tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label pure marine collagen. Show all posts
Showing posts with label pure marine collagen. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

WW 84 - Puding Strawberry Pure Marine Collagen / Rumpai Laut



Nak tahu resepi mudah?
{ baca sini }





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, March 31, 2013

Promosi Harga Jimat Pure Marine Collagen



Harga normal 
PMC gred AAA 100 gram RM 15
PMC gred AA 100 gram RM 10


Sekarang promosi harga jimat seperti dalam gambar
Berminat? Sila PM daku di page / komen entry ini


Selagi stok masih ada
Harga tidak termasuk kos pos
Terima kasih


ENTRY MELEKAT HINGGA 31/3/2013





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 25, 2013

Harga murah untuk Pure Marine Collagen Gred AA & AAA

PMC atau rumpai laut yang menjadi pilihan masa kini. Jimat pun jimat. 100 gram boleh guna lebih 3 minggu. Yang aku buat 100 gram dapat 3 bekas. Masih ada lagi sampai sekarang ( boleh makan dalam 3-4 minggu )


Gred AA ( kuning ) 100 gram : RM 10
Gred AAA ( ungu ) 100 gram : RM 15

( tidak termasuk kos poslaju / pos daftar / pos domestik )


Bagi pembelian 1 kg, akan dapat harga yang lebih jimat. So, boleh lah tanya kawan-kawan dan share untuk beli. Untung dan jimat kos!


Ada yang berminat tak? Jika ada, boleh mesej atau lebih baik telefon yui 019-2331810 ( 9 pagi - 9 malam ) untuk pembelian. Terima kasih.


* Pengeposan dilakukan setiap hari Sabtu kecuali minggu pertama 
* Hanya CIMB yang diguna untuk urusniaga
* Pembayaran paling lewat jam 2.00 petang hari Jumaat
* Duit harus clear baru pengeposan dilakukan


Untuk melihat PMC yang telah dimasak dan sudah menjadi jelly { klik sini }
Campuran lain supaya lebih enak makan pmc { klik sini }
Kebaikan atau kelebihan pengambilan PMC { klik sini }
Cara nak basuh dan masak PMC { klik sini }
Untuk melihat PMC gred AAA & gred AA { klik sini }
PMC gred AA goreng tepung  { klik sini }
Perbezaan warna jenis-jenis PMC yang ada { klik sini }
Cara penjagaan PMC yang belum dan sudah dimasak { klik sini }


ENTRY BARU SCROOL BAWAH




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, March 14, 2013

Cara penjagaan Pure Marine Colllagen / Rumpai Laut

Ada yang bertanya bagaimana cara penjagaan PMC. Baiklah, aku akan bagitahu di entry ini. Ku kongsikan cara penjagaan PMC yang masih mentah dan yang telah dimasak.


(1) PMC mentah
Boleh simpan di luar. Maksudnya dalam suhu bilik. Macam simpan bawang apa semua. Yang penting jangan bagi kena air hujan kerana ia akan mengakibatkan khasiat kolagen berkurangan. Stok PMC aku simpan dalam plastik seperti yang telah dibungkus.


(2) PMC yang telah dimasak
Selepas dimasak ia akan menjadi jelly. Maka jelly tersebut harus disimpan dalam peti sejuk. Jangan diletak pada bahagian ais beku. Letak ditempat biasa dalam peti ais. Jangan dibiar luar peti sejuk kerana akan timbul kulat.


Moga terjawab kepada yang telah bertanya. Kepada yang nak order PMC gred AAA dan gred AA boleh inform daku. Maklumat lanjut rujuk { sini }.


UPDATE  
PMC tahan lama jika disimpan dalam peti ais bagi yang dah masak
Tapi sebaiknya masak ikut keperluan
100 gram = Penggunaan hampir sebulan





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, March 09, 2013

Pure Marine Collagen yang siap dibungkus

Untuk makluman anda, PMC gred AAA dan gred AA aku jual bermula 100 gram dan boleh juga beli secara kg. Belian kg lebih murah ya.




Contoh yang dah siap dibungkus 100 gram seperti dalam gambar di atas ya. Oh ya, bagi yang berminat nak cuba, boleh terus telefon daku.


