Yup, memang mudah. Jom tengok cara aku sediakan. Moga korang faham step yang aku bagi. Kalau kurang faham, boleh terus tanya di entry ini okay maklum sahaja tak pandai mengajar
Bahan-bahan :
1) 2 bungkus biskut Oreo ( nak banyak lagi pun boleh )
2) 250 cream cheese
3) 200 ml whipping cream
4) 1/4 butter cup
5) 1/2 cawan gula halus ( ikut citarasa )
Cara-cara :
1) Asingkan cream yang ada pada biskut. Cream letak dalam mangkuk lain, biskut letak dalam mangkuk lain. 1 bungkus digunakan dan hancurkan biskut tersebut. Aku guna lesung sahaja untuk hancurkan. Pastikan bukan lesung yang korang duk tumbuk cili apa semua ya. Nanti berbau! Biskut yang hancur digunakan untuk dijadikan base.
- asingkan biskut dan cream -
- pastikan hancur -
2) 1/4 butter cup atau nak kurangkan pun boleh. Boilingkan butter cup itu. Kalau istilah aku, ambil periuk, isi air sikit. Pastikan air dah panas. Masukkan mangkuk yang ada butter cup dan kacau hingga cair. Pastikan guna mangkuk yang tahan api tu. Apa entah namanya.
3) Butter cup yang dah cair tadi gaulkan dengan biskut yang sudah dihancurkan. Kacau hingga sebati dan buat base. Masuk terus dalam bekas. Guna bekas kecil pun ok sangat.
- butter digaul sebati dengan biskut hancur -
4) Masukkan dalam bekas dan ratakan. Kemudian sejukkan dalam peti ais bahagian beku untuk keraskan.
- ratakan campuran tadi sebagai base -
5) Sementara tunggu base keras, masukkan cream cheese, whipping cream, cream biskut oreo dan gula halus. Sebatikan guna handmixer. Nak guna spatula pun boleh tapi nak cepat guna hand mixer macam aku. Gula halus ikut selerea ya. Sebaiknya jangan manis. Rasa sikit sebelum letak okay.
- gaulkan hingga sebati -
6) Hancurkan satu bungkus lagi biskut oreo. Nak patahkan sahaja pun takde masalah. Gaulkan sekali dalam adunan tadi. Nak bagi rasa lagi oreo namanya. Hihihi.
7) Keluakan base yang sudah dikeraskan tadi. Dan masukkan adunan ke dalam bekas tersebut { atas base itu }.
- contoh letak adunan atas base dah keras -
8) Dah siap letakkan, masukkan terus dalam bahagian sejuk beku. Dah sejuk baru makan.
- gunalah bekas kecil agar adunan lebih tinggi -
Nasihat aku
1) Jangan biarkan kek ini terlampau lama di luar jika taknak makan. Nanti akan cair. Maka biarkan saja dalam sejuk beku, nak makan baru bawa keluar.
2) Guna bekas kecil agar lebih tinggi letak adunan.
3) Kurangkan gula kerana tak sedap kalau manis sangat.
So, itu sahaja. Mudahkan? Mudah sebab tak payah nak membakar, cukup ada peti ais. Resepi asal aku ambil {
resepi asal Oreo Cheese Cake }. So, aku olahkan sikit untuk pemahaman aku sendiri.
Jangan lupa cuba ya. Bagi aku sesedap cheese. Korang buat dan bandingkanlah dengan yang dok jual.
Macam makan aiskrim pun ada tau! Kos pun murah.
Sila abaikan hiasan oreo cheese cake
aku yang merepek ini!
Hahahaha
LAIN ORANG
LAIN TEKAK
LAIN CITARASA
SELAMAT MENCUBA