tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label kuih raya 2016. Show all posts
Showing posts with label kuih raya 2016. Show all posts

Saturday, June 25, 2016

Aktiviti hujung minggu menyiapkan tempahan Mini Popia Ikan Bilis

Asal masuk je hari minggu, inshaaALLAH akan siapkan tempahan mini popia ikan bilis. Hat ni untuk cod plak. Yang pos, dah selesai.




Nak tempah lagi boleh ajee
Lekaih habaq tau

250 g RM 14
1/2kg RM 24


Self pickup
COD ikut laluan Yui
Station 18, Klebang, Chemor & Sg Siput


Yui : 019 233 1810




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 23, 2016

Resepi : Nestum Walnut Bersalut Susu

Aku taktaulah nak namakan apa tapi meh nak cerita sikit apa rasanya. Dalam tu rasa nestum + walnut. Rasa koko dan luarnya disalut dengan susu. Pergh, giigt rangup aje tau.


Inilah biskut yang mak aku ulang kali suh buat. Haaaa, okay mak, anakmu dah buatkan. Mak makan bagi habis tau. Ekekeke.




Bahan-bahan dan cara-cara

Guna cawan ajaib masing-masing ( ikut sukatan cawan tersebut ya )
1 cawan nestum dan hancurkan ( Yui ramas guna tangan aje )
1/2 paket kacang walnut ( tumbuk guna lesung untuk hancurkan sikit )
250 g butter
1/2 cawan gula halus
Sedikit esen vanilla
Kacau dengan sebati dan masukkan 2 sudu serbuk koko
Lepas itu baru masukkan nestum & walnut

Satukan bahan di bawah
2 1/4 cawan tepung gandum 
1sb tepung jagung
1 sb emplex ( kalau takde emplex gantikan dengan tepung beras )
Kalau rajin ayakkan bahan ni

Bahan tepung di atas masukkan dalam bekas tadi
Uli guna tangan hingga doh tak lembik dan melekat pada tangan

Bentukkan ikut suka hati korang
Yui bujurkan aje 
Bakar dalam 20 minit suhu 170" ikut oven masing-masing
Dah masak, biar sejuk kejap

Untuk salut
1/2 cawan susu tepung + 1/2 cawan gula ising
Golekkan aje dan masuk dalam bekas


Siap!







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 21, 2016

Resepi : Semperit Jalan Tar

Yang ini pula biskut ketiga aku buat. Rupa hodoh tapi rasa tetap ada. Hahahah. Dinamakan semperit jalan tar sebab nipis dan bergerutu. Alaaa, macam jalan raya kekdahnya.




Bahan-bahan & cara-cara

Guna cawan ajaib masing-masing ( ikut sukatan cawan )
1 cawan buttercup
1/2 cawan susu pekat 
Sedikit pewarna kuning
Sedikit esen vanilla
Guna senduk dan kacau kesemua bahan atas

Tambahkan 2sb susu tepung ( untuk lebih sedap )
1 cawan tepung gandum ( guna cap Ros )
1 cawan tepung jagung 
Kedua-dua tepung dimasukkan dalam adunan dan kacau rata

Kemudian masukkan sedikit demi sedikit 2 cawan tepung kastard sambil uli dengan tangan
Uli hingga doh tak melekat pada tangan ( tambah tepung tu sikit sikit ok )

Guna acuan yang korang suka
Untuk atas, calitkan guna kuning telur ( yui campur tu pasal jadi warna gitu, haha )
Bakar dalam 20 minit 170"suhu

Siap!


Resepi lain yang boleh anda cuba


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 20, 2016

Tempahan Mini Popia Ikan Bilis 2016 dibuka



Sama macam tahun-tahun sebelumnya
InshaaALLAH sedap !!


MINI POPIA IKAN BILIS

500 g RM 24
250 g RM 14

Postage RM 8 SM/ RM 12 SS
( bubble wrap dalam & luar bekas )


Untuk COD bekas penutup seperti gambar atas
Untuk postage bekas putih


Sebarang pertanyaan boleh telefon/sms/whatsapp
Nurul Yui 019 233 1810

FB Page : Nurul Yui Collection


Jangan lambat-lambat ya untuk rasai keenakannya
Dibuat penuh kasih sayang
=_____=


TARIKH AKHIR TEMPAHAN MELIBATKAN POSTAGE ]


ENTRY STATIK HINGGA 20 JUN 2016




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 16, 2016

Resepi : Biskut Choc Chip

Biskut kedua yang aku buat selepas Semperit Nutella haruslah biskut kesukaan aku dan jeng jeng iaitu Choc Chip. Tahun sebelum ini aku dah bagi resepi , tapi takpe ini kita buat ikut resepi orang lain pulak.




