tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label menu mudah. Show all posts
Showing posts with label menu mudah. Show all posts

Thursday, July 20, 2017

Resepi Mudah : Chicken Wing Bakar

Maaf taktahu nak letak tajuk apa. Tapi biasa tak makan chicken wing kat pizza/domino? Haaa, Yui buat ala-ala gini tapi Yui rasa resepi Yui lagi sedap dari itu, hahahaha. Lawak je nooo. Hangpa cubalah kalau rajin.



Tergoda atau biasa?


Bahan & cara-caranya :

1) Bahagian kepak/yang kecil (rujuk gambar atas) dalam 7 ketul 
2) 3 ulas bawang putih ( tumbuk aje)
3) Untuk perapan : 2 sudu sos cili, 2 sudu sos lada hitam, 1 sudu sos tiram 
(kacau semua ni lepastu campak kepak tadi gaul sebati)
4) Letak dalam peti ais, esok pagi keluarkan kemudian ambil dalam 1 sudu butter jenama Anchor (salted), campurkan sekali & bakar dalam oven lebih kurang 40 minit, suhu 150" api atas bawah


Yui tak guna minyak sebab dah ganti dengan butter. Yui tidak letak garam atau gula sebab rasa perapan dah cukup lengkap untuk tekak Yui.



Kalau korang suka pedas,
Boleh juga tabur lada hitam (hancur).


Dah habis makan,
Jangan buang begitu aje minyak/perapan. Ambil sekeping roti, calitkan, mambleeeeessss!


Ini resepi bujang Yui. Bahan campak-campak selesai. Kahkahkah.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 23, 2017

Bekal Bujang : Magi Goreng Udang

Ewahwahwahhhhh, kemain nama magi goreng udang. Haaa, sebab udang banyak. Mehmehmeh. Semalam Yui AL sebab ada orang nak belanja Yui makan. Makan free, siapa taknak kan?




Macam biasa,
Kalau mood rajin, memang Yui akan masak walau seringkas mana pun. Saja bagi cuba. Mana nak tau, tak kena kat tekak boleh diperbaiki. Orang kata, nak kena kenal "perut".


Resepi?
Tak payah kot kan, hangpa lagi hebat masak.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 04, 2017

Resepi Mudah : Kerabu Megi Thai

Kalau ada festival makanan Thailand, antara menu yang kena cuba haruslah Kerabu Megi Thai. Tapi korang boleh tengok bahan dipamerkan sebelum membeli ( sebab ada gerai letak banyak bahan ).


Kalau rasa macam nak lebihkan bahan & buat dengan lebih mudah, mailah try cara Yui. Memang Yui buat seringkasnya dan sesedap tekak sendiri. Takde tambah sos sotong/cuka.



Ini menu Yui malam tadi sampai ada yang minta cara
Maka, Yui up untuk entry ini ya




Bahan-bahan 

2 bungkus megi Thailand ( paket warna merah ) 
Sotong 
Udang 
1 biji tomato (potong dadu)
Sedikit daun sup 
Sedikit lobak 
1 biji limau kasturi


Cara-cara


Celur sekejap lobak, angkat dan masukkan pula sotong & udang. Sekejap sahaja. Toskan bahan tadi. Air yang digunakan, jangan buang sebab boleh masukkan magi Thai pula dalam itu ( ada serap rasa sotong & udang tadi ). Sama juga, jangan terlalu keras dan terlalu lembik. Toskan Magi.


Hiris daun sup halus-halus. Potong tomato bentuk dadu. Bahagian paling seronok, gaulkan semua bahan tadi termasuk perencah yang ada dalam setiap bungkusan magi ( perencah & minyak ). Gaulkan sebati. 


Siap untuk di makan. 




Yang ini plak cara orang menjual.
1 bekas biasanya RM 6
Saja Yui buat konon macam jual
Miahahaha!


Selamat mencuba!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 24, 2016

Ini barulah Nasi Goreng Petai!

Ada yang bertanya apa aku buat dengan petai yang banyak aku beli
Ok ni ha saja nak ulang tayang balik apa aku masak
Inilah pebret kalau ada petai banyak




Aku post kat Facebook
Ramai terliur
Sampai sepupu aku yang tengah mengandung komen
"Kak, nak"


Aku ingat dia main-main
Aku ajak dia datang
Serius dia datang rumah
Hehehehe, maka aku buat lagi untuk kali kedua
Lepas ngidam ibu mengandung


Aku makan petai takkan alami bau kuat
Sebab apa?
Sebab aku ada CMD dari Revell
Heee, yang beli akan tahu cara guna


Biar busuk PETAI
Jangan busuk HATI






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 04, 2016

Resepi Mudah : Udang Lipan Goreng

Ini kali kedua aku makan udang lipan. Tapi kali pertama aku beli sendiri, potong sendiri dan masak cincai sendiri. Hahahaha. Haruu aih takleh tahan tengok sepinggan RM 5 adalah dalam 8 ekor.




