tentang
banner
tutor
fb
home

Friday, July 18, 2014

Tragedi menimpa MH17

Dunia terutama Malaysia dikejutkan lagi dengan satu berita gempar yang terjadi kepada pesawat MAS. Ya ALLAH, saat aku mamai malam tadi, ku fikirkan berita MH370 rupanya MH17. 


Dikatakan pesawat ditembak. Semua mangsa terkorban. Sayu. Itu yang aku rasakan. Menitis air mata saat titipan doa dikirimkan. Satu persatu dugaan diberikan. ALLAH sedang menguji kita.


MH370 masih belum selesai, Sabah yang telah diserang, Gaza yang sedang berjihad dan terkini berita MH17. Doakan semuanya. Saat Hari Raya yang masih berbaki beberapa hari, kejadian sebegini benar-benar menyayat hati.




Mohon jangan dispekulasikan apa yang telah terjadi. Sesuka hati update dengan kata-kata negatif. Letakkan diri anda dalam golongan keluarga yang terlibat. Jangan dikusutkan apa yang berlaku. 


Kita sebagai rakyat yang prihatin, teruskan berdoa. ALLAH takkan berikan ujian pada mereka yang tidak mampu hadapinya. Al-Fatihah.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

5 dak comei sayang YUI:

Nurzakiah Hanum said...

Allhuakbar berat dugaan yg menimpa Malaysia sama2kita panjat kan doa
Al-Fatihah

Cik Itah@RRP said...

salam. hurmmm so sad..memikirkan mereka yang nak pulang beraya ke malaysia..its really break my heart :( automatik jatuh airmata :((

al-fatihah dan salam takziah buat semua keluarga penumpang MH17

PetakBunga said...

rsa cam pyh nk percaya.. terkejut sungguh pg ni dgr berita ni..

Azhafizah Md Nor said...

Al fatihah buat mangsa yang beragama Islam

Mimi Azirah said...

susah nk terima kan yui..sedih sgt sgt