikan selayang. Yang ku jumpa kembung, maka kembunglah jadinya. Ekekekeke!




Saiz ikan half tapak tangan dewasa. Comel molek gitu. Buat 5 ekor, dapatkan 7 bebola. Nak lagi senang, korang just gulung memanjang. Ala macam keropok lekor yang korang beli sebelum goreng. Gentel panjang kemudian rebus sekejap.


Aku guna pemanggang ajaib. Untuk makluman mak jemah, menu macam ini sesuai untuk fasa 2 dan ke atas. Fasa induction boleh juga tapi aku sarankan baik makan benda normal sahaja. 2 minggu sahaja nak kena tahan.


Rasa? Sama seperti keropok lekor asli.


Buat yang tidak berdiet, boleh gunakan bahan yang sama cuma perlu tambah sedikit tebung ubi ( jika tidak salah ). Selamat mencuba.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 27, 2014

Makanan yang dibenarkan & tidak dibenarkan ketika berdiet Atkins



Kalau tadi aku share ringkasan fasa-fasa diet atkins { entry }, sekarang aku kongsikan jadual makanan yang dibenarkan & tidak dibenarkan ketika berdiet atkins. 


Sebaik-baiknya ketika induction paling sedikit 2 minggu, follow 100% yang disarankan. InshaaALLAH korang akan dapat rasai perbezaan tak kisah dari segi berat menurun/inci akan berkurangan. Setiap orang berbeza kesannya. Contoh aku sendiri dalam 2 minggu lebih kurang 4 kg sahaja turun ( itu pun dah sangat happy sebab tahu jenis susah turun berat badan ).


Korang tengok jadual di atas, bukan selama-lamanya tak dibenarkan. Kalau dah masuk fasa 3 & fasa 4 tu dah boleh telan segala mak nenek. Asalkan berkawal/kuantiti sederhana. Jangan pula melahap tak ingat dunia, lepas itu back to normal nak salahkan diet pula ya.


Tekak melayu tak dapat nasi memang tak bolehkan? Tapi kalau nak seribu daya, usaha itu pasti akan ada. Nak atau tidak sahaja. Bukan selamanya tapi sekejap sahaja. Itu pun kalau kita ikut betul-betul. Mehmehmeh.


Aku selalu motivasikan diri dengan tengok group Kelab Diet Atkins. Tengok orang post gambar buat aku teruja tengok perubahan mereka. Kalau mereka boleh, aku pun boleh! Kan?


Ramai juga yang diet bukan semata nak kurangkan berat, dapatkan bmi normal, ada juga yang cuba nak dapatkan zuriat. Alhamdulillah ramai berjaya. Tidakkah itu satu pencapaian yang sangat diimpikan?


Good luck kepada yang berdiet atkins. Yang dah berjaya, kena beringat sama. Tak mustahil boleh kembali ke asal andai berenang ke laut lama sangat. Ekekekeke!


Nak tengok perubahan aku, menu-menu diet atkins yang aku cuba, boleh rujuk { ini }.


Nak tanya silakan. Aku bantu mana tahu. Sebab aku belajar dari pembacaan juga =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Fasa-fasa untuk diet atkins

Sebaiknya sebelum kita mencuba & memulakan sesuatu diet, adalah lebih baik kita memahami serba sedikit info yang diperlukan. Jangan main taram sahaja nak diet tapi tak tahu apa yang boleh dan tidak boleh. Bukan apa, nanti diri sendiri yang rugi.


Ringkasan untuk setiap fasa
Info lanjut baca fail/blog


Ini info aku ambil dari group Kelab Diet Atkins Malaysia. Boleh request masuk. Tunggu je admin approve. Jangan nak melalak pula kalau lambat approve sebab yang request bukan hangpa ja. Ramai orang. Kalau rasa tak sabar, belek & baca blog http://bicikut.blogspot.com/. Itu owner group KDA juga.