Gred AA ( kuning ) 100 gram : RM 10
Gred AAA ( ungu ) 100 gram : RM 15

( tidak termasuk kos poslaju / pos daftar / pos domestik )



Ada yang berminat tak? Jika ada, boleh mesej atau lebih baik telefon yui 019-2331810 ( 9 pagi - 9 malam ) untuk pembelian. Terima kasih.


* Pengeposan dilakukan setiap hari Sabtu kecuali minggu pertama 
* Hanya CIMB yang diguna untuk urusniaga
* Pembayaran paling lewat jam 2.00 petang hari Jumaat
* Duit harus clear baru pengeposan dilakukan


Nak tahu maklumat lanjut mengenai PMC. boleh { rujuk sini }.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, March 07, 2013

Perbezaan warna Pure Marine Collagen / Rumpai Laut yang ada

INFO TAMBAHAN MENGENAI PMC



1) PMC yang atas sekali belah kiri - PMC UNGU VIOLET
- Dari spesis yang sama dengan yang lain Eucheuma Cottoni. Gred AAA. PMC jadi warna light purple kerana cara ia dikeringkan menggunakan direct cahaya matahari. Hanya 1x proses. High antioksida (untuk pretend dari serangan radikal bebas). Baik utk kesihatan & kecantikan sekaligus

2) PMC yang atas sekali belah kanan - PMC HIJAU
- PMC jenis ni adalah yang TERBAIK dari semua PMC lain. Gred AAAA. Mengandungi klorofil yg tinggi. Tapi sangat sukar untuk diperoleh.


3) PMC bawah sebelah kiri - PMC UNGU GELAP (DARK PURPLE)
- PMC Gred AAA. Tapi 2x ganda lebih baik dari Ungu Violet AAA. PMC jenis ni biasanya supplier campur sekali dgn gred AAA Ungu Violet terutama masa musim hujan kerana stok tidak mencukupi tetapi anda tidak perlu risau kerana ianya 2x ganda lebih baik.
- Untuk kecantikan & kesihatan
- Ia akan berubah warna jika disimpan dlm jangka waktu yg lama. Dari ungu gelap akan berubah menjadi coklat, coklat cerah dan akhirnya warna kuning. TP jgn risau kerana ia bukan PMC kuning gred AA. Ia satu2 nya PMC yang berubah warna bila disimpan dalam tempoh yang lama. Kualiti semakin baik bila ia bertukar warna. Dibuat dari rumpai dahan besar berwarna kemerahan (rumpai jenis buaya)


4) PMC bawah belah kanan - PMC Kuning
- PMC Gred AA. Diproses 2x menggunakan stim. Untuk kecantikan.



( tidak termasuk kos poslaju / pos daftar / pos domestik )


Bagi pembelian 1 kg, akan dapat harga yang lebih jimat. So, boleh lah tanya kawan-kawan dan share untuk beli. Untung dan jimat kos!


Ada yang berminat tak? Jika ada, boleh mesej atau lebih baik telefon yui 019-2331810 ( 9 pagi - 9 malam ) untuk pembelian. Terima kasih.


Lebih banyak info mengenai PMC { klik sini }





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 05, 2013

Perihal Pure Marine Collagen goreng tepung

Berdasarkan entry { ini }, ramai yang bertanya padaku dan ada juga yang pelik bila PMC dibuat goreng tepung. Hihihi, Aku juga begitu pada mulanya. Meh aku nak jawab antara pertanyaan yang diajukan padaku.


Sedap tak?
Sedap tau. Rangup sahaja. Rasa rangup bila dimakan.


Lalu atau tak untuk dimakan?
InsyaALLAH lalu sebab aku goreng PMC gred AA ( kuning ) yang pastinya tidak/kurang berbau hanyir berbanding PMC gred AAA. Maka, gorenglah PMC gred AA ya.


Bukankah ada had untuk makan?
Kalau risau terlebih had, sebelum sarapan tak payah makan jelly. Makan yang dah goreng terus. Buat anggaran. Aku goreng sikit sahaja.


Adakah PMC akan hangit?
Dari apa yang aku cuba, bila terlebih garing, PMC akan jadi kehitaman. Maka gorenglah secukup rasa dan masa. Jangan terkurang atau terlebih sudah.


Itu sahaja perkongsian daku setakat ini mengenai PMC goreng tepung. Nanti aku kongsikan perbezaan warna PMC yang ada dijual.


