tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label makanan murah. Show all posts
Showing posts with label makanan murah. Show all posts

Monday, July 10, 2017

Empire Sushi dah dibuka di Ipoh Parade

Teruja plak nak habaq kat hangpa. Yui tau pun sebab ada rakan FB post pasal sushi yang telah menambat hatinya. Udah dia post gambar, kami tanyalah kat mana. Kat Ipoh aje. Best best!


Selang 2 hari Yui plak pergi ke Ipoh Parade. Kebetulan keluar sebab ada orang belanja tengok cerita Transformer The Last Knight kat GSC.






Empire Sushi ni bukan dalam kedai. Di luar berdekatan eskalator. Tak silap Yui tingkat 2. Hangpa cari je, mesti jumpa. Mustahil tak nampak. Hehehe.


Yui pergi lebih kurang 6.30 petang, tak banyak pilihan yang tinggal tapi masih buat mata ni rambang nak pilih yang mana. Harga sangat berpatutan. Kalau buka cawangan di merata tempat, rasanya memang Sushi King Yui bye bye sebab ada yang lebih sedap. Hahahaha.



Ini yang Yui pilih
Harga lebih kurang RM 15
Sangat berbaloi sebab ambil yang jarang nak jumpa
Hehehe


Orang Ipoh kena cuba. Yui tak pasti buka seawal jam berapa tapi rasanya lebih baik datang tengahari sebab kalau lambat dah tentu tak banyak pilihan yang tinggal.


Empire Sushi, Ipoh Parade
Alamat: Lot No. KS03, 2nd Floor, Ipoh Parade
Fb Page : Empire Sushi




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 07, 2017

[Delivery service] - Burger Chickenchop murah dan sedap di Ipoh

Ini adalah orang yang sama buat Pizza yang superb sedap, lembut dan tak kedekut dengan bahan. Tak percaya, meh tengok SINI.


Kali ini Yui cuba plak Burger Chicken Chop yang tengah viral di Ipoh Ipoh Ajer. Tengok kulit roti tu nampak menarik, macam pau cendawan tu kan. Hehehe.




Penuh dengan isi dan tak kedekut bahan.
Sedap!




Waktu Yui order ni Yui tengah puasa,
Jadi lambat makan tu sebab nampak melekat


Kalau tak silap harga sebiji burger ini dalam RM6-7 sahaja. Yang paling penting, ada cod terutama orang di Station 18, Ipoh. Ehhh tempat lain pun ada, korang tanya aje okay. Sebab permintaan tinggi, jadi merata dah akak ni boleh hantar. 



012 5739185
012 5739185
012 5739185


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, April 12, 2016

Potato Spring pasar malam

Satu masa dulu, kentang ini sangat popular. Apa orang panggil entah, lupa dah hakak. Potato spring kot ??




Sekali sekala beli juga kalau teringin. Rasanya pun dah biasa sebab sosnya. Kalau dapat yang betul rasa cheese, memang mablesss laaa !!


Sebatang macam ni lebih kurang RM 2.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 26, 2015

Nasi kerabu power original dari orang Kelantan!

Lebih kurang 5 tahun aku duduk di Station 18, memang takde tempat lain lagi boleh kalahkan nasi kerabu makcik ni. Yelah, aku memang aku cuba merata, tapi kalau tak sedap, memang tak beli. Tekak lain-lain kan?



Hanya RM 5.50


Kalau korang orang Ipoh,
Makcik ini biasanya akan ada di pasar malam. Kalau tempat kerja aku, setiap hari Isnin. Ada 3-4 orang wanita yang akan sibuk layan pelanggan yang ramai! Serious, seawal jam 5.30 petang, memang dah ramai kerumun nak beli.


Selain nasi kerabu, ada juga jual laksam, bubur, nasi lemak & kuih.
Semuanya aku dah rasa dan memang semua terbaik!


Sebenarnya aku dah pernah up entry pasal nasi kerabu ni [entry]
Tapi saja up lagi sebab sedap. Hahahaha.