Rajinkan diri membaca fail-fail yang ada, apa yang orang post, apa yang orang komen sebab kadang banyak ilmu baru yang hangpa akan dapat. Jangan harap nak orang suap saja padahal diri sendiri memang malas nak dapatkan maklumat.


Benda basic faham, inshaaALLAH yang lain pun boleh faham. Ramai yang akan membantu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, August 10, 2014

Im on a diet



Ilmu + usaha + sabar + tawakal
=
InshaaALLAH ada hasilnya





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 09, 2014

WW 20 [2014] - Update terkini bersama Diet Atkins



54.4 kg ( berat jadi yoyo )


Tinggi : 157 cm
Berat sebelum DA : 60.5 kg
Berat terkini : 54.4 kg



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 07, 2014

Resepi Diet Atkins : Cara Telur Tuna

Bulan puasa macam ini kalau pergi bazar, pergi pula bahagian kuih-muih, agak tergoda tengok kemeriahan kuih itu. Lagi best bila tengok kuih cara biasa atau cara berlauk, perghhh iman! Sedapnyaaaaaa.


Jadi, melalui resepi yang ada di Kelab Diet Atkins, aku sendiri cuba buat "kuih cara" dengan gaya diet atkins. Lepas gian tengok rupa. Psiko diri sendiri. Muahahahaha!




Ikut resepi, inti ditekan cantik
Disebabkan taknak membazir aku letak menimbun
=___=


Bahan-bahan ( 1 orang )
1) 3 biji telur
2) Sedikit garam
3) Sedikit tuna
4) Sedikit sayur hijau ( guna bayam lebihan untuk sup )
5) Sedikit daun sup ( bagi wangi )
6) Sedikit mayonis ( kewpie merah/swiss bear rendah carb )
7) Sedikit lada hitam
9) Sedikit sos cili ( nandos antara rendah carb )


Cara-cara 
1) Rebus telur hingga masak & kupaskan
2) Goreng telur hingga kekuningan kulitnya
3) Potong telur 2 bahagian & korek kuning telur
4) Dalam bekas lain, satukan bahan-bahan lain & kacau hingga sebati
5) Sumbat semula dalam putih telur tadi



Itu sahaja. Senangkan? Kalau nak jadi cara berlauk, boleh gunakan daging cincang ( buat kari/goreng berlada ) kemudian taburkan atas telur. Jadilah cara berlauk.


Amacam? Sape kata diet atkin tak boleh makan sedap-sedap? Sup bayam aku buat simple sahaja sebagai rutin nak makan sayuran hijau setiap hari.


Selamat mencuba.



IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Boleh rujuk entry ini
InshaaALLAH sedap!


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 27, 2014

Gambar profile diubah sebagai PERINGATAN

Kalau korang friend dengan aku di FB, akan nampaklah perubahan gambar profile. Itu sebenarnya peringatan untuk diri aku supaya nafsu syaitan tidak berleluasa sempena Ramadhan ini. Bukan apa, takut tergoda dengan makanan di bazar. Aku harap aku dapat masak sendiri lebih kerap. Rajinke? Hahaha.




Alhamdulillah sepanjang aku berdiet atkins, ada perubahan yang dapat ku rasakan. Walau sekarang hanya 80% follow tapi kawalan itu masih ada.


2 minggu lepas berat aku statik pada angka 57.5-57.8 kg. Alhamdulillah sekarang dah ada penurunan setelah tambah menu lain. Hari ini dah 55.4 kg. Moga diri terus tahan dengan diet atkins yang sangat best sebab boleh makan makanan yang menyelerakan.


Oh ya, selamat menyambut Ramadhan semua =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 13, 2014

RESEPI : Telur Tuna Gulung

Semalam mood rajin datang lagi. Bukan apa, bahan dah ada apa salahnya gunakan sebelum terpaksa masuk dalam cikpah ( tong sampah ). Resepi mudah dan menyenangkan. Paling utama mengenyangkan.




