tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label menu jimat. Show all posts
Showing posts with label menu jimat. Show all posts

Tuesday, January 17, 2017

Resepi Mudah : Paprik ala Bujang

Paling malas Yui masak, adalah telur goreng lepas itu potong bawang+cili+ kicap. Selesai. Heeee, kalau ada buat menu lain, itu rajin sikit jelah. Hahaha.


Oklah, Yui nak share cara Yui masak paprik. Paprik ala bujang sebab si tukang masak masih bujang dan paling penting menggunakan bahan-bahan yang mudah.



Udang tak nampak sebab dah habis



Bahan-bahan

Sotong secukupnya
Udang secukupnya
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Sedikit serai
3/4 daun limau purut
Sos tomato
Sos cili 
Lobak 
Bunga kobis
2 cawan air 
Garam secukup rasa


Cara-cara

Potong bawang merah & bawang putih. Tumiskan terlebih dahulu 
Masukkan lobak 
Ketuk serai & masukkan selepas bahan di atas naik bau
Masukkan air kemudian masukkan sos cili & tomato
Gaul sekata & masukkan daun limau purut
Biar sekejap hingga naik bau kemudian masukkan sotong & udang
Masukkan bunga kobis & garam secukup rasa


Siap.


Senangkan kalau menu cara Yui. Miahahaha. Korang boleh lagi masukkan bahan mengikut kesesuaian. Sesuai di makan dengan nasi/kuehtiau/bihun. Kalau malas, letak telur goreng pun sedap tau.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 18, 2016

Bento 2016 : Salad Thousand Island

Ewahhh, edisi bekal si bujang kembali lagi. Dasar bujang pemalas macam aku, jadi menu macam ini jelah yang rajin. Heeeee.




Bahan-bahan :

1) Salad
2) Lobak merah
3) Tomato
4) Sosej
5) Mayonis thousand island


Hanya perlu rebus sosej & lobak. Pastu gaul dengan mayonis. Selesai.


Sedia untuk dihidang. Bahan lain boleh tambah ikut tekak masing-masing.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 11, 2016

Tengkuk ayam goreng tepung Bestari

Heee, pernah makan? Biasa makan? Tak suka makan? Tak kisah tapi jangan nak eee eee kan makanan ya. Aku lepuk kang !!


Ini tengkuk ayam. Aku beli di AEON sebab nampak lagi fresh dari beli tempat lain. Kemerahan lagi warnanya. Jangan ambil yang pudar, sebab tak elok/tak sedap/berbau.





Sebenarnya aku nak cerita, aku baru je menggunakan tepung pelbagai guna jenama Bestari. Memang terbaiklah. Bancuh dengan air, gaulkan & goreng. Sedap tauuu !! Tak payah dah korang nak campur telur bagai.


Cara penggunaan semua ada di kotak. Ikut saja okay.


Gambar, rujuk google. Kalau tak jumpa, sila komen nanti aku rajin, aku ambil gambar. Mueehehehehe!!


Oh ya, antara sebab lain aku beli tengkuk ialah tulangnya akan aku beri pada anjing-anjing jalanan yang berada di kawasan rumah aku. Lagipun deme baik sebab jaga pagar rumah =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 04, 2016

Resepi Mudah : Paprik Campur

Jujurnya, aku memang tak pandai masak. Tapi bila ada ja menu mak yang aku rasa terlalu suka, aku gigih tanya mak macam mana caranya. Cehhh, rajin kan tanya ?? Hahahaha.


Biasa dah kan kalau makan kat luar, order nasi goreng paprik. Datang paprik kadang ada kuah, kadang langsung kering. Sedap juga telan sampai habis. Tengok bahan mudah sangat.


Jom kita belajar paprik campur yang sangat ringkas.


Bahan-bahan :

1) Lobak, bunga kubis, batang saderi, cendawan, ayam, 3 helai daun limau purut, 1 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih
2) Sedikit sos cili & sos tomato
3) Sedikit air ( untuk bagi kuah ) & sedikit garam


Cara-cara :

1) Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan ayam & sayur yang lain serta daun limau
2) Masukkan air & sos
3) Gaul sebati & tambah garam secukup rasa
4) Siap dan sedia untuk dihidangkan

* boleh campur bahan seperti udang,sotong & lain-lain mengikut citarasa masing-masing. Yang penting kena ada daun limau purut, itu penyedapnya !!




