Kalau sebelum ini aku ada kongsikan tips sebelum ke Bandung, Indonesia { entry }. Sekarang nak share tips semasa berada di sana pula. Moga menjadi panduan kepada yang berkenaan.
1) Sila lengkapkan kertas yang diberi semasa berada di dalam flight dan simpan sebaiknya kerana bila nak balik, kertas berkenaan akan diambil semula { klik untuk lihat keratan }
2) Pastikan passport anda sentiasa dibawa, ibarat ic anda okay
3) Beli simkad simPATI untuk penjimatan mesej dan telefon. Percayalah kerana sangat jimat. Kalau nak guna line korang pun no hal. Macam aku guna prepaid DiGi, telefon bagitahu family dah selamat sampai, dalam masa tak sampai 1 minit, hampir RM 10 kredit anda dipotong. Tak percaya boleh cuba =) { klik untuk lihat rupa simPATI }
4) Apabila membeli belah terutama di Pasar Baru, kena pandai tawar menawar sehabis mungkin. Kalau kau rasa malas, beli sahaja tanpa berkata-kata, pasti peniaga suka. Hahahaha.
5) Apa saja bantuan yang anda minta, apa salahnya bagi sedikit tips. Niatkan untuk bersedekah. Boleh bagi duit, belanja makan atau apa yang sebaiknya.
6) Jangan pelik jika ramai peminta sedekah disana. Anda kena berhati-hati kerana sekali nak bersedekah, ramai akan berduyun datang if nampak anda bagi. Jadi, perhati keliling dulu ya.
7) Cara pemanduan di sana aku rasa sangat menakutkan. If anda bersama supir, perhatikanlah gelagat mereka di sana membawa kenderaan masing-masing. Takut nak tengok, boleh pejam mata.
7) Jangan lupa ambil gambar sebagai kenangan. Boleh simpan dan tunjukkan kepada yang ingin lihat. Bagi blogger tegar macam aku, gambar harus ada sebagai bukti. Kih kih.
8) Ingat ya pakai selipar atau kasut bertutup. Itu sebaiknya.
9) Bawa backpack dan pastikan beg anda sentiasa ditutup.
10) Asingkan duit anda siap-siap. Macam aku, aku bawa 2 uncang lain sebagai spare. Aku ikat pada seluar atau selit mana-mana berkaitan. Jangan letak semua duit dalam satu beg duit okay. Itu amat bahaya. Risiko tinggi.
11) Jika anda tidak berminat, tolak dengan cara baik. Jangan buat muka atau melenting bagai. Ingat, anda di tempat orang.
Aku rasa ini dulu. If ada penambahan akan aku update. Kalau ada sesiapa nak tambah, boleh juga komen dan aku update dalam entry ini.
Blog lain sebagai rujukan ke Bandung, Indonesia :
1) Ini blog Eja
3) Mamaloveu
5) Fuzamusa
Baca entry yang lain juga ♥
22 dak comei sayang YUI:
great sharing
thanks yui....maklumat yang sangat2 membantu :)
Fuh. banyaknya tips! Tapi.. Nita memang tak reti nak tawar menawar ni..
gd info utk di share :)
wah bagus sgt2 kongsi tips mcm ni...
oh baru tau dari perak boleh gi bandung.
bagus! bagus!
cepat2 copy link ni save dlm emel
tq share yui ;-)
Bagus... tips begini boleh dijadikan panduan.
salam, nice tips lah, even belum ade perancangn nk ke sana, tp bagus jugak klw ambil tahu, hehe setuju dgn tips2 ini..thank you :D
akak mmg takkan tgk budak2 yg mintak sedekah.. sbb tau blkg diorg ramai lg..huhu
byknya tip g sane ae..
berderet tu ha di apunye info...bgus2x.. :)
tq share this yer
Tq sharing dik ;)
TQ ... tah bila nk dpt pi
gud info yui!
byk betul tips2...
terima kaseh sudi share... :)
bahaya jugak kalau pergi indon ni kan..ramaii pencopett...kena sentiasa hati2...akak dah lah careless...huhu
perampok n penconpet...hihii
terbaik
terbaik
Post a Comment