tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, July 11, 2013

Jubah atau peplum untuk raya 2013?

Kalau masih ingat sebelum ini aku ada update nak buat peplum untuk hari raya { entry }. Masalahnya sampai sekarang aku tak beli kain untuk tempah. Tukang jahit pun aku tak bagitahu lagi. Adakah masih menerima tempahan?


Sebenarnya aku berbelah bahagi. Sebab aku dah lama teringin nak pakai jubah. Last aku pakai jubah time kenduri tahun lepas. Itupun pakai pergi kenduri kahwin. Lepas itu nan hado.


Aku teringin nak buat jubah simple macam ini.





Kalau boleh tangan yang ada butang. Memang nak warna ala-ala macam ini sebab tema tahun ini warna lebih kurang macam ini. Abah dan adik-adik lelaki dah tempah baju melayu.




Lepas itu nak pakai tudung warna shock pink. Macam gambar pasangan pengantin ini. Nampak berseri je tengok mereka.


Agaknya macam mana? Nak tempah atau beli siap? Aku macam takde mood nak mencari baju raya. Tak tahulah kenapa.


Agaknya tahun ke 5 ini Shafiq nak belikan lagi baju raya tak macam sebelum ini? Okay berangan lagi. Kalau dapat, rezeki itu. Hihi. Boleh minta jubah hitam.


* Gambar dari google image ya





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

29 dak comei sayang YUI:

azizah :) said...

wow cantik yui! tempah la kalau yui nak design seperti yg di harapkan..

tp masih ada lagi ke tailor nak jahit..hee :)

jijah xpikir pasal raya pon..semuanya demi anak nak lahir pas raya..huu

Shakira Pathi said...

Jubah kalau tak banyak merlip-merlap memang cantik :)

Deqla Manjew said...

cantik pengantin muslimah tu.. sesuai sgt biru + pink.. sweet... deqla tahun ni pun nk cari baju peplum yg dah siap.. biasanya deqla cari kat buti peace collection..sbb kat sana mcm2 saiz ada.. saiz utk deqla pun ada.. harga pun boleh thn la.. ;)

Nurzakiah Hanum said...

sweetnya

nabila zaremi said...

Baju raya saya kosong je..tapi lepas nampak jubah yg gantung tu terus berkenan dekat sulam tampal tu..nanti nak beli pastu jahit sendiri la kat baju..

Cantik la yui kaler nie..rasa mcm nak tiru boleh tak?

shaFazie said...

serius cantek jubah itu...simple & tak padat dgn manik2

combi said...

dua2! :D

Aishah Jahirah said...

salam yui...selamat berpuasa...
kalau akak mesti pilih peplum...sbb suka peplum...

JunAina said...

Kaler blok yg menjadi kegilaan zaman sekarang ni. Jubah tu comeylah!

Akak jarang ikut trend, peplum2 ni pun tak doks...org kata tribal akak tengok ja.

Topik said...

so sweet and elegance with the spirit of religious days.

Kesuma Angsana said...

dua2 pun ok & menarik je !

eima said...

hmmm jubah kot peplum dah abis zaman la cek oi ...

Kakzakie said...

Badan comel macam Yui pakai apa pun molek aje.

Nisah Idham said...

erm kalau jubah, baik beli siap je.. akak rase lagi banyak jugak pilihan..

tapi kalo nak cari yg ade butang mgkn ade, tp mungkin kat butik2..
>> akak ni setiap tahun berjubah dik, beli je yg siap. mudah ringkas dna lebih menjimatkan. cume kedang ade baju xde size aje hehhee

J.Syazwana said...

sempat lagi ke nak tempah baju? hahaha

kite tak boleh pakai jubah nampak demok. hahaha :P

beta kupu said...

Yui beli siap je la....lgpun nak tempah konpem dah xnak trima....;)

AnneRaini said...

sempat lg ke kalau tempah? akak rasa peplum ok jubah pun okay. Skrg ni byk jugak jubah cantik2.. geram jer. nasib baik xmuat..hehe

Rapunzeel Cikilolo said...

tahun ni aku pakai jubah.

tktau kenapa terdetik hati ni

:)

Kniedaz said...

akak tak sempat hantar baju raya..tailor dah takmo amik tempahan..sudahnya kena beli siap la ni..nak cari jubah juga hehe

ieda immi said...

kalau akak tahun nie jubah ..
tapi kalau badan cantik , semua boleh je ;)

aah shock pink & blue ! wahhh
memang menarik !

lynndamya said...

hmm tgk org pakai jubah rse cantik je, tp sy belum lg kot nk pakai jubah, kena praktiks lembutkan langkah kaki dulu, haha klw x...abes jubah kang :p
selamat berbuka puasa :D

Scya Lollita said...

sy pun terfikir nak carik jubah h0h0
dilemaa

Rosmiza Ali said...

Buat jelah dua jenis tu.. Ray pertama pakai jubah, raya kedua pakai peplum.. Tak pun raya pertama pakai peplum, raya kedua pakai jubah.. Akak plan tahun ni nak jahit sendiri.. Tapi kainnya tak beli2 lagi.. Kahkahkah!

are_lin@yu said...

cntiknya yui...mna tau dpt tahun ni kan.hihi

Cik Nur™ said...

mcm nur tak sesuai pakai jubah..huhu
peplum pun xsesuai..huhu

nur beli siap dah kot

Syazana Zainn said...

kite pun teringin nak pakai jubah

tp tak sesuai

sebab pendek -_-

ayut said...

eh?comel plak penagantin tu...huhuhu...jubah sng yui...bek bli kain pastu bt.masa nk jahit pon xla lama..sbb tegak je...

MaYa MustWany said...

mas de 3 pasang kain tak berjahit lagi.pun xde mood nk tempah. ni nak cari sepasang utk raya..sma la.thn ni pun mas x xde mood sangat.

Mieya Atiera said...

Tak tahu kenapa, Mieya tak minat jubah. Padahal waktu kecik2 dulu selalu pakai