Ada caranya untuk potong udang lipan ini ya. Bukan sesuka hati. Heeee. Senang ya ampun. Cuba tengok youtube. Search "cara potong udang lipan".


Resepi mudah aku untuk udang lipan adalah GORENG.


Bahan-bahan
1) Udang lipan
2) Serbuk kunyit
3) Sedikit garam
4) Sedikit sos lada hitam


Ambil semua bahan, gaul sebati. Biarlah dalam 15 minit. Lepas itu goreng. Senang. Buat ratah memang umphhhh!


Ini resepi orang bujang yang malas macam aku. Korang rajin. boleh buat resepi lain.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 18, 2016

Bento 2016 : Salad Thousand Island

Ewahhh, edisi bekal si bujang kembali lagi. Dasar bujang pemalas macam aku, jadi menu macam ini jelah yang rajin. Heeeee.




Bahan-bahan :

1) Salad
2) Lobak merah
3) Tomato
4) Sosej
5) Mayonis thousand island


Hanya perlu rebus sosej & lobak. Pastu gaul dengan mayonis. Selesai.


Sedia untuk dihidang. Bahan lain boleh tambah ikut tekak masing-masing.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 11, 2016

Tengkuk ayam goreng tepung Bestari

Heee, pernah makan? Biasa makan? Tak suka makan? Tak kisah tapi jangan nak eee eee kan makanan ya. Aku lepuk kang !!


Ini tengkuk ayam. Aku beli di AEON sebab nampak lagi fresh dari beli tempat lain. Kemerahan lagi warnanya. Jangan ambil yang pudar, sebab tak elok/tak sedap/berbau.





Sebenarnya aku nak cerita, aku baru je menggunakan tepung pelbagai guna jenama Bestari. Memang terbaiklah. Bancuh dengan air, gaulkan & goreng. Sedap tauuu !! Tak payah dah korang nak campur telur bagai.


Cara penggunaan semua ada di kotak. Ikut saja okay.


Gambar, rujuk google. Kalau tak jumpa, sila komen nanti aku rajin, aku ambil gambar. Mueehehehehe!!


Oh ya, antara sebab lain aku beli tengkuk ialah tulangnya akan aku beri pada anjing-anjing jalanan yang berada di kawasan rumah aku. Lagipun deme baik sebab jaga pagar rumah =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 16, 2016

Resepi mudah : Spaghetti terlajak sedap berlemak!

Ada satu malam tu, aku memang takde beli apa-apa untuk makan malam. Buka peti ais, nampak spaghetti. Lepas itu tengok bahan, takde banyak. Kira ala kadarla. Kotlah buka ada nampak sos bagai, memang takdelah kekdahnya!


Dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dalam peti ais. Aku main hentam kromo masak. Hahahaha!


Bahan-bahan :

1) Sedikit spagehtti ( ikut kuantiti nak makan )
2) Bawang putih 3 ulas ( lagi banyak lagi sedap )
3) Lada hitam ( serbuk pun boleh )
4) Mentega jenama buttercup ( sebab terasa lemak )
5) 2 sosej ( potong )
6) 1 keping daging ayam burger ( dicincang )
7) Sedikit garam
8) 1 kotak kecil air susu ( ikut keperluan nak letak lebih pun boleh )
9) 1 keping cheese ( dicincang )


Cara-cara :

1) Celur spaghetti ( lebih kurang 10 minit ). Dah lembut, angkat dan asingkan dari air panas.
2) Dalam kuali lain, panaskan buttercup hingga cair
3) Masukkan bawang putih & lada hitam. Tumis hingga naik bau
4) Masukkan daging & sosej
5) Campurkan susu. Biar berkuah sebab bila letak spaghetti, akan meresap. Tunggu menggelegak sedikit.
6) Masukkan spaghetti yang telah ditos tadi.
7) Gaulkan sebati. Masukkan garam secukup rasa & cheese. Gaulkan lagi.


Siappp !!




Kalau nak berkuah, lebihkan susu. Takde masalah nak campur kemudian.




