tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts

Tuesday, October 25, 2016

Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor

Allahuakbar,
Berita yang menjadi perbualan orang ramai. Di media sosial, di dalam group whatsapp. Ramai yang share gambar dan video. Bila Yui lihat, Yui jadi sebak dan hampir mengalirkan air mata.


Tersangat sedih bila kejadian berlaku di kawasan awam iaitu hospital.


Pelbagai cerita yang kedengaran. Apa pun nantikan kesahihannya. Yang share gambar tu, kalau boleh cuba blurkan apa yang patut terlebih dahulu.


Al-Fatihah dan salam takziah kepada mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat.


Doa kami sentiasa mengiringi.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 20, 2015

Kes langgar lari

Takmau bercerita pasal raya lagi tapi nak kongsi pasal berita kes langgar lari.
Di musim perayaan, risiko kadar kemalangan biasanya akan meningkat
( bukan kita pinta tapi ini statistik ).


Banyak berita yang aku baca,
Kes langgar lari!
Lebih dari 4 kemalangan yang aku baca/tengok di media sosial atau surat khabar adalah melibatkan kes langgar lari.


ALLAH!
Senang saja sikap si pelaku. Salah atau tidak, jangan sesekali "melarikan diri".
Sampai hati buat mangsa kemalangan sebegitu. Lagi menyedihkan apabila melibatkan mangsa yang telah terkorban. Sanggup biarkan mayat sebegitu saja?


Makin melampau gengster jalanan sekarang.
Bayangkan mangsa adalah di kalangan keluarga anda. Dapat rasai?


Salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.


Berhati-hati walau di mana anda berada.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 05, 2015

PERLUMBAAN KERETA MYVI YANG MERAGUT NYAWA

Berita ini agak gempar apabila sekelip mata 2 anak kecil menjadi yatim piatu. Akibat kesilapan orang lain, insan lain menjadi mangsa.


Tiga nyawa terkorban dalam kemalangan tersebut. Dikatakan akibat perlumbaan kereta myvi. Yang buat aku terkejut, ada salah seorang pemandu seorang wanita. Benarkah? Hebat sungguh wanita sekarang. Berlumba pun jadi.


Sayu tengok keadaan kemalangan tersebut.


Apa pun, moga hukuman setimpal dikenakan. Tak kira kau anak menteri, adik ipar polis, kakak ipar sprm atau apa-apa sahaja. Hukuman tetap hukuman. Kalau terlepas dunia, di akhirat itu pasti.


Al-Fatihah.


Mohon juga jangan salahkan yang tidak salah. Kereta apa sekalipun, itu semua kerana silap manusia. Jangan kerana nila setitik, habis susu sebelanga.


Berhati-hatilah kita.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, April 30, 2015

JATUH MOTOR DI TEMPAT SENDIRI

Aku dah dapat rasa lama. Sebab sebelum ini hampir-hampir. Malangnya pagi ini terus jadi. Hujan lebat dari rumah hinggalah menuju ke tempat kerja. Baju hujan pula ku tinggal di pejabat. Elok sangat redah terus, baju pun agak basah!


Jatuh motor?
Tak tahulah aku nak gelak atau nangis dengan diri sendiri. Aku jatuh ketika elok belok nak masuk ke kawasan tempat kerja. Maksud aku atas pejalan kaki ( lantai agak licin ). Aku letak motor di situ.


Sekelip mata.
Belok dan terus elok jatuh ke arah kiri. Nasib baik tak tertindih kaki sendiri. 
Kejadian pula boleh orang ramai tengok sebab depan kawasan jalan & lampu isyarat.


Ada 2 orang lelaki dalam kereta siap tanya dari jauh "Bolehka?". Agaknya dia takut aku tak larat nak angkat motor. Takpe abang, saya ok. Takde apa.


Sekarang dah rasa lenguh sikit-sikit. 
Alahai, mentang-mentang cuti panjang. suruh rehat lebih kot. Huhuhuuu.


Apa pun berhati-hatilah ya. Silap aku sikit saja tadi tapi impaknya besar juga!








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 27, 2015

2 kemalangan sepanjang perjalanan

Semalam balik dari SS otw terus ke office, sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 50 minit, ada 2 kemalangan yang aku nampak. Dua-dua melibatkan motor dan kereta.


Aku yang menunggang motor rasa debarnya. Melihatkan keadaan motor, tak dapat bayang macam mana kecederaan si penunggang.


Orang selalu kata menunggang motor ini berbahaya. Bagi aku, bahaya ada di mana-mana cuma yang membezakan adalah % cara kita protect diri.


Kadang kita dah bawa elok, ikut undang-undang tapi ada juga yang terkena. Salah orang lain!


