tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, May 14, 2013

Day 4 : Bye bye Bandung, nak balik Malaysia! [ part 1 ]

Hari keempat aku dan seorang kawan aku balik ke Malaysia. Negara yang tercinta. Baki 7 orang yang lain stay sampai hari Isnin. Flight kami 8.30 am. Kami sudah ingatkan pak supir supaya jemput kami seawal jam 5.00 pagi. Bukan apa, taknak terlewat. Kau bukan tahu jalan sesak macam mana kan.


Checkin bagasi bagai. Sebelum itu, harus kami main timbang-timbang. Dan dan itu cukupkan beg mana yang patut sebab balik kami ambil seorang 20 kg! Haruslah tidak cukup okay. Korang yang bakal pergi, aku nasihatkan ambik SEMAKSIMUM boleh untuk berat bagasi time balik. Kalau tak salah had maksimum 30kg.


Oh ya, disini, korang harus bayar tax Rp 75 000 = RM 22.50. Maka sebelum sakan nak shopping, sila selit siap-siap Rp 75 000 tax untuk setiap seorang. Bukan by group apa. Seorang Rp 75 000, ada faham? Nanti aku nak cerita sikit bab tax, memang rasa grrrr sikit tapi untuk kebaikan, relakan sahaja.





Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegara Bandung


Kepada yang tak sempat nak beli brownies bagai di Kartika Sari, jangan risau sebab di airport pun ada jual cuma tak banyak pilihan dan harga haruslah lebih tinggi kan. Standard itu semua. Oh ya, untuk makanan aku tengok boleh lepas masuk dalam flight. Berplastik bagai gitu. Aku ingatkan tak boleh! Kat Malaysia je "ngada" lebih. Huhuhu.







Okay, bye bye Bandung
Moga kita bertemu lagi nanti


Pergi takde bagasi pink tapi bila balik kemain ada. Hahaha. Penangan tengok di Pasar Baru, rembat terus beli. Baru RM 100 kita. Bagi aku murah dah macam itu.


Lapangan terbangnya takde besar mana. Tapi okaylah dari takde langsungkan. Hihihi. Time sampai dah malam tak nampak macam mana suasana. Bila dah balik baru tau " oh begini rupanya ".


Update : Tax rasanya sama sahaja nilainyaselagi niat anda melancong
bukan sebagai pemborong tegar
kih kih


Kesimpulan @ rumusan dariku sepanjang berada di lapangan terbang

1)  Sediakan Rp 75 000 untuk bayaran tax setiap seorang. Sediakan cukup-cukup. Jangan kurang atau terlebih!

2) Pastikan berat bagasi anda tidak lebih dari apa yang patut. Kalau lebih, caj dia mahal ya. Check laman web air asia

3) Sebaiknya ambil berat semaksimum boleh untuk setiap seorang. Tidak rugi kerana percaya, pergi mungkin 10 kg tapi nak balik Malaysia lebih dari 30 kg!







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

27 dak comei sayang YUI:

Anonymous said...

Wah..best nya dpt holiday di bandung..

Mcm nak pergi melancong lak..hehe..

beta kupu said...

Mesti Yui rindu gila n nak pegi lg sana kan?! =)

Pwincess sarah said...

wah bestnya dapat melancong kat sane.. :)

Kakzakie Purvit said...

Tinggal tunggu tayang apa ole-ole yg dibeli tu nak juga kakak tahu. Mana tahu ada kain utk buat baju nikah ke, bed-spread pengantin ke, atau at least mesti ada FM betul tak:)

Anonymous said...

tq share cerita yer yui

lizz said...

best nyer pi bandung...teringin gak akak nak gi...

lynndamya said...

tu yg best tu bila melancong ke negara yg mata wang dia rendah berbanding mata wang negara kita ni kan, sediakan sikit je, terbang ke sana jd berjuta2 lemon~haha nice trip, best betul! :D

eima said...

take note je la .. nk pi tatau la ...hmmm

cydayf said...

bestnya dapat g holiday :)

Anonymous said...

fuhh best baca semua entry p bandung ni..

Kekzamanis said...

Tax tu tak kiralah banyak mana barang kita borong kat sana pun ea?

miss yatie said...

Alhamdulillah..selamat sampai kembali, bila lak akk nak ke sana

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam yui...klu ada rezeki k.atie g Indonesia,blh la kisah yui ni sebagai rujukan nanti.Syoknyaaa....

kurus said...

bestnyaa
bila time nak balik tuu rasa macam x nak balik kan ;)

bilelah akk leh sampai bandung nie ;)

:: CIKVIVA :: said...

lawa beg pink tu..

are_lin@yu said...

oo ada tax lak eh..xsbr plk nk g..hiihi

Cho Zila said...

gituler kalau jauh berjalan banyaklah pengalamannyer... kena amek tau semua...

Bulan Syurga Firdausi said...

Ya Allah.. best Bandung.. x ajak pun hu~ yui, syahrul nak jemput yui ni walimah syahrul kat sg nibong.. jemput2 mai dgn anis he~

Unknown said...

yela..bye2 bandung..nnti kita jumpa lag...hekhek..mcm la penah ke sana deqla ni... amboii part nk blk malaysia pun sakan cerita..haha... ;p

EkaTikah said...

wah, bestnye naik flight. bilalah kite nak naik flight. heee

Miss N™ said...

bilalah nak ke bandung ni...
tapi balik berat tu dah tntu kan yui...
kalau tak tak payah shopping la..hihi

Anonymous said...

Ya ampunn, sangat seronok ni. Mulalah berangan nak pergi :)

Hazmin Hamudin said...

Tak pernah lagi sampai indon ni. Hehe.. Macam best je memborong dekat situ.

Unknown said...

murahnya beg tu..nyesal xsuruh yui belikan.. kat sini mahal tu beg camtu..huhu

Fifi Nadhrah said...

tak boleh ke kalau takmo bayar tax? ke derang cek beg kite?

Tie HT said...

comey luggage tu, memang murah, untung yui beli :)

Shida Radzuan said...

bestnye yui ^_^