Bahan-bahan ( 1 orang )

1) 2 biji telur
2) Garam secukup rasa
3) Sedikit cheese
4) Salad
5) Tuna
6) Mayonis
7) Sos cili
8) Baby tomato 3 biji


Cara-cara

1) Kacau telur & garam hingga sebati
2) Masukkan dalam pemanggang ajaib ( lebih cantik strukturnya )
3) Taburkan cheese & tunggu hingga telur masak
4) Gaulkan tuna dengan mayonis
5) Letak salad, campuran tuna mayonis, tomato & sos cili
6) Gulungkan dan potong ikut saiz yang anda suka

* Boleh gantikan tuna dengan bahan lain. Boleh buat daging burger, ayam, udang, ketam & apa saja menu kesukaan anda. Boleh masukkan timun atau lebihkan sayur hijau yang lain.


Menu simplekan? Itu yang aku suka buat. Menu ini sesuai untuk mereka yang berdiet atkins. Aku sekarang dalam fasa 2, jadi boleh masukkan tomato. Yang berinduction boleh abaikan dahulu sekejap.


Aku suka buat menu macam ini. Motif? Nak bagi makan sayur hijau banyak-banyak. Sumbat dalam itu tak sedar ngap banyak. Hahaha.


Lepas ini nak cuba menu simple apa pula ya? Ada cadangan?


IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Boleh rujuk entry ini
InshaaALLAH sedap!



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 06, 2014

RESEPI : Siakap Rebus Halia

Kukus grill panggang kukus grill panggang. Ingat tak iklan ini? Haha. Tapi untuk menu kali ini kita guna cara rebus. Campak-campak lepas itu tunggu masak. Senang bangat!




Bahan-bahan 

1) 1 ekor ikan siakap saiz sederhana
2) Air ( ikut suka banyak mana )
3) Sedikit cili merah
4) Sedikit bunga kobis
5) Sedikit lada benggala
6) Garam secukup rasa
7) Sedikit tomato
8) Sedikit sos tiram ( sebagai perasa ) - untuk induction elakkan
9) Sedikit halia

* Boleh juga gantikan dengan ikan lain/ayam/udang


Cara-cara

1) Masukkan semua bahan & tunggu hingga masak. 

* Boleh tambah bahan lain. Ikut selera masing-masing


Makanan yang best sebab tanpa sebarang minyak. Sekali sekala makan benda macam ini, hirup kuah yang sangat menyelerakan. Resepi mudah ini perlu cuba terutama untuk golongan bujang macam aku yang tak berapa pandai masak. Muahahahaha!


Selamat mencuba.


IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Boleh rujuk entry ini
InshaaALLAH sedap!


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Ditegur pipi surut

Untuk pengetahuan semua, kerja rasmi aku memang mengadap customer. Termasuklah kerja partime aku business Nurul Yui Collection. Dari rasmi sampai partime customer customer customer


Pagi semalam, ada customer lelaki tegur aku bila urusannya hampir selesai.


"Diet ea? Pipi surut"


Aku tercengang sekejap. Tiba-tiba dia tanya macam itu. Aku senyum sahaja.


"Dulu tengok pipi bulat" Sambil dia senyum.


Uih! Terus aku fikir dia boleh ingat rupa aku. Muahahaha! Tapi tak nafikan pipi aku memang surut walau sikit. Itulah penangan Diet Atkins. Walau tak follow 100% tapi hasil tetap ada. Alhamdulillah.


Sampai si Shapit suruh aku udah udahlah diet. Hilang dah pipi tembam yang lama. Padahal memang aku takde nak diet mana sekarang. Cuma kawal itu tetap ada =)


Kepada yang nak mencuba diet atkins, good luck! Diet diet juga tapi kesihatan kena jaga juga ya.


Kalau diri dah pernah tembam, lepas itu surut, tak mustahil tembam itu akan datang balik kalau tidak beringat. Ekekekeke.


IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Boleh rujuk entry ini
InshaaALLAH sedap!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^