tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, September 17, 2014

Kemalangan berpunca dari kecuaian sendiri

Hari Malaysia semalam, aku hadiri 2 kenduri kahwin. Satu jiran tetangga dan satu lagi anak sahabat abah. Balik dari kenduri kedua di dewan Manjoi, lalu area Meru Ipoh sebab nak singgah Mydin.


Ada 2 orang budak lelaki ( lingkungan awal 20an ) naik satu motorsikal. Keluar dari simpang dah silap sebab terlajak. Lepas itu aku perhati yang pembonceng tertoleh-toleh ke belakang. Yang penunggang pun sama. Padahal pulas-pulas juga dan memang mereka rapat dengan tebing tepi jalan.


Abah aku siap cakap "sat lagi tertonggeng la tu". Sekelip mata benda itu benar-benar terjadi! Langgar tebing dan dua-dua terhumban dalam semak tepi jalan. Nasib baik tak langgar bucu penghadang. Kalau tidak lagi teruk mereka.


Aku sempat nampak seorang dan yang seorang lagi tak pasti macam mana. Nak berhenti? Memang tak boleh sebab kami berada dilaluan kanan.


Salah?
Dah tentu salah sendiri. Salah mereka. Kenapa nak tertoleh-toleh. Kalau iya pun, berhentikan kenderaan. Gunakan cermin sisi yang ada.


Cuai?
Memang cuai mereka. Nak salahkan orang lain pun tak boleh sebab tak libatkan kenderaan lain.


Sepanjang perjalanan, mulut ini asyik berkata kenapa mereka itu kenapa mereka ini. Kesian jadi nombor 2. 


Itulah akibatnya atas kecuaian sendiri. Kadang atas kecuaian orang lain pun kita boleh terlibat sama. Maka berhati-hatilah walau di mana anda berada.


Kemalangan tak kira masa, tempat & usia.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

19 dak comei sayang YUI:

Ezy Loy said...

kalo saye dh ketar lutot tgk org exciden.. huhu

2la kdg2 kite dh hati2 org lain plak xhati2..

mtk jauh dr sume bnde burok..

Siti Rohaida Yusof said...

walau macam manapun,kita kena lah berhati-hati..kekadang kecuaian tu tidak berpunca dari kita pun..hehehe

Diana Rashid said...

alahai..tu kena diri sendiri.kalau sampai melibatkan orang lain cemana.kan susah..

- AZIE - said...

kan..itu yg nak marah..sbb org lain kita pun terlibat. akak pun pnh jd mcm ni baru2 ni..malas nak ingat...abis rosak rim kereta, penunggang moto tu blah mcm tue je tanpa rasa bersalah..arghhhhh benci btl org mcm ni

eima said...

budak2 naik moto mmg cam tu kadang tu kite plak rasa nk langgar diorg sesuka hati je bw moto

lynndamya said...

Betul tu..tapi lebih menyakitkan kalau excident disebabkan kecuaian org lain..hmm :(

Nur Inani said...

memang salah sendiri lah kalau macam tu

eMMe said...

huhuhuhu... kalo focus kepada pemanduan/penunggangan mesti tak jadi xcident.. sendiri salah, sendiri la cari penyakit... sendiri mau ingat.. tapi takleh juga kan kalo xcident sbb org lain kite pun boleh terlibat gak kan...

Mardiah Diana said...

Assalamualaikum dan singgah ptg dik Yui....itulah sikap kebanyakkan penunggan motor ni....main ikut suka dorang jer...dorang rasa mcm jalan raya ni dorang yang punya...

ros_reeza said...

takut bila dengar berita macam ni.. semoga mereka tak apa apa...

J.Syazwana said...

paling benci org suka memotong garisan berkembar dengan atas bukit. selalu sangat jumpe. seram giler.

azizah :) said...

aduhhh kesian... hati2 la bawa motor tu.. bahaya kalau xtumpu perhatian

Tihara said...

kenapa toleh-toleh, heran betul..tapi kesian

Azhafizah Md Nor said...

bahaya betul camni..boleh libatkan orang lain jugak kan akibat kecuaian sendiri..

Syazana Zainn said...

betul tu, kadang2 sebab org kite pula jd mangsa kan

eh yui lalu kat manjoi eh

dah nak dekat dgn umah kite dah tu

umah kite kat jelapang je :D

Eza Boom Boom said...

Betul betul. Walaupun kita dah cermat bawa, org lain pulak yang cuai. Kena selalu alert dan hati-hati. Eza kalau ada kemalangan depan mata, memang sah la akan tutup mata.. Takut...

Ibu Lala said...

Nasib la x apa apa. Mwmbahayakan diri sendiri dan org lain.

Eca Dwinky Asha said...

tu la sbb xleh cuai kan?
eca kemarin sikitttt lagi.nasib baik kwn kt sebelah keep calm.dy yg tenang kan eca.hahaha

CT Humairah said...

eeerk pakcik..!! masin sungguh mulut terus jadi eeerk seram. CT
kalau drive selalu berharap yang tak tengok mende mende tunggang terbalik ni jadi depan mata.. nauzubillah.