Benda terbaik, haruslah kita share!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 30, 2015

Penghantaran makanan percuma Spagheti Curry Meatballs di Ipoh Perak

Kalau haritu aku ada cerita pasal penghantaran nasi ayam sedap area Ipoh, sekarang deme ada tambah menu baru.


Nama diberi Spagheti Curry Meatball. Waaaahh kelas nama kan? Kari ok, lain dari yang lain. Aku dah rasa. So nyummy dan puas hati. Harga pun sama juga, RM 5 sahaja.




- Diberi cheese yang diasing ( tabur bila nak makan )
- Ada 4 ketul meatball
- Kuah & rasa yang pekat
- Spagheti banyak & mengeyangkan



kasi zoom sikit =)


Pendek kata puas hatilah habaq! Murah pun murah. Yang penting sampai depan pintu pagar rumah. Ambil & terus makan. Fuhhh! Semakin mudah nak makan sekarang semakin malas orang nak masak. Ehh!! Hahaha.



RM 5 sahaja


Ni kalau tabur, pastu masuk microwave untuk panaskan. cheese cair, tu dia nanti mableeeeess leleh ayaq liuq. Kuikuikui.


Orang Ipoh, hangpa kena cuba. Sedap repeat lagi, war-warkan pada media sosial. Moga bertambah murah rezeki bersama. InshaaALLAH.



Call/SMS/Whatsapp : 017 578 3758



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 28, 2015

Penghantaran Nasi Ayam sedap sekitar Ipoh, Perak

Menyewa di Station 19, Ipoh memang mudah! Mudah tang mana? Bab-bab makan. Macam-macam khidmat penghantaran disediakan. Hangpa tinggal sediakan duit aje naaa.


Yang terkini, aku ada cuba nasi ayam. Sedap habaq hangpa!


- Ayam tanpa tulang
- Salad, timun & tomato yang segar
- Nasi banyak
- Diberikan juga sos, kicap & sup




Hangpa nak tau berapa harganya? RM 5 aje dik nooonn! Tu tahap harga berpatutan. Sebab apa? Sebab free cod area Station 18 Ipoh, luar kawasan pun free tapi kena order minimum 2 bekas. Oklah tu kan. Makan satu keluarga.


Service pula sampai depan pintu pagar rumah. Nasi pun panas. Pendek cerita che' puas hati + berbaloi-baloi beli. Tak nyesal!


Pada orang Ipoh, kalau nak merasa nasi ayam sedap ini, boleh terus contact owner.


Call/SMS/Whatsapp : 017 578 3758



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 31, 2015

Sushi di Aeon menjadi pilihan

Aku ni jenis tekak main belasah asal kenan. Haaaa. Ada faham?
Kadang keluar rehat, tak tahu makan apa, nampak pula sushi yang colourfull, mata bling bling pilih mana yang nak.




Biasa paling banyak beli 6 ketul. Itupun dah rasa cukup banyak. Kadang forward jadi 2 hari punya menu. Huhuhuuuu.


Ada yang suka sushi?
Kita tak geng sebab kita jarang makan sushi. Hahaha.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 20, 2015

BREAKFAST + LUNCH HARI INI

Seronok pergi stall tepi jalan makcik ini. Bagi aku harga lauk pauknya sangat murah.
Berbaloi-baloi gitu. Kat tempat lain, susah nak dapat.



Nasi 1 bungkus + sambal ikan keli seekor + tempe kentang RM 2 + sambal kuini

RM 4.50


Yang aku perhatikan, 
Ikan keli dia kira RM 2 seekor
Tempe kentang RM 2
Sambal kuini RM 0.50
Nasi FREE mungkin sebab harga hanya RM 4.50


Alhamdulillah, moga semakin murah rezeki akak sekeluarga.
Lokasi di Kg Sri Kinta, Ipoh.


Dan biasanya, aku makan nasi separuh
Separuh lagi akan ku gaulkan dengan tulang & lauk yang ada
Tinggalkan pada tempat yang biasa aku nampak kucing/anjing
Sama-sama makan & kongsi rezeki =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^