Sebab makan tak habis, jadi aku bawa bekal keesokan pagi. Nampak tak berkuah? Sebab aku panaskan dan masukkan lagi susu. Serius, sedap ok. Sangat sesuai untuk orang yang suka lemak & cheese.


Bila rasa, macam kat kedai yang jual sepinggan RM 12 tuu tauuuuu. Cubalah ya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 20, 2015

Resepi diet atkins : Kotiau Goreng



sumber : Kelab Diet Atkins Malaysia


Kemain diet pun boleh makan sedap dan yang penting boleh ala-ala gitu. Ehehehe, sedapkan hati dan tekak sendiri.


Sebenarnya takde seurat pun kotiau asli.
Kotiau digantikan dengan telur dadar yang dipotong halus ikut rupa kotiau asal.


Bahan lain, macam biasa. Asalkan memenuhi "syarat" atkins.
Ikutlah setiap fasa yang ditetapkan.
Jangan dalam fikiran asyik ingat, atkin NO NASI padahal baca tak habis.
Faham setiap fasa, inshaaALLAH lancar semuanya.


Selamat mencuba!

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 27, 2015

Bekal orang bujang : Ayam perap cincai

Edisi bekal seterusnya. Ini makanan aku untuk breakfast. Petang perap, pagi esok terus bakar. Senang untuk orang malas macam aku.




Aku pilih bahagian peha 6 ketul RM 6


Perap dengan :
Ground cinnamon ( serbuk kulit kayu manis )
Serbuk lada
2 ulas bawang putih ( cincang halus )
Sedikit minyak bijan/zaitun
Sedikit garam


Semua bahan agak-agak sahaja. Perap sekurangnya 1 jam. Lebih pun takpe. Kemudian bakar selama 30 minit dengan suhu 190' api atas bawah. Boleh juga guna pemanggang ajaib.


Cicah dengan sos lada hitam dan sos cili. Layan!


Sebenarnya banyak lagi bahan perap lain boleh tambah. Ikut selera masing-masing. Yang ini versi cincai a.k.a malas. Huhu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 25, 2015

Bekal orang bujang : Sayur & telur

Edisi bekal orang bujang diteruskan lagi. Oh ya, kat rumah sewa biasanya untuk dinner & breakfast akan aku masak cincai. You know cincai? Orang malas macam aku saja buat macam ini. Hahahaha.




Yang banyak itu sayur bunga kobis (ala-ala menu diet atkins )
Salad kobis
Telur dadar gulung


Bila aku update entry bekal orang bujang, rata-rata komen tanya aku masih berdiet atkins. Untuk pengetahuan semua, aku dah hidup macam biasa. Kadang aku suka buat menu atkins sebab ringkas. Bila dah terbiasa, macam inilah.


InshaaALLAH aku nak mula semula dengan fasa 2 untuk sambung diet. Kalau dapat angka 50 kg kira untung sangat itu. Sekarang berat 56-57 kg. Duk statik angka itu saja.


Semoga diri ini rajin. Lalalala.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 24, 2015

Bekal orang bujang : Brokoli telur

Sekarang mood ambil gambar bekal pula.
*sebenarnya takde idea update entry!
Meh aku share bekal seterusnya.




Brokoli celup dalam telur kemudian masak dalam pemanggang ajaib ( tak guna minyak )
Cicah pula dengan sos cili
Boleh tahan juga
Lagi sedap kalau tabur lada


Brokoli boleh rebus kejap atau tak payah pun takpe
Maaf ya, ini cara masak orang malas macam aku!
Yang penting senang disediakan
Hehehe.


Aku nak tengok sampai bila aku rajin nak bawa bekal!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 19, 2015

Sarapan pagi yang mudah disediakan

Boleh dikatakan sepanjang minggu lepas sediakan sarapan sehabis ringkas macam ini. Memang malas benar badan ini nak memasak pagi-pagi. Teruk benor anak dara ni!





Menu ringkas aku sediakan :

1) Telur 2 biji & sayur-sayuran
2) Kobis butter


Menu ini untuk breakfast. Memang kenyang!


Tak payah resepi lah ya, benda senang. Mehmehmeh.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 08, 2015

Resepi Bergambar : Kek Cheese Leleh Atkins

Ada yang tengah berdiet atkins? Kempunan nak makan kek tapi kek yang dijual tak memenuhi syarat diet atkins, sila cuba menu di bawah. Boleh buat cover kempunan tu serba sedikit. Hihi.



sumber : Kelab Diet Atkins


Aku pernah buat versi aku, bukan kukus [ entry ]. Yang kukus ini nampak menarik sebab 98% macam kek dijual di luar. Kau tengok dia punya tekstur. Menarik!


