tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, June 15, 2016

Resepi : Biskut Semperit Nutella

Jeng jeng jeng. Inilah biskut pertama yang aku buat. Seawal jam 7.30 pagi dah get ready dengan bahan. Semangat tau sebelum balik SS beli. Hahahaha.


Aku buat pagi Ahad 12/6/2016 bersamaan Ramadhan ke-7.




Bahan-bahan & cara-caranya

Pastikan ada satu cawan ajaib. Maksudnya ikut sukatan cawan ini sahaja naaa.
1/2 cawan buttercup *
1/4 cawan susu pekat *
Sedikit esen vanilla *

( kacau guna senduk semua bahan bertanda * hingga sebati )


1 sb tepung castard masukkan dalam adunan atas
1 cawan tepung jagung ( gaul rata )
Masukkan lagi 1 cawan tepung jagung sikit sikit sambil uli perlahan sampai doh jadi lembut

Bahagikan kepada 2 adunan
1 doh biarkan original
1 doh lagi tambahkan 2sb Nutella & 1sb serbuk koko & gaul hingga rata


Sekarang dah ada 2 doh, gabungkan dan bentuk ikut suka anda
Letak hiasan di atas
Bakar 20 minit suhu 170' atau hingga nampak masak


Tips :
Kalau adunan lembik tambahkan sedikit tepung jagung untuk seimbangkan balik doh





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

9 dak comei sayang YUI:

Siti Nurzafirah said...

wah.. rajinnya.. nak buat nanti tapi tak campur nutella kot.. ibu suka original.. tapi, part last tu boleh kot main tipu sikit.. heh2

Athirah Diyana said...

ala nutellaaaaaa....sedapnya!

anis abdullah said...

Kita tak pandai guna oven. Hahaha.

Atie Yusof said...

wahhh... rajinnya sis! akak tak buat apa lagi..hehe
sedap nampak tu..boleh jg nak cuba.. :)

Azhafizah Md Nor said...

bestnya buat kuih menjadi. sedap pun sedap tu

eima said...

pernah nk tekan acuan tu guna ibu jari tp ttp x jd bunga yg cantik ..dulu la pastu trs merajuk tak mo buat dah

orked violet @ SYA said...

nak buat oven xde.

tp nk forward recipe kt mak. hahaahaha. nnt kite update kalau jadik buat. hiks!

Eka Tikah said...

Nutella tuuuuu. Sedap. Akak, kite craving nak makan Nutella. haha

Wani said...

Wah, baca je title da tahu mseti sedap.. kalau rajin boleh buat lak ;)