tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label kami 2014. Show all posts
Showing posts with label kami 2014. Show all posts

Wednesday, December 17, 2014

Santai NUSHA - Diet





Senyum jelah sebab dalam seminggu memang aku akan makan nasi. Macam dah biasa. Sekarang banyakkan sayur dan buah.

Siapa aqasha?
Bajet ja naaa. Hehehe.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 30, 2014

Hadiah ulangtahun ke 26

Tak sangka dah "remaja purba" masih terima hadiah birthday. Kalau time kecil dulu, aktiviti wajib tukar hadiah terutama dengan kawan-kawan rapat. Walau hadiah murah tapi terasa menghargai & dihargai.




Perjumpaan lepas [entry], bos besar hadiahkan aku ini. Terharu mak nok sebab dapat beg duit. Dia tahu beg duit aku rosak maka digantikan yang baru sebagai hadiah. Warna soft yellow. Mak pun puji pandai dia pilih warna. Mehmehmeh.


Dapat kad & sepasang t-shirt lengan panjang. 


Beg dah rasmi, t-shirt masih dalam packing. Tunggu pakai masa yang sesuai. Terima kasih bos besar untuk hadiah ini. Sangat daku hargai.


Cerita bos besar hanya ku paparkan untuk tertentu sahaja. Perlu ku kurangkan kerana dia masih belum halal untuk aku. Jadi jangan pelik kalau jarang nampak kisah dia & aku dalam blog selepas ini.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 27, 2014

Pertemuan keempat di tahun 2014 [birthday]

Cuti sempena deepavali lepas, alhamdulillah kami jumpa lagi secara rasmi untuk kali keempat. Tujuan utama untuk sambut birthday mungkin. Dia bulan September dan aku Oktober. Kira sekali harung.


Angsana Mall, Ipoh
Hujan sangat lebat petang itu. Memang ada tragedi terjadi. Payung rosak disaat diri memerlukan. Mehmehmeh. Gigih masuk beli payung dulu lepas itu baru parking kereta. Motif utama di sini nak beli hp baru, Asus Zenfone 6. Beli AP set sahaja.


InshaALLAH aku akan review pasal Asus Zenfone 6.


Jusco Kinta City, Ipoh
Sampai sahaja terus buat aktiviti wajib kami, MAKAN. Pilihan kami sebenarnya nak makan di Shabu-shabu tapi sebab buka pun lambat, kami pilih untuk kali kedua makan di Seoul Garden. Kali ini bos besar belanja. Puas hati makan!


Kemudian bos besar tawarkan untuk aku pilih kek di Secret Recipe { entry }. Sangat puas hati dapat kek diidamkan sampai sayang nak habiskan. Hahaha. 


Shopping sikit dalam Jusco. 


Dapat hadiah kad birthday, tshirt & beg duit. Terima kasih tau. 



Keseluruhannya sangat gembira. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Bila lagi nak jumpa? Hujung tahun mungkin.  Apa pun terima kasih untuk semua. Terima kasih awak.


Doakan moga jodoh kami cepat =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 24, 2014

Kek impian 2014 menjadi kenyataan

Masih ingat entry ini? Sungguh ku tak sangka impian ku menjadi nyata. Bos besar belikan untuk aku hari itu. Siap cakap suruh penuhkan dengan macam-macam tapi memandangkan ada flavour aku tak berapa suka, aku ambil mana aku minat.




Aku request nak tulis ayat, boleh pula orang itu kata tak boleh sebab kek tak sama tinggi. Padahal dia boleh tulis di ruang kosong. Dasar pemalas!


Apa pun terima kasih bos besar a.k.a MSHA untuk kek ini. Macam dia baca saja entry aku kat blog. Ku ingatkan dia tak kelebek blog aku. Miahahaha.


Bila kek ada banyak, sayang benor nak habiskan cepat. Boleh gitu?


Bos besar = InshaaALLAH bakal imam




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 12, 2014

Kronologi raya 2014

Secara kesimpulan raya 2014 aku tahun ini serba sederhana. Biasa seperti tahun-tahun sebelumnya. Akan ku coretkan kronologi yang berlaku dalam seminggu perayaan 2014.


Raya pertama
Pulang ke kampung sebelah abah di SS juga ( Lasah ). Alhamdulillah satu keluarga lengkap berkumpul tahun ini walau adik perempuan kena kerja petang pada raya pertama ( partime ).

Part paling sedih raya pertama adalah Jep mati. Dia seekor kucing yang patuh bila dipanggil. Tak tahu kenapa bila dia balik, keadaan dia dah lain. Hingus, ada luka yang dah kering. Dia sakit sejak Sabtu ( tiada veterinar buka ) dan aku kata padanya, andai sampai hari Selasa dia masih kuat, hari Rabu akan ku hantar ke Veterinar tapi sayang ALLAH lebih menyayanginya.


Raya kedua
Berada di SS sahaja sambil layan apa yang patut. Tak sangka pula bos besaq sms bagitahu nak mai kalau sempat. Ok, dia suka buat kejutan tak tentu hala macam itu. Mehmehmeh. Takpelah janji aku dapat kuih raya & duit raya darinya. Ahahahahaha!


Raya ketiga hingga kelima 
Aku kerja seperti biasa sebab bagi peluang pada yang lain beraya dulu. Sementara masih bujang, takde masalah nak beralah. Ekekeke. Poyo!


