Secara kesimpulan raya 2014 aku tahun ini serba sederhana. Biasa seperti tahun-tahun sebelumnya. Akan ku coretkan kronologi yang berlaku dalam seminggu perayaan 2014.
Raya pertama
Pulang ke kampung sebelah abah di SS juga ( Lasah ). Alhamdulillah satu keluarga lengkap berkumpul tahun ini walau adik perempuan kena kerja petang pada raya pertama ( partime ).
Part paling sedih raya pertama adalah Jep mati. Dia seekor kucing yang patuh bila dipanggil. Tak tahu kenapa bila dia balik, keadaan dia dah lain. Hingus, ada luka yang dah kering. Dia sakit sejak Sabtu ( tiada veterinar buka ) dan aku kata padanya, andai sampai hari Selasa dia masih kuat, hari Rabu akan ku hantar ke Veterinar tapi sayang ALLAH lebih menyayanginya.
Raya kedua
Berada di SS sahaja sambil layan apa yang patut. Tak sangka pula bos besaq sms bagitahu nak mai kalau sempat. Ok, dia suka buat kejutan tak tentu hala macam itu. Mehmehmeh. Takpelah janji aku dapat kuih raya & duit raya darinya. Ahahahahaha!
Raya ketiga hingga kelima
Aku kerja seperti biasa sebab bagi peluang pada yang lain beraya dulu. Sementara masih bujang, takde masalah nak beralah. Ekekeke. Poyo!
Raya keenam
Pergi kenduri kahwin. Macam best bila kenduri kahwin di musim perayaankan? Rasa lebih meriah sebab ramai yang bercuti
Raya ketujuh
Satu keluarga kecuali adik perempuan pergi ke PD hantar adik lelakiku. Dia sekarang dalam kursus & kerja. Nasib baik dia dapat bercuti. Katanya raya haji mungkin tak balik sebab masih berkursus.
Itulah serba sedikit kisah raya 2014 Yui. Ada manis & pahit. Ada gembira & duka. Walau apa pun kehidupan diteruskan seperti biasa. InshaALLAH.
Kisah raya korang macam mana?
10 dak comei sayang YUI:
pahit manis kehidupan...macam tula...^_^
Siap kronologi kejadian ye yui. Hehe. Sederhana pun best jugak kalau semua dapat berkumpulkan.
Raya kite tahun ni seperti biasa jugak seperti tahun2 yg lain. bersederhana. hehe ^^
moga Yui tabah.. sabar ye .
raya kami sama je cam thn lepas .. x byk yg berbeza pun
salam. huishh siap ada kronologi lagi ..
raye ke tiga da koje ke cik kak? hihiiii
slmt hari rayoo
raya akak biasa2 je...gmbr pon xtransfer lg...huhu
Selamat hari raya Yui! Lama akak tak singgah sini.. Baru nak start aktif berblog blk.. Sebelum ni byk kekangan.. Ngn internet xdenye, ngn lappy rosaknya.. Huhu.. Ni pun berblog guna hp jer.. Tunggu cpu baru.. Huuu..
Rosmiza Ali Official Blog™
yang penting raya meriah dapat kumpul ramai ramai
Post a Comment