Seperti yang kalian tahu, semalam aku menghadapi temuduga dengan SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27. Dan juga telah aku bagitahu {
entry } , aku akan kongsikan antara tips atau soalan yang diajukan kepadaku.
Aku sepatutnya ditemuduga jam 11.00 pagi tapi aku datang seawal 9.00 pagi. Sebaiknya awal kerana masa menunggu juga agak lama ya. Boleh juga anda betulkan apa-apa if tersalah letak.
Antara soalan yang diajukan kepada aku
1) Perkenal diri ( sebaiknya latar belakang pendidikan dan pengalaman )
2) Jelaskan deskripsi atau tugas penolong pegawai tadbir
3) Bagaimana kita selesaikan jika menghadapi dengan orang bawah yang lebih berusia dan berpengalaman dari kita ( huraikan )
4) Ketekunan membawa kejayaan. Apa sifat ketekunan tersebut
5) Bagaimana cara anda memotivasikan diri anda. Huraikan
Itulah antara soalan yang diajukan kepada aku. Nampak macam sikit tapi nak huraikan tu pergh. Entah betul atau tak aku jawab. Hentam sahaja. Yang penting bila jawab ada keyakinan diri. Itu HARUS! Betul tak betul lain cerita.
Diingatkan bahawa lain penemuduga berlainan juga soalannya. Maksudnya anda harus bersiap sedia. Baca apa yang wajib seperti tugas, deskripsi, isu semasa seperti Kabinet Malaysia 2013, maksud SPA dan lain-lain.
Oh ya, sesi temuduga aku 100% dalam Bahasa Melayu. Lain panel lain caranya. Mungkin ada sikit Bahasa Inggeris. Tengoklah macam mana diaorang tanya ok.
Tips atau maklumat yang perlu anda patuhi
1) Susun fail anda mengikut apa yang tercatat pada surat panggilan
ic-surat beranak-sijil keputusan spm-sijil berhenti-diploma-transkrip-sijil kegiatan luar
2) Yang asal hanya sijil kegiatan luar, yang lain sila bawa asal dan salinan okay
3) Resume ringkas dan padat harus diberikan. Letak gambar passport anda
4) Pilihan warna pakaian memainkan peranan penting. Sila google "pemilihan warna sesuai untuk temuduga". Warna seperti merah & oren tidak digalakkan. Lebih selamat warna kelabu, warna pastel dan tidak mempunyai banyak warna
5) Sila pakai kasut bertutup. Pakai warna hitam sebaiknya atau warna yang gelap. Berstokin
6) Sebelum masuk ke bilik temuduga, sila ketuk pintu sebanyak 3 x dan baru masuk
7) Berikan salam dan selamat pagi kepada para panel
8) Berikan salinan dan asal sijil anda. Biar terus menghadap mereka.
9) Duduk setelah diarahkan dan ucapkan terima kasih. Jangan kau terus duduk. Nampak sangat tak sabar
10) Duduk dengan tegak, kaki jangan disilangkan.
11) Sila bersedia menjawab apa yang diajukan. Good luck!
Bukan apa, semasa aku pergi, aku nampak ramai lagi pakai kasut terbuka, tudung belit-belit, yang lelaki tak bertali leher. Mungkin ada yang belum tahu kan. Moga ini dapat membantu.
Rasanya itu sahaja yang ingin aku kongsikan. Jika anda nak tahu antara soalan lain yang dikemukakan, anda boleh rujuk blogger berikut kerana mereka juga seperti aku, telah selamat menjalani temuduga.
Moga tips dan soalan yang ku kongsikan sedikit sebanyak membantu anda. Bagi yang bakal ditemuduga aku ucapkan selamat berjaya. InsyaALLAH nanti aku kongsikan link yang banyak membantu untuk memberi info.
# Gementar itu perkara biasa. Gugup itu pasti ada. Yang penting kita telah mencuba. Redha dengan keputusannya nanti. Jangan meletak harapan yang tinggi dan jangan juga endah tak endah. Biar kita sedang-sedang sahaja. Jangan lupa selawat dan banyakkan berdoa.
Update : Apa itu sijil kegiatan luar?
Termasuk aktiviti dalam persatuan, kokurikulum,
sijil jadi setiausaha, jadi ajk program dan seangkatannya
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^