tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, July 03, 2013

JJCM versi Yui : Tempahan durian crepe & kek coklat cream cheese area Ipoh

Hari Sabtu lepas sempat rembat durian crepe dan kek coklat cream cheese. Dah tahu kawasan akak Crepe House area Meru, Ipoh. Dan pelanggan harus datang terus ke rumah untuk ambil.




Dapat merasa dua ini je dulu sebab terus datang rumah tanpa order terlebih dahulu. Manalah nak tahu family mahu shoping di Mydin. Kalau tahu awal, dah macam-macam aku order. Nampak tak aku tamak? Hihi.


Harga untuk 5 ketul durian crepe RM 10 dan sebekas kek coklat cream cheese RM 6. Saiz bekas macam dalam tau fu fah.


- gambar  kek coklat cream cheese dari FB Crepe House -


Rasanya sangat best terutama durian crepe. Mambleees! Yang kek sebab aku tergoda tengok cheese. Kih kih.


Facebook : Crepe House


Orang Ipoh, bolehlah order. Sila contact terus Akak Crepe House untuk pertanyaan. Korang cuci mata kat FB dia pun best sebab tertarik dengan hasil yang semuanya nampak menarik dan menyelerakan. Nyum nyum.


Jemput baca entry penuh { sini }
Rasa sebelum Ramadhan, order sebelum Syawal
=___=





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 92 - Kata pembeli Mini Popia Ikan Bilis Nurul Yui



Alhamdulillah bila mendapat feedback yang positif
Nak order, boleh terus bagitahu ya



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 02, 2013

[alternatif] Cadangan pemilihan pemenang baru

Memandangkan dah masuk 3x pemenang baru GA Jun 2013 Nurul Yui - Like & Menang diumumkan, aku nak buat alternatif cara lain untuk pemilihan baru in case pemenang kali ketiga TIDAK LAPOR DIRI sebelum 12.00 tengahari esok.


Korang ada cadangan? 


Aku rasa if esok tak umum, aku taknaklah buat cabutan undi lagi. Rasa macam kecewa. Agaknya yang terpilih tak sudi nak terima hadiah craft dari aku. Ayat sedih! Hihi.


Aku ada beberapa cadangan. If korang rasa setuju, komen di entry. If ada cadangan, bagitahu sahaja terus. Dipertimbangkan.


1) Untuk para peserta yang join, siapa komen lebih awal di entry, dialah bakal dipilih.

2) Pemilihan melalui perkhidmatan random.org


Rasanya mana satu sesuai? Atau kedua-dua dah tak sesuai? Sedikit berduka sebab tak alert walau GA sehabis ringkas. Mungkin korang ada masalah lain kan. Kita tak tahu =)


Positif positif sahaja.


Jemput baca entry penuh { sini }
Rasa sebelum Ramadhan, order sebelum Syawal
=___=



Update : Pemenang dah lapor diri




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

[3] Pemenang baru GA Jun 2013 Nurul Yui - Like & Menang

Memandangkan pemenang pertama & pemenang kedua tak lapor diri, aku cabut lagi undi baru untuk memilih pemenang baru. 


PEMENANG BERTUAH MILIK NO 5


Maaf kepada peserta no 11, seperti yang tertulis semalam selepas jam 12.00 tengahari jika tiada apa-apa perkembangan, pemenang baru dipilih.


Tahniah kepada pemenang baru! Moga pemenang baru dapat PM aku secepatnya di page FB { link } untuk perbincangan bersama mengenai design bantal felt craft saiz A4. Moga design yang diminta mampu direalisasikan mengikut kemahiran jari jemari. Hihi.


Janganlah kata yang ini pun tak nak lapor diri. Muahahaha! Stress kejap teman. Esok lepas jam 12.00 tengahari takde juga lapor diri, mak jemah pengsan. Haha.



Jemput baca entry penuh { sini }
Rasa sebelum Ramadhan, order sebelum Syawal
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^