Tak tahulah macam mana nak komen cara para penunggang & pemandu di Malaysia ini. Banyak aku jumpa pentingkan diri sendiri saja. Asal lepas tekak sendiri, orang lain dah tak peduli. Ingat, kita buat jahat kat orang, mana tahu satu hari nanti terkena pada kita.


Macam itu juga ketika di jalan raya.
Jangan nak tunjuk eksyen baik yang tunggang atau memandu.
ALLAH nak tunjuk kejap sahaja.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 26, 2014

Mohon teruskan berdoa & berusaha

Banyak kejadian atau musibah yang terjadi kini. Bagi mereka yang tidak mengalami, hanya mampu berdoa dan membantu sebaik mungkin.


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. ALLAH sedang menguji kita. Itu tandanya supaya kita tidak leka.


Diharapkan sangat, tiada istilah "sambutan tahun baru". Tak perlu nak konsert bagai saat sebegini & lebih baik tidak diadakan terus. Dana yang ada, harap disalurkan kepada tempat yang betul.


Sama-sama kita teruskan berdoa dan membantu apa yang kita mampu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 12, 2014

Kasih ibu hingga ke akhir hayatnya

Pasti kalian ada membaca atau mendengar berita mengenai kemalangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa seorang ibu demi menyelamatkan anaknya. Allahuakbar! Tersentuh hati saat membaca sebab munabahnya.


Benar kasih ibu hingga ke akhir hayatnya. Hingga ke syurga. 


Sayu melihat raut wajah si anak. Menyaksikan dengan sendiri apa yang telah terjadi pada insan yang disayangi. Tak tergambar perasaan itu.


Sayangilah ibu kita seadanya. Sehingga akhir nyawa kita. 


Mak, orang sayang mak. Walau di mana orang berada mak tetap orang ingat. InshaaALLAH orang cuba tunaikan permintaan & hajat mak. Hanya masa menentukan.


Yang duduk jauh dari mak, dah telefon bertanya khabar?
Yang telah kehilangan mak, jangan lupa sedekahkan al-Fatihah & doakannya.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 17, 2014

Kemalangan berpunca dari kecuaian sendiri

Hari Malaysia semalam, aku hadiri 2 kenduri kahwin. Satu jiran tetangga dan satu lagi anak sahabat abah. Balik dari kenduri kedua di dewan Manjoi, lalu area Meru Ipoh sebab nak singgah Mydin.


Ada 2 orang budak lelaki ( lingkungan awal 20an ) naik satu motorsikal. Keluar dari simpang dah silap sebab terlajak. Lepas itu aku perhati yang pembonceng tertoleh-toleh ke belakang. Yang penunggang pun sama. Padahal pulas-pulas juga dan memang mereka rapat dengan tebing tepi jalan.


Abah aku siap cakap "sat lagi tertonggeng la tu". Sekelip mata benda itu benar-benar terjadi! Langgar tebing dan dua-dua terhumban dalam semak tepi jalan. Nasib baik tak langgar bucu penghadang. Kalau tidak lagi teruk mereka.


Aku sempat nampak seorang dan yang seorang lagi tak pasti macam mana. Nak berhenti? Memang tak boleh sebab kami berada dilaluan kanan.


Salah?
Dah tentu salah sendiri. Salah mereka. Kenapa nak tertoleh-toleh. Kalau iya pun, berhentikan kenderaan. Gunakan cermin sisi yang ada.


Cuai?
Memang cuai mereka. Nak salahkan orang lain pun tak boleh sebab tak libatkan kenderaan lain.


Sepanjang perjalanan, mulut ini asyik berkata kenapa mereka itu kenapa mereka ini. Kesian jadi nombor 2. 


Itulah akibatnya atas kecuaian sendiri. Kadang atas kecuaian orang lain pun kita boleh terlibat sama. Maka berhati-hatilah walau di mana anda berada.


Kemalangan tak kira masa, tempat & usia.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, August 22, 2014

Hari berkabung seluruh Malaysia - MH 17

Umum mengetahui hari ini 22/8/2014 negara kita Malaysia telah mengumumkan hari berkabung bagi memperingati dan menghormati mangsa-mangsa MH17.


Sedih. Ya satu negara meluahkan rasa sedih atas apa yang berlaku. Tidak terduga kejadian sebegini terjadi. Dugaan ALLAH.


Amatlah digalakkan agar kita memakai pakaian gelap/suram. Tanda hormati apa yang telah terjadi. 


Mengalir air mata setiap kali melihat apa yang dipaparkan di televisyen atau radio. Terasa macam diri ini di tempat keluarga mereka. Moga mangsa tenang di sana.


Al-Fatihah & salam takziah.


Bagaimana nasib MH 370?


