tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, June 23, 2016

Resepi : Nestum Walnut Bersalut Susu

Aku taktaulah nak namakan apa tapi meh nak cerita sikit apa rasanya. Dalam tu rasa nestum + walnut. Rasa koko dan luarnya disalut dengan susu. Pergh, giigt rangup aje tau.


Inilah biskut yang mak aku ulang kali suh buat. Haaaa, okay mak, anakmu dah buatkan. Mak makan bagi habis tau. Ekekeke.




Bahan-bahan dan cara-cara

Guna cawan ajaib masing-masing ( ikut sukatan cawan tersebut ya )
1 cawan nestum dan hancurkan ( Yui ramas guna tangan aje )
1/2 paket kacang walnut ( tumbuk guna lesung untuk hancurkan sikit )
250 g butter
1/2 cawan gula halus
Sedikit esen vanilla
Kacau dengan sebati dan masukkan 2 sudu serbuk koko
Lepas itu baru masukkan nestum & walnut

Satukan bahan di bawah
2 1/4 cawan tepung gandum 
1sb tepung jagung
1 sb emplex ( kalau takde emplex gantikan dengan tepung beras )
Kalau rajin ayakkan bahan ni

Bahan tepung di atas masukkan dalam bekas tadi
Uli guna tangan hingga doh tak lembik dan melekat pada tangan

Bentukkan ikut suka hati korang
Yui bujurkan aje 
Bakar dalam 20 minit suhu 170" ikut oven masing-masing
Dah masak, biar sejuk kejap

Untuk salut
1/2 cawan susu tepung + 1/2 cawan gula ising
Golekkan aje dan masuk dalam bekas


Siap!







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

4 dak comei sayang YUI:

Mar Mansor said...

nampak sedap

AinAthirah Anuar said...

Rajin tau yui ni bak alamat nak bawak rombongan meminang. haha gurau je yui jgn marah :P

Nurzakiah Hanum said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa

Wani said...

Rajinnye yuii.. Nanti boleh jual kuih.. hiks