  




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 04, 2013

Pure Marine Collagen goreng tepung

Pada mula rasa macam pelik juga bolehkah PMC digoreng macam cendawan goreng. Tapi setelah pembekal daku dari Semporna Sabah bagitahu boleh, aku pun laju cuba buat.




Serious, sangat nyummmyy! Rangup sahaja makan. Cara sama macam kita nak buat cendawan goreng. Tepung serbaguna dan telur. Celup dan terus goreng. 


Betul, bagiku PMC ini jadi crunchy. PMC gred AA yang aku guna. Buat sikit sahaja.


# PMC perlu direndam hingga kembang, lepas itu potong ikut saiz yang dikehendaki dan mulalah menggoreng. Jangan lupa cuba ya!


dengan harga murah?





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 01, 2013

Pure Marine Collagen gred AAA & gred AA



Stok baru dah sampai tapi sayangnya Gred AAA ( ungu ) dah tinggal sikit sahaja ada yang beli banyak terus. Untuk PMC Gred AA ( kuning ) stok masih ada. Kepada yang berminat, boleh inform aku ya.


Gred AA ( kuning ) 100 gram : RM 10
Gred AAA ( ungu ) 100 gram : RM 15

( tidak termasuk kos poslaju / pos daftar / pos domestik )


Bagi pembelian lebih 500 gram, akan dapat harga yang lebih jimat. So, boleh lah tanya kawan-kawan dan share untuk beli. Untung dan jimat kos!

Ada yang berminat tak? Jika ada, boleh mesej atau lebih baik telefon yui 019-2331810 ( 9 pagi - 9 malam ) untuk pembelian. Terima kasih.


* Pengeposan dilakukan setiap hari Sabtu kecuali minggu pertama 
* Hanya CIMB yang diguna untuk urusniaga
* Pembayaran paling lewat jam 2.00 petang hari Jumaat
* Duit harus clear baru pengeposan dilakukan


Untuk melihat PMC yang telah dimasak dan sudah menjadi jelly { klik sini }
Campuran lain supaya lebih enak makan pmc { klik sini }
Kebaikan atau kelebihan pengambilan PMC { klik sini }
Cara nak basuh dan masak PMC { klik sini }



Ada yang tanya dari mana ku dapatkan stok PMC, jawapannya terus dari Semporna, Sabah. 





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 26, 2013

Cara basuh dan masak Pure Marine Collagen

Jom kita tengok cara yang mudah untuk membasuh dan makan PMC ini. Aku kongsikan versi umum atau ramai yang ikut.


Untuk satu paket / 100 gram PMC

1) Basuh PMC bersih-bersih, bilas 5-6 kali air sambil ramas-ramas untuk buang hablur garam. ( air yang dibilas asing dalam bekas lain )

2) Rendam dalam air mineral/air tapis selama 6 jam atau seharian atau sehingga PMC kembang

3) Basuh lagi 5-6 kali hingga hilang bau garam

4) Rebus dalam periuk bersih dan masukkan 2.5 liter air

5) Kacau PMC hingga hancur/cair ( dalam 30 - 45 minit )

6) Masuk dalam bekas dan sejukkan dalam peti ais ( jangan letak dalam sejukbeku )

7) Makan 2 kali sehari ( 3 sudu ) pagi sebelum makan dan malam sebelum tidur


KIRI : Mula direndam
KANAN : Selepas 6 jam


Amaran :

Jangan makan PMC bersama teh/kopi/air berkarbonat selama tiga jam pengambilan. Kalau minum, sia-sia sahaja telan PMC. Pemakanan bersama vitamin c atau oren amat digalakkan.


Diingatkan juga PMC gred AAA lebih berbau hanyir berbanding PMC gred AA. Jadi macam mana cara nak kurangkan bau hanyir? Jom tengok cara aku buat.

1) Semasa basuh/bilas, boleh gunakan limau. Macam basuh ikan juga. Guna asam jawa pun boleh

2) Semasa rebus PMC, masukkan daun pandan. Letak 5-6 helai pun boleh

3) Nak letak gula batu/ gula merah pun boleh semasa rebus

4) Jika anda nak jadikan masker, jangan letak gula batu/ gula merah. Asingkan sikit untuk masker. Hanya sikit saja diperlukan jika nak buat masker.


