tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, August 02, 2016

Kucing ke-19 dimandulkan : Lepat

Hari Isnin 27/6/2016 mandulkan lagi seekor adik beradik kepada Luna iaitu Lepat. Prosedur macam biasa, ikut veterinar masing-masing.



Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter 
& kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang





Apa langkah yang perlu dilakukan?

1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik & krim sapu pada luka jahitan
4) Kos pembedahan untuk spay kucing betina di veterinar kerajaan Sungai Siput (U) adalah RM 80




Ini pun gambar terkini Lepat, dah sihat sepenuhnya. Sekarang makin ligat dan aktif. Lambat bagi makan, mula bising. Hahahah.


Kepada yang nak membantu, boleh rujuk #danauntukmeow sebab aku ada buat jualan dan hasilnya khas untuk kegunaan mereka dan juga kucing jalanan.



Entry proses spay/mandulkan kucing betina :
3) Batman
4) Puteh ( mati 22/2/2016)
5) Tompok
6) Minah
7) Kika
8) Kiut  (mati 12/9/2015)
9) Lela
10) Omei
11) Luna


Entry proses neuter/mandul kucing jantan :
1) Shinchan
2) Kaka (mati 6/8/2015)
3) Muna
4) Masdo ( mati 11/2/2016 )
5) Atam 
6) Omei J
7) Kaka 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

9 dak comei sayang YUI:

Nurul Aini said...

kak yui org kate kalau mandulkan kucing nanti kucing tu jadi garang. betul ke kak yuii

wawa syaida said...

rindunya nak bela kucing...sekarang ni duduk rumah kayangan..susah nak membela ;(

wahida said...

bagus yui ni...banyak info pasal kucing...

Nadia Johari said...

banyak dh kucing yui dimandulkan

Kaklong said...

Banyaknya kucing Yui. Baru haritu yg ke-18 kan.. Mesti susah nk cari nama time dpt baby baru.

Diana Rashid said...

Kucing akak ni pun nak dimandulkan tak lama je lagi..anak2 dia dah besar..boleh la mandulkan.Dia pun bila nampak kucing jantan lalau depan rumah kemain kuat bunyi nya..geram je tengok..

Anum Abdullah said...

tak pernah lagi nak mandulkan kucing2 kat rumah..

Anonymous said...

akak, yg mati tu knp ya? sbb proses mandul ke?

nuyui a.k.a miss YUI said...

Anon :

Bukan mati sebab mandul ya. Ada yang sakit, ada yang dilanggar. lbh kurang itu. Takde lg mati sbb mandul, inshaaALLAH.