tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, August 09, 2016

ISU POKEMON GO

Wahhh kemain cerita pasal pokemon go je berlambak di sana sini. 
Tapi sayangnya aku takde nak ambil tahu sangat. Hahaha.


Orang kata game ini melalaikan?
Lalai kalau tak pandai handle
Tersasar kalau salah niat.


Mufti larang?
Mesti bersebab. Orang je yang suka sangkalkan pendapat orang yang lebih berilmu. 
Dunia akhir zaman orang kata.


Cara aku mudah aje.
Tak ok jangan ikut. Dah nasihat, cuba dengar. 


Apa pun,
dalam hp aku takde langsung game, sekian.
Ekekekke.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Review Peribadi : Fruttare Banana dari Walls

Selain beli air Tropicana Sparkling, aku beli juga aiskrim ini. Fruttare Banana dari Walls. Aku dah beberapa kali beli, itu maknanya kena sangat dengan tekak.




Sedap habaq hangpa. InshaaALLAH tak menyesal beli. Terasa sangat buahnya. Bukan jenis hisap jilat rasa ais kosong. Hahahah. Ini memang confirm rasa pisangnya.


Buat masa ini,
Aku dah rasa pisang, strawberry. Lepas ini nak cuba mangga plak. Nyum nyum best. Harga RM 2.50 satu kalau tak silap.


Jangan lupa cuba naaaaa. Memang real fruit!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 08, 2016

Review Peribadi : Tropicana Frutz Sparkling

Ada promosi di Shell katanya 2 botol RM 4. Beli jelah sebab tak pernah cuba lagi. Biasa beli Tropicana oren aje. Takde sparkling apa ni.




Pendapat peribadi aku,
Aku tak berapa berkenan dengan rasanya. Lebih suka yang biasa. Lebih umpphhh!! Heee, sorry Tropicana tapi ini pendapat peribadi.


Lain orang lain selera tekaknya.


Yang Tropicana biasa memang sentiasa di hati.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, August 05, 2016

Kucing ke-20 dimandulkan : Kiut (dalam kenangan)

Orang lain sambung cuti untuk beraya, aku manfaatkan cuti hari Isnin 11/7/2016 bawa Kiut pergi neuter.


Hmm,
Berbeza entry kali ini. Sebab Kiut dah pergi selamanya meninggalkan kami. Tiba-tiba cirit dan tak lalu makan tapi masih aktif bermain, aku syak dia terkena virus Parvo.




Ini antara gambar terakhir Kiut selepas neuter, rupanya tak lama hayatnya. Dia ni aku ambil di tengah jalan waktu kecil dahulu [entry].


Pergilah sayang,
Moga kamu bahagia selama berada di bawah jagaan kami.


Kiut dalam kenangan.


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :
3) Batman
4) Puteh ( mati 22/2/2016)
5) Tompok
6) Minah
7) Kika
8) Kiut  (mati 12/9/2015)
9) Lela
10) Omei
11) Luna
12) Lepat


Entry proses neuter/mandul kucing jantan :
1) Shinchan
2) Kaka (mati 6/8/2015)
3) Muna
4) Masdo ( mati 11/2/2016 )
5) Atam 
6) Omei J
7) Kaka 







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^