Fasa 1 boleh makan tapi aku rasa kalau fasa 1, 2 minggu tu buat "clean diet". Makan benda asas sahaja. Kalau lepas dua minggu masih teruskan induction, boleh buat resepi di atas. Yang penting. pandai kira carb intake ok.


Apa pun terpulang sebab badan masing-masing. Naik turun sendiri juga kena cover =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 07, 2015

Cara mudah untuk buat telur separuh masak

Selalu aku buat telur separuh masak mesti tak berapa nak separuh. Separuh masak terus, separuh jadi setengah masak. Eh, apa ayat aku ini!




Kalau kat opis guna microwave tapi pagi tadi sebab aku "rajin" masak, aku sediakan 2 biji telur sebagai sarapan.


Macam tak percaya bila pecahkan, wahhh menarik! Puji diri sendiri. Hahaha. Aku ikut cara mak aku. Kira ajaran mak.


Caranya :

1) Basuh bersih kulit telur
2) Masukkan air dan pastikan telur tenggelam dalam periuk
3) Buka api untuk masak


Berapa minit? Bila nak kena tutup?


Haaa ini tips mak aku. Bila kau nampak saja air tu dah berbuih, ala naik buih-buih kecil dan mendidih, terus tutup api. Aku anggarkan tak sampai 2-3 minit. Tutup api dan biarkan sekejap telur tersebut ( dalam 2 minit ).


Buang air, basuh periuk dan ketuklah telur anda. InshaaALLAH menjadi separuh masaknya.


Buat telur separuh masak pun nak share. Eh, tak semua orang reti tau! Krik krik krik.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 14, 2014

Lauk yang menyelerakan dimakan dengan nasi

Dah lebih setahun, aku jarang makan nasi. Dalam seminggu adalah 2-3 kali sentuh nasi. Bukan bermusuh tapi selera itu ke arah lain. Ngadakan?

Baru-baru ini beli sebungkus nasi kosong untuk kucing di rumah sewa. Digaul dengan tuna. Tengok ada baki, aku pun "terajin" masak lauk.



2 biji telur goreng
1 biji cili padi
1 biji bawang
Sedikit kicap


Perghhh! Nikmat okay makan lauk mudah macam ini. Kadang telur dan kicap n jadilah. Senangkan bela aku? Hahahaha.


Update by Asus Zenfone 6



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 12, 2014

Menu ringkas ikan dory & brokoli

Ini entry perap. Bila nampak duk dalam draft, apa kata kita publishkan. Mehmeh. Inilah antara menu aku ketika diet. Eh ketika? Sekarang? Sekarang aku dah FREE. Kurangkan apa yang patut sikit-sikit. Kalau rajin, kena lebih struggle.




Aku kenal ikan dory pun lepas mencuba diet atkins. Sebab tengok ramai post menu macam ini, aku gigih juga cari. Sedap juga! Aku suka perap dengan bawang putih, lada, garam & minyak zaitun. Lepas itu grill sekejap. Nyummy!


Diet lagike?
Biasa-biasa sahaja. Istilah diet takde lagi masa ini tapi menu aku macam diet lagi. Macam mana? Sebab lepas raya haji berat naik hampir 2 kg. Sekarang dalam 56 kg. Kalau rajin aku nak capai 50 kg pula untuk ketinggian aku 157 cm.


Eh! Macam dah panjang pula entry ini. Motif nak tunjuk gambar saja sebenarnya. Hahaha!


Nak tengok menu aku ketika diet atkins?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, September 23, 2014

Menu mudah : Aiskrim Handmade

Jika anda join gorup FB resepi ringkas, ada macam-macam jenis resepi yang dikongsikan. Aku? Haruslah ambil resepi yang sehabis ringkas sebab aku tak suka buat benda yang leceh. Eh! Boleh gitukan? Huhu.




Bahan yang diperlukan pun sangat mudah. Tang mana yang payah? Tang kena tunggu bahan-bahan diputar lebih kurang 40 minit atau sampai jadi meringue/seakan. Aiskrim kat atas aku buat tak tunggu lama sebab malas. Hahahaha!


Ada yang bagitahu boleh guna blender tapi blender rumah aku setiap 2 minit kena berhenti ( blender lama tapi banyak jasa ). Jadi mampukah daku tunggu? Memang taklah. Maka guna sahaja mixer. Boleh biarkan. Huhu.


Tekstur?
Soft. Sedap tau sebab kita boleh adjust kemanisan & perasa apa nak letak.


Selamat mencuba ya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^