tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, June 21, 2016

Resepi : Semperit Jalan Tar

Yang ini pula biskut ketiga aku buat. Rupa hodoh tapi rasa tetap ada. Hahahah. Dinamakan semperit jalan tar sebab nipis dan bergerutu. Alaaa, macam jalan raya kekdahnya.




Bahan-bahan & cara-cara

Guna cawan ajaib masing-masing ( ikut sukatan cawan )
1 cawan buttercup
1/2 cawan susu pekat 
Sedikit pewarna kuning
Sedikit esen vanilla
Guna senduk dan kacau kesemua bahan atas

Tambahkan 2sb susu tepung ( untuk lebih sedap )
1 cawan tepung gandum ( guna cap Ros )
1 cawan tepung jagung 
Kedua-dua tepung dimasukkan dalam adunan dan kacau rata

Kemudian masukkan sedikit demi sedikit 2 cawan tepung kastard sambil uli dengan tangan
Uli hingga doh tak melekat pada tangan ( tambah tepung tu sikit sikit ok )

Guna acuan yang korang suka
Untuk atas, calitkan guna kuning telur ( yui campur tu pasal jadi warna gitu, haha )
Bakar dalam 20 minit 170"suhu

Siap!


Resepi lain yang boleh anda cuba


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

7 dak comei sayang YUI:

AinAthirah Anuar said...

Igt beli dekat jalan tar. haha. Yey ain mmg tgh cari resepi nak buat Semeperit. jalan tar eh. okay okay boleh try . Thankyou !

Nurzakiah Hanum said...

jom cuba

Murni Alysa said...

hehehe ingatkan btul2 nama Jln TAR..biskut akak pon sama mcm biskut yui, rupa tak cantik takpe..asalkan rasa sedap..hehehe

Athirah Diyana said...

haha! ingatkan beli kat jalan tar...rupanya?? hihi! takpe, yg penting rasa. rupa no 2

CikSiti said...

Rajinnyeee

orked violet @ SYA said...

sya pon ingat beli kat jalan tar. hahahahaha

Cik Ash said...

Rajin buat biskut