Mula-mula rasa sedih pun ada bila terima komen macam ini. Tak tahu nak bagitahu macam mana. Hari Jumaat penuh mulia, ada yang berkata sebegini.
Untuk pengetahuan anon dan yang membaca, tujuan utama aku untuk entry hari itu adalah untuk berkongsi kegembiraan kerana dipanggil temuduga walau tak tahu macam mana hasilnya. Bersyukur.
Mengenai tips yang senior aku bagi, if anda nak, apa salahnya bagitahu nak. Aku boleh buat entry khas untuk tips yang diberi. Bukan tak boleh. Aku bukan jenis orang KEDEKUT ILMU, if bertanya, mana boleh aku tolong, aku tolong.
Nak tahu apa tips yang senior aku bagi erti kata lain mungkin soalan yang diterima
1) Mengenai pakaian harus kemas. Kasut hitam bertutup dan sedikit bertumit bagi perempuan
2) Nama penuh menteri besar Perak
3) Bilangan kerusi dimenangi oleh negeri Perak
4) Apa tugas PPT?
5) Isu semasa sekarang mengenai politik
6) Cerita mengenai kerja sekarang
7) Kenapa nak masuk kerja kerajaan?
8) Rukun Negara
9) Perkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris
Itu antara yang dikongsi oleh senior aku. Sekarang aku kongsi bersama kalian dan khasnya untuk anon yang mungkin anda juga bakal hadapi sesi temuduga ini. Perlu diingatkan kerana mungkin soalan berlainan untuk setiap orang.
Jika nak tahu lagi tips/soalan yang diberi, kalian boleh rujuk blogger Sis Ummie. Beliau ada kongsikan soalan dalam entry di blognya { entry }. Atau boleh rujuk blogger Sis Arisyah. Baca pengalamannya { entry }
Moga anda berpuashati untuk ini. Aku agak kecewa sedikit bila diperkatakan PENTINGKAN DIRI SENDIRI. Adakah anda mengenali saya? Tak kenal maka tak cinta. Jangan mudah memperkatakan sesuatu.
Dengan wujudnya entry ini, aku buktikan aku bukan jenis pentingkan diri. Dan untuk awak anon, saya publish komen anda untuk tatapan mereka yang singgah di blog saya. Jaminan awak sudah saya buktikan.
Terima kasih ya. Moga anda senang dengan entry ini. InsyaALLAH, aku akan kongsikan soalan yang diberi setelah aku ditemuduga isnin ini. Memang sudah niat untuk berkongsi kepada mereka terutama yang mendapat panggilan untuk jawatan yang sama.
Sharing is caring ♥
Aku tidak marah atau melenting ya. Sila baca entry ini dengan penuh kasih sayang dan hormat kerana bukan mudah nak puaskan hati orang. Terima kasih buat mereka yang doakan daku. ALLAH sahaja mampu membalasnya.
33 dak comei sayang YUI:
good luck interview yui:)
ekekek kan
hurmm x perlah dik
setiap org ada cara tersendiri menafsir apa yg kita tulis ..
last sekali betul apa yg adik katakan , bukan mudah nak puas kan hati org ..
semoga kuat dan berjaya nanti .. akak doakan ;)
hmm.. xsemua org suka dengan apa yg kita buat..x pe just take it positive :)
Gud luck yui..
Abaikan je..
Tapi dulu masa akak dapat komen dari Anon akak juga terasa sampai buang entri Tue.. N skrg tiada lagi komen untuk Anon... Akak hanya bagi untuk kawan2 je..So kita boleh kenal dan org yg komen dgn kita ;)
takpelah awk..biasa la tu bukan senang nak puaskan hati semua orang..cik anon tu pon takde letak link dia kan..just ignore je..huhu
kannnnn................. ape la anon ni..cepat sgt sentap, hehehee...
perlu ke kata gitu...?marah la tuh! abaikan je yui.
abg akak dpt panggil temuduga PPT, thx sudi share..akak dah link kan blog yui ni kat abg akak...
hope de rezeki twin... Amin, InshaAllah...
