tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, August 04, 2016

Resepi Mudah : Udang Lipan Goreng

Ini kali kedua aku makan udang lipan. Tapi kali pertama aku beli sendiri, potong sendiri dan masak cincai sendiri. Hahahaha. Haruu aih takleh tahan tengok sepinggan RM 5 adalah dalam 8 ekor.




Ada caranya untuk potong udang lipan ini ya. Bukan sesuka hati. Heeee. Senang ya ampun. Cuba tengok youtube. Search "cara potong udang lipan".


Resepi mudah aku untuk udang lipan adalah GORENG.


Bahan-bahan
1) Udang lipan
2) Serbuk kunyit
3) Sedikit garam
4) Sedikit sos lada hitam


Ambil semua bahan, gaul sebati. Biarlah dalam 15 minit. Lepas itu goreng. Senang. Buat ratah memang umphhhh!


Ini resepi orang bujang yang malas macam aku. Korang rajin. boleh buat resepi lain.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 03, 2016

WW 14 [2016] - Brownies Nutella Strawberry






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 02, 2016

Kucing ke-19 dimandulkan : Lepat

Hari Isnin 27/6/2016 mandulkan lagi seekor adik beradik kepada Luna iaitu Lepat. Prosedur macam biasa, ikut veterinar masing-masing.



Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter 
& kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang





Apa langkah yang perlu dilakukan?

1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik & krim sapu pada luka jahitan
4) Kos pembedahan untuk spay kucing betina di veterinar kerajaan Sungai Siput (U) adalah RM 80




Ini pun gambar terkini Lepat, dah sihat sepenuhnya. Sekarang makin ligat dan aktif. Lambat bagi makan, mula bising. Hahahah.


Kepada yang nak membantu, boleh rujuk #danauntukmeow sebab aku ada buat jualan dan hasilnya khas untuk kegunaan mereka dan juga kucing jalanan.



Entry proses spay/mandulkan kucing betina :
3) Batman
4) Puteh ( mati 22/2/2016)
5) Tompok
6) Minah
7) Kika
8) Kiut  (mati 12/9/2015)
9) Lela
10) Omei
11) Luna


Entry proses neuter/mandul kucing jantan :
1) Shinchan
2) Kaka (mati 6/8/2015)
3) Muna
4) Masdo ( mati 11/2/2016 )
5) Atam 
6) Omei J
7) Kaka 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 01, 2016

Chee Cong Fun di Station 18, Ipoh

Sederet opis aku ni ada satu kedai makan cina Mualaf. Kira ini antara kedai selalu p sebab area sini tak banyak kedai makan melainkan kena masuk Tesco atau Jusco. Tak kuasa hakak!




Haritu dia ada buat menu baru, chee cong fun. Oklah dengan tekak. Makan simple tapi kenyang. Harga macam dalam gambar lebih kurang RM 4.50 ( aku tak ingat sangat ).


Bolehlah buat hilang rasa lapar. Hihihi.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^