tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label Peplum. Show all posts
Showing posts with label Peplum. Show all posts

Tuesday, September 17, 2013

Nurul Yui berpeplum

Kelasss tajuk entry tu. Haha.


Hari itu aku ada post entry { baju peplum }. Lama aku teringin berpeplum. Alhamdulillah dapat juga akhirnya. Ecececeh! Macam orang mengidam pula kan.


Disebabkan ada yang minta gambar aku pakai peplum, nah ini khas untuk kalian. Bajet kau retisss! Wakakaka.




Kain baju jenis sejuk. Oh ya, nak habaq mai tarak bohong punya. Orang yang perut buncit, buntut besar, boleh cover kalau pakai baju macam ini. Adik aku sendiri bagitahu, nampak kurus pakai fesyen macam ini. Walaweh, tau lah kakak dia ni gemuk. Haha.


Nampak gayanya lepas ini buat lagi fesyen macam ini tapi mungkin nak labuh lagi. InsyaALLAH. Nak combine colour.


* Ambil gambar sendiri aje sebab tukang ambil gambar ada urusan lain




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, September 02, 2013

Baju peplum sahaja



Baju yang dibeli secara tak sengaja pada tukang jahit. Sebab owner sebenar taknak pakai. Katanya tak sesuai dengan dia. Aku test, kena pula dengan saiz aku.


Bajunya kosong sahaja jadi aku cari lace saiz kecil. Ambil warna hitam, semua masuk. InsyaALLAH dah siap jahitnya cuma aku sahaja belum ambil.


* Nak ambil mood ni kejap




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 11, 2013

Jubah atau peplum untuk raya 2013?

Kalau masih ingat sebelum ini aku ada update nak buat peplum untuk hari raya { entry }. Masalahnya sampai sekarang aku tak beli kain untuk tempah. Tukang jahit pun aku tak bagitahu lagi. Adakah masih menerima tempahan?


Sebenarnya aku berbelah bahagi. Sebab aku dah lama teringin nak pakai jubah. Last aku pakai jubah time kenduri tahun lepas. Itupun pakai pergi kenduri kahwin. Lepas itu nan hado.


Aku teringin nak buat jubah simple macam ini.





Kalau boleh tangan yang ada butang. Memang nak warna ala-ala macam ini sebab tema tahun ini warna lebih kurang macam ini. Abah dan adik-adik lelaki dah tempah baju melayu.




Lepas itu nak pakai tudung warna shock pink. Macam gambar pasangan pengantin ini. Nampak berseri je tengok mereka.


Agaknya macam mana? Nak tempah atau beli siap? Aku macam takde mood nak mencari baju raya. Tak tahulah kenapa.


Agaknya tahun ke 5 ini Shafiq nak belikan lagi baju raya tak macam sebelum ini? Okay berangan lagi. Kalau dapat, rezeki itu. Hihi. Boleh minta jubah hitam.


* Gambar dari google image ya





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 04, 2013

Fesyen Peplum untuk raya tahun 2013

Orang lain dah berzaman berpeplum bagai tapi aku sekarang baru nak ikut. Kih kih. Bukan apa, kalau tidak dah merasa berpeplum tapi sayangya tak boleh nak guna. Alhamdulillah dah terjual pun.


Google fesyen yang berkenan. Ada yang guna kain lycra, ada pakai chiffon, valentino. Kain jenis lycra memang aku reject awal-awal sebab tak suka. Tak sesuai untuk orang mok mok macam aku ini.



Page FB : We Luv Peplum


Terus tanya tukang jahit, dia pun okay ja. Siap bagitahu if nak kedut banyak better beli 6 meter kain. Okay bos! Akan ku cari kain di Kamdar nanti.


Kalau korang jenis malas nak p cari kain bagai, sila terus jenguk di page We Luv Peplum. Harga sangat okay bagi aku. Macam-macam design ada. Tinggal pilih dan bayar.


* Punya berangan nak baju raya bagai padahal puasa belum lagi. Persediaan awal namanya.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 06, 2013

Sepasang Peplum untuk dijual | RM 80 |

Mula-mula harusku sedih. Kain yang ditempah dan dibeli khas dari Padang, Indonesia { entry }  tidak boleh ku guna. Kenapa? Sebab aunty buat saiz ngam-ngam bentuk badan. Okay, aku tak suka ikut bentuk badan!




Harga kain + upah : RM 100
Harga nak jual : RM 80 sahaja

BAJU
Bahu : 13 1/2
Labuh : 29 1/2
Pinggang : 29
Dada : 35
Labuh Tangan : 21

KAIN
Pinggang : 28
Punggung : 35
Labuh 36 1/2

saiz dalam inci



Boleh juga kalau nak pos. Kepada yang benar-benar berminat, boleh terus mesej/ telefon 019-2331810. Siyes, sangat sedih sebab tak dapat nak pakai. Boleh pakai tapi jadi tak selesa. Baik jual sahaja. Takpelah aku rugi sikit. Korang yang berbadan kecil, sesuailah.


Serious sulamannya sangat cantik. Itu buat aku terkilan. Waaaaaaa!


SUDAH DIJUAL






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^