Hati aku dah berhari-hari berkabung. Tinggal nak meletop sahaja =)



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 18, 2014

Tragedi menimpa MH17

Dunia terutama Malaysia dikejutkan lagi dengan satu berita gempar yang terjadi kepada pesawat MAS. Ya ALLAH, saat aku mamai malam tadi, ku fikirkan berita MH370 rupanya MH17. 


Dikatakan pesawat ditembak. Semua mangsa terkorban. Sayu. Itu yang aku rasakan. Menitis air mata saat titipan doa dikirimkan. Satu persatu dugaan diberikan. ALLAH sedang menguji kita.


MH370 masih belum selesai, Sabah yang telah diserang, Gaza yang sedang berjihad dan terkini berita MH17. Doakan semuanya. Saat Hari Raya yang masih berbaki beberapa hari, kejadian sebegini benar-benar menyayat hati.




Mohon jangan dispekulasikan apa yang telah terjadi. Sesuka hati update dengan kata-kata negatif. Letakkan diri anda dalam golongan keluarga yang terlibat. Jangan dikusutkan apa yang berlaku. 


Kita sebagai rakyat yang prihatin, teruskan berdoa. ALLAH takkan berikan ujian pada mereka yang tidak mampu hadapinya. Al-Fatihah.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 06, 2014

Kehilangan yang dirasai

Berita KEHILANGAN banyak terjadi


Bermula dengan kehilangan MH370
Kemalangan feri di Korea
Kemalangan bas yang kerap terjadi


Kehilangan seniman tanah air kita
Dan terkini kehilangan yang terjadi pada diriku sendiri


Kehilangan kucing disayangi
Kehilangan kucing yang entah kemana pergi
Kehilangan kucing-kucing yang telah diberi kepada insan penyayang


Kehilangan
Ada kalanya menggembirakan
Ada kalanya menyakitkan


Kita perlu redha
Perlu tahu pasti ada hikmahnya tersendiri


Takziah & Al-Fatihah untuk segala kehilangan yang telah terjadi




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, April 17, 2014

Karpal Singh & pembantu maut dalam kemalangan ngeri

Pastinya ramai terkejut dengan berita yang diterima ditambah melibatkan seseorang yang dikenali ramai. Kemalangan ngeri yang berlaku tanpa diduga.


Kisah lanjut pastinya anda boleh baca banyak di dada akhbar & online.

Apa yang cuba aku tekankan disini ialah :

1) Jaga kata-kata
2) Tak perlu memaki hamun orang yang telah tiada
3) Percaya bahawa balasan ALLAH itu pasti


Kadang kita masih tersenyum, bergembira, berketawa pada hari ini. Tapi tanpa diduga mungkin esok kita telah pergi.


Kadang kita lancar berkata-kata tanpa diduga kita masih belum memohon kemaafan.


Mati itu pasti. Itu janji ALLAH yang Maha Berkuasa.


Salam takziah kepada keluarga mangsa.


* Entry sebagai seorang manusia biasa







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, March 09, 2014

Doakan untuk MH370





Kita sama-sama doakan yang terbaik
Aminnn





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, March 08, 2014

Kehilangan pesawat MAS MH370

Berita kini yang sangat menggemparkan rakyat Malaysia kerana melibatkan pesawat MAS. Hingga saat jari jemari ini menaip, belum ada berita sahih & rasmi. Yang banyak adalah berita "terkini" dari laman sesawang yang kita sendiri tidak sahih. 


Dalam kita menerima khabar berita ini, ada individu yang telah memperkotak katikkan kemalangan yang terjadi. Politikkan bencana yang berlaku ini. Membuat pelbagai spekulasi.


Kita sebagai masyarakat yang prihatin, sebaiknya teruskan berdoa. Doakan yang terbaik. Bukan mengambil kesempatan di atas apa terjadi.


Walau apa pun yang jadi, ini semua adalah takdir dari yang Maha Esa. Tugas kita adalah mendoakan kesejahteraan mereka & prihatin terhadap kaum keluarga yang terlibat.


Aminnn.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, February 01, 2014

Kemalangan meningkat terutama ketika musim perayaan

Perasan atau tidak, percaya atau tidak, kadar kemalangan naik terutama ketika musim perayaan. Ketika musim cuti yang lebih lama.


Siapa yang nak kemalangan terjadi tapi sikap dari diri sendiri samada kecuaian atau mungkin kerosakan dari kenderaan sendiri yang boleh akibatkan kemalangan terjadi.


Bahaya ada dimana-mana. 


Kita dah berhati-hati tapi ada orang lain yang cuai. Orang lain berhati-hati tapi kita sendiri pula yang leka. Apa pun, jaga diri jaga keselamatan.


Tak perlu tergopoh gapah untuk sampai destinasi kerana orang yang anda sayang pasti sedia menanti walau cepat atau lambat =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^