Menu orang bujang macam ini jela ya. Jangan pelik sebab aku pemalas orangnya. Lalalalala. Dah tahu cara, memang senang.


Selamat mencuba !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 27, 2015

Bekal Orang Bujang : Sushi Telur Rumpai Laut versi Nurul Yui

Ewahh tajuk kemain nak kena ada nama sendiri. Bajet makanan kebabom. Hahahaha. Oklah saja ja entry macam ini. Kadang kalau aku masak, aku rajin aku akan update walaupun masakan aku orang kata masakan "bodo" tapi kira oklah nak masakkan?




Ini menu minggu lepas. Member opis bagi rumpai laut satu paket, Disebabkan idea aku bernas, aku taknak makan macam itu saja. Aku nak gulung-gulung dengan telur.


Maka terhasillah menu di atas.
Sebenarnya nak lagi cantik biar rumpai tu berada diluar. Alaaa tapi tak kisahlah cantik ke tak yang penting boleh makan & habis!


Menu macam ini boleh juga dijadikan menu atkins.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, September 03, 2015

Nasi goreng telur masin

Hmmmm, aku tak pandai masak tapi aku ada inisiatif nak masak. Itupun kalau rajin. Maklumlah bujang, makan sendiri tak kisah sangat.




Ini menu makan malam beberapa minggu lalu. Tak pasti kenapa aku ambil gambar, Mungkin sebab tengok telur masin tersebut,


Inilah nasi goreng bodo ku namakan sebab masak cincai-cincai.


Makan dalam mangkuk. Perut sendiri, tak kisah.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 28, 2015

BREAKFAST + LUNCH HARI INI

Menu brunch seterusnya Nurul Yui ialah berikut. Dah tak tahu nak makan apa. Ambil saja apa yang kenan di mata.



Nasi + Sambal keli + Ulam & Sambal
RM 5.20

Waktu makan : 11 pagi


Macam biasa, kalau beli bawa balik, aku akan ambil nasi penuh tapi makan setengah sahaja. Bakinya akan digaul dengan tulang & isi yang ada dan diberikan kepada kucing/anjing terbiar.


Dengan niat bersedekah. InshaaALLAH. Korang pun boleh amalkan =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, May 08, 2015

Bekal orang bujang : Ayam & tempe goreng

Memandangkan ayam ayamas masih ada, goreng 5 ketul pagi ini. Ada juga beli 1 paket tempe, apa lagi potong halus-halus kemudian goreng garing. Fuh!




Antara 2 jenis di atas, aku paling suka tempe. Itu namanya gorong bodoh saja. Lagi syiok kalau letak bawang banyak kemudian letak cili padi, ubi kentang. Waahhh! Terangkat makan. Ratah gitu pun sedappp.


Masa yang diperlukan untuk siapkan sarapan di atas hanya dalam 15 minit sahaja.


Sape suka tempe?
Kita geng. Adalah sikit keturunan jawa =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 15, 2015

Kotiau goreng RM 1

Kali ini tunjuk kotiau goreng pula. Nampak tak banyak mana? Bekas yang tinggi, bukan leper tu. Faham tak ayat aku? Hahaha.




Korang tengok bahan yang ada. Fishcake, sayur, sambal. Pergh cukup lengkap! Tapi yang kurang best, kejap ada buka kejap takde. Mungkin faktor kesihatan.


Apa pun memang jimat dan nora bagi 5 bintang!


Lokasi :
Area Tesco Station 18, Ipoh




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 12, 2015

Nasi goreng RM 1

Masih lagi nak kenalkan menu murah & jimat lagi sedap di area Tesco Station 18. Kau orang tengok sendiri dalam bekas. Berapa harganya? RM 1 sahaja.




Memang puas hati! Aku harap sangat harga, kesedapan & kuantiti sebegini akan berterusan dan inshaaALLAH moga perniagaan makcik ini berjaya. Sedap ok!


Nora bagi 5 bintang!


Lokasi :
Area Tesco Station 18, Ipoh




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^