Ini pula resepi Choc Chip versi tahun 2016



Untuk tahun 2016 versi lebih gelap dan rapuh
Hanya guna senduk 
=___=


Bahan-bahan dan cara-cara

Perlu guna cawan ajaib masing-masing ( ikut je sukatan cawan tu )
3/4 cawan butttercup
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan gula perang halus
1/2 cawan gula putih halus
Sedikit esen vanilla

Kacau semua bahan di atas guna senduk. Tak perlu mesin. Jimat elektrik. Hahaha
Masukkan 1 biji kuning telur ( tapi aku tak masukkan pun )

Bahan untuk diayak
2 cawan tepung gandum ( jenama ros )
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 sk baking powder

Masukkan 1 cawan yang diayak ke dalam adunan tadi
Campur dengan 1 sb tepung beras ( sebagai ejen perangup ). Kalau ada emplek tak payah letak tepung beras, guna salah satu saja ya

Tambah 1sb serbuk koko
Tambah 1 cawan baki yang diayak tadi dan gaulkan hingga sebati

Masukkan chochip ikut suka banyak mana ( lagi banyak lagi sedap )
Masukkan badam flakes sebab lebih rangup ( tak perlu sangai )
Campurkan semua dan gaul hingga sebati

Masukkan dalam plastik dan ikat ketat doh tersebut
Letak dalam peti ais bahagian biasa selama 45 minit

Cubit manja sebab nanti akan mengembang
Jangan lupa sapu buttercup pada bekas baru letak doh yang dicubit manja tadi


Bakar selama 20 minit dengan suhu 170'
Biarkan suam dulu baru susun masuk bekas


InshaaALLAH sedap dan rangup!!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 15, 2016

Resepi : Biskut Semperit Nutella

Jeng jeng jeng. Inilah biskut pertama yang aku buat. Seawal jam 7.30 pagi dah get ready dengan bahan. Semangat tau sebelum balik SS beli. Hahahaha.


Aku buat pagi Ahad 12/6/2016 bersamaan Ramadhan ke-7.




Bahan-bahan & cara-caranya

Pastikan ada satu cawan ajaib. Maksudnya ikut sukatan cawan ini sahaja naaa.
1/2 cawan buttercup *
1/4 cawan susu pekat *
Sedikit esen vanilla *

( kacau guna senduk semua bahan bertanda * hingga sebati )


1 sb tepung castard masukkan dalam adunan atas
1 cawan tepung jagung ( gaul rata )
Masukkan lagi 1 cawan tepung jagung sikit sikit sambil uli perlahan sampai doh jadi lembut

Bahagikan kepada 2 adunan
1 doh biarkan original
1 doh lagi tambahkan 2sb Nutella & 1sb serbuk koko & gaul hingga rata


Sekarang dah ada 2 doh, gabungkan dan bentuk ikut suka anda
Letak hiasan di atas
Bakar 20 minit suhu 170' atau hingga nampak masak


Tips :
Kalau adunan lembik tambahkan sedikit tepung jagung untuk seimbangkan balik doh





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 14, 2016

Page Facebook rujukan untuk buat biskut raya 2016 - Azlina Ina Fans

Sebelum aku tunjuk hasil biskut yang aku buat, aku nak bagitahu kat mana tempat yang aku rujuk. Bukan takde buku resepi sendiri yang aku tulis tapi aku malas cari. Lagipun dah ada internet, gunakan sebaiknya. Heeeee. Mukadimah panjang!


Untuk tahun 2016,
Page Facebook pilihan hati aku adalah Azlina Ina Fans


Suka cara penyampaiannya secara santai dan kadangkala buat aku tergelak besar sambil uli doh. Punyalah semangat, aku catat apa bahan yang perlu. Baca ulang kali dan mulakan sendiri mengikut step yang diberi.


Kalau korang tak percaya, boleh tengok sendiri. Macam-macam resepi ada tinggal rajin atau tak sahaja. Aku pilih mana yang mudah sahaja untuk aku buat. Ekekekeke.


Oh ya, resepi kek pun ada wei. Kecur ayaq lioq!!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tarikh akhir tempahan mini popia ikan bilis yang melibatkan postage

Yang sedia maklum akan tahu setiap tahun Yui buka tempahan
Mini Popia Ikan Bilis


Untuk tahun 2016
Tarikh akhir untuk tempahan yang melibatkan postage adalah
17/6/2016 bersamaan Jumaat
Bayaran clear dalam akaun, sabtu & ahad akan buat 


Dijangka akan pos hari Isnin 20/6/2016




Sama macam tahun-tahun sebelumnya
InshaaALLAH sedap !!


MINI POPIA IKAN BILIS

500 g RM 24
250 g RM 14

Postage RM 8 SM/ RM 12 SS
( bubble wrap dalam & luar bekas )
( bekas putih untuk postage )


Sebarang pertanyaan boleh telefon/sms/whatsapp
Nurul Yui 019 233 1810

FB Page : Nurul Yui Collection


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, May 30, 2016

Mini popia ikan bilis siap untuk COD



Alhamdulillah semalam pulun buat dengan mak dan adik
Menjanjikan yang terbaik buat pelanggan tersayang


Kalau ada yang berminat nak tempah
[ baca entry ini ]


Krup krap krup krap habiss !!


Terbaikkkkk
=___=





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, April 12, 2016

Kata pelanggan mini popia ikan bilis



Minima tempahan 500 g. RM 24 sahaja. Inti ikan bilis. 
Rasa inshaaALLAH sedappp !! 
Postage disediakan RM 8 SM/ RM 11 SS. 
Bubble wrap dalam & luar bekas.

SMS/Whatsapp 
019 233 1810



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, April 07, 2016

Kata pelanggan mini popia ikan bilis



Minima tempahan 500 g. RM 24 sahaja. Inti ikan bilis. 
Rasa inshaaALLAH sedappp !! 
Postage disediakan RM 8 SM/ RM 11 SS. 
Bubble wrap dalam & luar bekas.

SMS/Whatsapp 
019 233 1810


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^