Sabar eyh akak :)
tang mane yang dikatakan pentingkan diri sendiri tu...
cik anon cakap ikut sedap mulut je...
sabar ye yui, anyway tahniah sebab dapat panggilan interview tu...gud luck okay...=)
Gudluck Yui! ^^,
Goodluck untuk Interview !! Nurrul tak pernah kena interview..
Sabar je la Yui, yg ptg fokus tuk iview tu nnt...Gud Luck k =)
ANON TU JELES SBB DIA TAK DPT PANGGILAN INTERVIEW LA TU..HAHAHA
SABAR JER YUI,BUAT DUNNO..^_^
good luck dear for ur interview.
jangan diperkesahkan dengan apa yang org tu nak ckp. yg penting fokus pada interview tu nnt. :)
tahniah yui..semoga anda menjadi sebahagian dari yg terpilih nnt.mana tau blh jmpa MG time lapor diri :D
xpe yui..buat xtau je lah..ssh nk puaskan ati org ni..ok..
alahai...baca komen si anon tu...akak dapat rasakan sebenarnya dia sangat kecewa xdpt tips.. maybe dia taip keyword tips utk temuduga tu...tapi... xdpt tipsnya... kalo nak tips sekali pon... jgn laa komen camtu..dtg blog org.. guna laa ayat yg lebih sopan dan menjaga hati org lain..main sergah aje gitu.. tersentap dik oiii.... huhuhu~
sabo je la yui...
ushh, siapalah si anon tu. biarlah org nak minta tips ke ape ke, yg dye tak puas hati pula kenape. takpe kak, jngn ambil pedulu kata-katanya
alahai mcm ni pun ada anon2 ni pedulikan saje !
amboi anon tu bahasa agak kelat! huhuhu tak kenal maka tak cinta.. mungkin dia baru baca blog yui ni kot..huh
jijah doakan semoga yui beroleh kejayaan dalam interview tu nanti..Amin..
wah, byknya orang dapat interview tu.. gud luck tau sys :)
dia jeles le gamaknya..ehe..ish jgn marah yer anon...
Bersabar yer. Manusia memang macamtu. Dia cuak lah tu. Nak marak marah orang pulak. Ok. Good Luck yaa!
Ya Allah, cepatnya dia nilai seseorang..walaupun tak kenal rapat dengan yui tapi akak tak rasa pun macam yang dia komen tu..btw, good luck untuk interview ni yui..masa akak dah berlalu, akak harap yui berjaya dapat jawatan ni..insha Allah..
yui 20hb t ye...gud luck....:)
xpe yui,akak tahu yui bukan jenis kedekut bkongsi maklumat....bia la kat dia...
td sy ada baca komen tu..xpala yui..abaikan ja ya..biasala tu, kita x dpt nk puaskan hati smua org ba kan..sabar ja ya..mungkin dia tgh serabut & nervous tu cari info ttg intrvw, google2 ttg soalan mungkin..
apa2pun, semoga kita sama2 dpt menjalani intrvw tu dgn lancar dan baik :)
sabar ye yui...
biasalah pendangan org...
macam yui cakap..tak kenal maka tak cintakan....
padahal kita bukanlah kedekut ilmu....
huhu.. gd luck yui.. akak dah siapkan entry untuk tips2 ni... ehheheh..
http://www.nurfuzie.com/2013/05/tips-jawatan-penolong-pengawai-tadbir.html
gudluck yui.
tak pe, sabar je yui. ok. :)
Salam.
Apala yang dia fikir sbnrnya smpai tulis camtu skali..
Sabar jela yui.. dia nervous nak pergi intebiu jgak kot,hehehe
nak gelak baca komen anon...hehehe....
biasalah tu manusia....mungkin bagi dia nuyui pentingkan diri sendiri...but not for me....
GUD LUCK lagi sekali key...
semoga yui buat baik-baik
:)
good luck yui...kalu dah rezeki yui...tak ke mana...insyaallah...
alhamdulillah..dah selesai pun kak.. tgu result je la lps ni...huhu
si anon tu serbu tak xpkai helmet lah yui ^_^
Post a Comment