* Kenapa semasa basuh, aku suruh asingkan dalam bekas air? Sebab air tersebut boleh dibuat rendaman kaki. Elok untuk mereka yang ada rekahan pada kaki. 


Untuk melihat PMC yang telah dimasak dan sudah menjadi jelly { klik sini }
Campuran lain supaya lebih enak makan pmc { klik sini }
Kebaikan atau kelebihan pengambilan PMC { klik sini }


Nak dapatkan PMC yang aku jual dengan harga jimat? { klik sini } 


Gred AA ( kuning ) 100 gram : RM 10
Gred AAA ( ungu ) 100 gram : RM 15

( tidak termasuk kos poslaju / pos daftar / pos domestik )




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 22, 2013

Kesan atau kebaikan pengambilan Pure Marine Collagen

Ada yang bertanya, apa kebaikannya. Okay, meh aku nak share antara kesan atau kebaikannya. Oh ya, kesan pada setiap orang mungkin berbeza. Bergantung kepada daya tubuh masing-masing. 


-Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Memejalkan payudara, otot dan punggung
-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
-Mengurangi selulit
-Memberi tenaga
-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser/tumor
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
-Anti bakteria/kulat
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel-sel baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
-Menberikan rasa kekenyangan (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)


Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah. Pori-pori kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker.


Yang di atas ini antaranya. Kesannya padaku? Bintik di hidung berkurangan. Sebab selalu juga buat masker. Sejuk sahaja bila dah apply pada wajah. Bila dah bersihkan, rasa lebih segar. Sambil makan PMC aku juga makan vitamin c. Itu amat digalakkan.


Nak dapatkan PMC yang jimat?



Klik { sini } untuk maklumat lanjut. Terima kasih.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 21, 2013

Campuran untuk lebih sedap makan Pure Marine Collagen

Selain dari campur dengan sunquick, aku pernah juga cuba campur dengan nata de coco. Sambil kunyah nata sambil tu telan PMC. Kira lalulah untuk dimakan. Hihihi.




Nampak tak PMC dalam itu. Kepada yang tak lalu nak telan macam itu saja, boleh guna cara ini. Tapi bagiku cara terbaik setakat ini campur dengan sunquick. Terasa masam lebih untuk kurangkan bau hanyir.


Ada caranya basuh PMC ini untuk kurangkan hanyir. Akan ku update secepat mungkin.


Nak dapatkan PMC dengan harga yang berpatutan?

Gred AA 100 gram : RM 10 { klik untuk detail }
Gred AAA 100 gram : RM 15 { klik untuk detail }


Update :
Lain orang lain tekaknya
Ada yang mampu makan macam itu sahaja
tapi tidak untuk diriku =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 19, 2013

Jelly Pure Marine Collagen Gred AAA

Aku sekarang ini ada makan PMC Grea AAA. Sebagai makanan tambahan. Setelah mengikut cara untuk basuh dan jadikan ia jelly, berikut adalah hasilnya. Untuk 100 gram, dapat 3 bekas. 1 bekas besar dan 2 sederhana.


- 100 gram hasilnya 2 bekas kiri dan 1 bekas kanan -


Untuk cara makan yang aku amalkan, aku campur dengan perisa sunquick + letak air sedikit. Telan terus sahaja jelly PMC tersebut. Tak sanggup nak kunyah-kunyah. Kih kih.




Yang PMC Gred AA aku tak pernah rasa. Lepas ini InsyaALLAH nak cuba yang itu pula.  Mungkin juga aku akan update cara basuh PMC, penggunaan dan kesannya kepada sesiap yang amalkan ya. InsyaALLAH.


Dalam minggu ini InsyaALLAH stok untuk PMC gred  AA dan gred AAA akan sampai. Nak order, inform ya.


Gred AA 100 gram : RM 10
Gred AAA 100 gram : RM 15


Mesej atau telefon yui 019-2331810 ( 9.00  pagi - 9.00 malam sahaja )




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 06, 2013

WW 75 - Pure Marine Collagen Gred AAA



Dah start makan 2/02/2013
Kalau rasa tak lalu telan 
{ yang dah dijadikan jelly }
boleh telan kapsul  





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^