tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, October 02, 2013

Bantuan BR1M 2 kali setahun

Baru-baru ini dengar berita bagitahu BR1M nak diberi 2 kali setahun dan dicadangkan terus masuk ke dalam akaun. Bagi aku ia bagus dan sangat-sangat elok kalau terus masuk dalam akaun. Tak perlu nak pergi ambil sendiri.


Tapi yang kata nak naikkan amaun tu jadi tak? Kalau jadi lagi bagus. Sesuai sangat sebab kenaikan yang ada menyebabkan kenaikan lain merebak sama walau tak sepatutnya ia terjadi. Gaji naik tapi benda lain turut naik menyebabkan tak terasa gaji itu. Cewaaahhh!


Apa-apa pun kalau betul berita itu dan nak naikkan lagi amaun BR1M, alhamdulillah. Daku sebagai golongan bujang menerima dengan hati terbuka. Tahun depan kalau bujang lagi, layak sungguh menerima. Muahahaha.


* Nak buat pinjaman pun basic gaji 2k okay. Macam mana nak beli rumah. Aishhh.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 102 - Bersama anak buah, Sofea



Ada ciri-ciri tak? 
Kih kih




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 01, 2013

Selamat datang Oktober

Sekejap dah Oktober 2013. Lagi 2 bulan ke tahun baru 2014. Pejam celik pejam celik. Sesungguhkan masa tidak menunggu kita. Ia tetap berjalan seperti biasa.


Eh, ada apa dengan Oktober sampai rajin aku up entry. Hahaha.


Nak bagitahu Oktober adalah bulan kelahiran aku. Kelahiran mak aku dan adik perempuan aku. Wahhh! Satu bulan. Beza hari sahaja. Sambut sekali terus.


Oktober juga InsyaALLAH GA lebih istimewa. So nantikan jelah ya.


Dah bagitahu hari lahir bulan ini, maka sila prepare hadiah untuk aku ya anda semua terutama AWAK. Hahaha. Macamlah baca entry aku kan. Gurau sahaja ok. Nak bagi aku terima, tak bagi doakan aku panjang umur.


* Makin bertambah usia, maka makin dekat kita dengan kematian. Hari lahir sudah pasti tapi hari kematian tidak diketahui.


Update:
18/10
Ingat ya
=__=






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Bagaimana nak mula sebelum atau semasa join NMGnetwork

Rasa was-was dan syakwasangka adalah perkara normal. Tambahan bagi mereka yang banyak kali "terkena", curiga itu pasti wujud.


Tapi bagi mereka yang telah mencuba & alhamdulillah berjaya, sudah pasti perkara sebegitu harus dikongsi dengan harapan mereka juga bakal lebih berjaya dari kita.


So sekarang, aku nak bagi info/cadangan/tips sebelum atau semasa anda nak join NMGnetwork


1) Tanya seberapa banyak soalan yang boleh. Biar soalan logik bukan ikut sukahati
2) Yakin & percayakan diri sendiri dahulu baru yakinkan orang lain
3) Mohon bantuan dari mereka yang lebih berpengetahuan atau berpengalaman
4) Jangan berfikir negatif terlebih dahulu sebelum diri sendiri cuba
5) Berusaha & ikut apa yang telah diberikan/dicadangkan
6) Jangan cepat berputus asa terutama ketika melayan pertanyaan orang
7) Tekun dalam apa yang dilakukan
8) Bertanya jika kurang pasti
9) Pastikan anda add friend supaya mudah berhubung
10) Simpan segala transaksi atau bukti untuk dijadikan rujukan


Bukti setelah sebulan sertai NMGnetwork
{ bukti }


Apa yang aku boleh bagitahu, semua ini atas kehendak sendiri. Yang nak berjaya diri sendiri juga. Pedulikan kata orang. Bukan tidak ada anasir negatif tapi kita hanya buat tak endah dan teruskan cara kita. Jangan kita was-was.


InsyaALLAH, jika niat kita baik, baik juga hasilnya. Tak dinafikan, entah sampai bila benda ini ok berterusan jadi peluang yang ada kita ambil dan cuba sedaya upaya. Capai apa yang kita nak sebaik mungkin.


Satu je yang aku ingatkan selalu pada diri sendiri, jika ALLAH benarkan, ia tetap terjadi. Dan jika ALLAH tetapkan TIDAK, ia tetap TIDAK TERJADI.


InsyaALLAH nanti aku update antara kelebihan 
yang ada jika join team Nurul Yui
=__=


Konsep ini sama sahaja termasuklah jika anda berminat untuk berbisnes. Hati kena kental!


* Aku pernah terkena dengan benda bukan-bukan tapi tak bermakna aku dah give up. Hati kena kental. Muahaha! Siapa nak rebut peluang, sila PM di FB okay.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^