Raya keenam 
Pergi kenduri kahwin. Macam best bila kenduri kahwin di musim perayaankan? Rasa lebih meriah sebab ramai yang bercuti


Raya ketujuh
Satu keluarga kecuali adik perempuan pergi ke PD hantar adik lelakiku. Dia sekarang dalam kursus & kerja. Nasib baik dia dapat bercuti. Katanya raya haji mungkin tak balik sebab masih berkursus.


Itulah serba sedikit kisah raya 2014 Yui. Ada manis & pahit. Ada gembira & duka. Walau apa pun kehidupan diteruskan seperti biasa. InshaALLAH.


Kisah raya korang macam mana?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 25, 2014

Pertemuan ketiga di tahun 2014 [persiapan hari raya]

Alhamdulillah 22/7/2014 kami jumpa lagi. Motif utama nak cari barang untuk hari raya. Walau tak "semeriah" dulu tapi tetap gembira. Seronok tengok muka orang kita sayang senyum, ekekeke.


Terus gigih ke Jakel konon nak tengok baju melayu. Bagi aku, harga boleh tahan & kualiti kain pun ok ok aje. Tapi si Shapit tak beli situ, akhirnya ke Jusco juga. Samalah dengan baju raya aku, di Jusco juga. Bukan apa, mencari di Angsana Mall tapi yang banyak jenis manik-manik bertaburan sana-sana.


Misi GAGAL di Angsana Mall sebab aku nak cari yang simple sahaja. Last destinasi tu kami ke Jusco. Haaa, ambil semua beli situ. Kasut di Vincci, tshirt di Padini & baju raya dalam Jusco. Settle!


Kami buka puasa pun di food court. Ingatkan hari biasa restoran takdelah full ternyata kami silap. Semua dah kena booking. Aiyoyoyoyo. Padahnya melantak saja di food court.




InshaaALLAH mungkin lepas ini jumpa untuk raya. Dah siap rancang nak pergi makan di Shabu shabu. Bak kata Shapit, puas makan buffet. Tengok dia macam ular kekenyangan telan kambing aje. Mehmehmeh.


Terima kasih Shapit sebab sudi belikan baju raya & yang lain-lain. Nanti dah jadi suami, kena lebih banyak bagi tau. Ahahahahaha. InshaaALLAH, ada jodoh tak kemana.



Doakan kami.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 30, 2014

Pertemuan kedua di tahun 2014

Alhamdulillah kami bertemu lagi dalam keadaan yang baik-baik. Banyak buah tangan yang diberikan terutama dapat banyak kurma & coklat dari Mekah. Rezeki Apek sekeluarga pergi umrah. Satu family dapat buah tangan masing-masing. Aku  & mak dapat jubah.


Khamis 26/6/2014 pertemuan kedua kami. 


Kali ini makan hanya sekali sebab kami makan di tempat yang special iaitu Seoul Garden. First time masuk & alhamdulillah sangat berpuas hati. Aku lagi puas hati bila tengok Apek tersandar kekenyangan macam ular telan kambing. Ekekekeke!




Aktiviti kami lepas itu macam biasa. Shopping sikit. InshaaALLAH nanti jumpa lagi untuk preparation Hari Raya. Moga ALLAH permudahkan. Doakan kami ya.


Selamat berpuasa semua.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 26, 2014

ST 19 [2014] - Perjumpaan kali kedua di tahun 2014

Hari ini daku cuti
Maka aktiviti BW akan lewat


Bercuti untuk perjumpaan kedua
InshaaALLAH
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 17, 2014

Alhamdulillah 6 tahun sudah

17 Jun 2014 = 6 tahun kami berkawan


Kalau dulu, setiap bulan terasa nak update tarikh istimewa. Tapi sekarang cukuplah untuk tahunan sahaja. Nampak macam over pula sebab baru "berkawan" bukan ada tali perikatan yang sah. Jadi batas itu masih ada.


Bila difikirkan, terasa cepat masa berlalu. Teringat zaman awal perkenalan. Teringat macam mana boleh hingga tahap ini. Walau dalam tempoh perkenalan, pahit manis itu tetap ada. Apa yang penting kena pandai handle untuk atasi setiap yang terjadi.


Alhamdulillah. Apa yang aku harapkan moga hubungan kami akan menuju ke fasa yang seterusnya. InshaaALLAH. Jika jodoh itu ada, pasti ALLAH mengizinkannya.


Doakan kami sebaiknya. Aamiin.


* Sebenarnya teragak-agak nak post atau tidak entry ini. Bacalah dengan nada bersahaja.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 22, 2014

ST 16 [2014] - Menanti 9 hari akan datang

9 hari lagi
9 hari menanti
9 hari sabar


InshaaALLAH
Pejam celik 
Pejam celik


Hari berganti hari
Yang dinanti akan pasti
Aamiin




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 31, 2014

Perjumpaan mengejut pertama di tahun 2014

Perjumpaan secara mengejut. Tanpa dirancang. Jadi tak jadi. Boleh dikatakan dengan tiba-tiba. Buat kali pertama di tahun 2014, kami berjumpa. 


Aktiviti kami, pergi Angsana Mall Ipoh & Jaya Jusco. Aktiviti tak seperti selalu sebab jumpa pun lewat. Masa tidak mengizinkan. Makan pun sekali. Selalunya 2 kali.





Berbulan-bulan baru nak berjumpa. Walau kami satu negeri tapi banyak perkara membataskan kami.


Entry ini lebih kepada peringatan/kenangan aku bersama. Walau inshaaALLAH boleh jelas ingat di fikiran tapi kita tak tahu keadaan masa datang bagaimana. Kita mengharapkan yang terbaik untuk semua.


Doakan kami.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^