tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label bekal orang bujang. Show all posts
Showing posts with label bekal orang bujang. Show all posts

Thursday, February 23, 2017

Bekal Bujang : Magi Goreng Udang

Ewahwahwahhhhh, kemain nama magi goreng udang. Haaa, sebab udang banyak. Mehmehmeh. Semalam Yui AL sebab ada orang nak belanja Yui makan. Makan free, siapa taknak kan?




Macam biasa,
Kalau mood rajin, memang Yui akan masak walau seringkas mana pun. Saja bagi cuba. Mana nak tau, tak kena kat tekak boleh diperbaiki. Orang kata, nak kena kenal "perut".


Resepi?
Tak payah kot kan, hangpa lagi hebat masak.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 16, 2017

Bekal roti sapu planta bergula

Tengok roti sapu planta mesti teringat iklan yang mak dia gigih kayuh basikal kejar bas, pastu semata nak sapu planta. Muahahahaha, terkesan iklan tu ea walau tak logik!


Oklah,
Pagi tadi mak Yui bagi bekal roti + butter & gula. ALLAH, walau ringkas tapi sedap dan kenyang sebab air tangan bonda sendiri. Maka, sarapan Yui tadi makan 3 keping. Kenyang sesangat.





Ini barulah betul ibu gigih bagi bekal pada anaknya. Ekekeke. Terima kasih mak. Muaaaahhh! Sayang mak.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 09, 2016

Resepi Mudah : Sup Kaki Ayam Paling Senang & Sedap

Pertama sekali, syabas kat diri sendiri. Sebab berjaya masak sup kaki ayam. Ehhh, jangan peliklah, Yui akui Yui tak pandai masak.


Haritu sekali je tolong mak potong kaki ayam ni haaa. Potonglah kat jari tu. Buang. Takkanlah nak masak sekali kuku bagai kan. Hahahaha.



Amacam? Sempoi sangat resepi seiring dengan diri yang malas


Bahan-bahan

Kaki ayam ( Yui guna 7 kaki )
Air secukupnya 
1 bunjut Adabi ( bunga lawang, kayu manis dan herba biasa lain )
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Daun sup
Lobak
1 biji kentang 
Garam
Serbuk lada (kisar)

* kalau nak tambah sayur lain pun boleh


Cara-cara

Masukkan air, kaki ayam, bunjut, bawang, kentang dan reneh/rebus hingga kaki ayam nampak lembut. Biasanya akan nampak lemak dari kaki ( berminyak ). Sebab itu Yui tak tumis/letak minyak.


Dah mendidih dengan jaya, masukkan lobak. Biar dalam 5 minit lagi dan masukkan daun sup. Garam secukup rasa & serbuk lada.


Siap.


Siap masak dalam masa kurang 15 minit. InshaaALLAH sedap dan sangat mudah. 


Ada orang jenis tumis bahan dulu, ada jenis potong kaki bagi kecil. Ikut suka hangpa janji hangpa makan okay.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 18, 2016

Bento 2016 : Salad Thousand Island

Ewahhh, edisi bekal si bujang kembali lagi. Dasar bujang pemalas macam aku, jadi menu macam ini jelah yang rajin. Heeeee.




Bahan-bahan :

1) Salad
2) Lobak merah
3) Tomato
4) Sosej
5) Mayonis thousand island


Hanya perlu rebus sosej & lobak. Pastu gaul dengan mayonis. Selesai.


Sedia untuk dihidang. Bahan lain boleh tambah ikut tekak masing-masing.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 29, 2016

Bekal si bujang yang ringkas

Bila ada bahan, rajinlah sikit tapi kadang ada bahan pun aku malas. Acaner?? Hahaha. Yang ini bekal minggu lepas rasanya, ke 2 minggu lepas. Aku pun lupa.




Yang belah kanan tu isi ayam celup tepung Bestari.
Yang kiri tu apa entah nama isi ayam leper, pastu dalam aku letak isi ayam, mayonis & sos cili.


Senang bekal aku, bekal si bujang =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 04, 2016

Bento 2016 Nurul Yui : Pasta Tomato & Nutrigen

Yang pertama, aku buat sebab jumpa dia [ bento pertama 2016 ]. Ini yang kedua bekalan untuk makan di pejabat. Lepas sembahyang Subuh, terus prepare. Alaaaa, benda mudah aje dengan bahan yang ada, campak-campak siap!




Takde yang susah. Senangkan menu aku ni? Hahahaha. Si bujang yang pemalas. Beginilah gayanya. Mood rajin tak mari. Huaaaaaaaaaa!


Sama aje kan macam bento pertama? Tapi lagi kurang bahan yang ku guna. Hihihi.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 29, 2016

Bento pertama 2016 untuk kami

Heeee, oklah, 27hb lepas aku cuti sebab nak hadirkan diri ke seminar emas. Jadi aku heret sama si Shapit tu. Biar dia sama celik! Hahaha.


Biasanya kalau kami jumpa, mesti aku masak sikit walaupun aku tak pandai masak. Lalalala. Haritu aku terlebih rajin + dia beria cakap tak pernah rasa salmon, aihhh gigih aku cari pagi tu untuk beli. Nasib dapat salmon segar.




Nama Bento
Salmon mati ditelan sotong!


Jadi ini jelah yang aku masak aritu. Benda mudah sesuai dengan diri yang pemalas. Hahahaha. Nasib baik dia makan bagi habis kecuali strawberry sebab dia tak minat. Manalah aku tahu sangat apa dia tak kenan. Kuikui.


Inilah bento pertama 2016 untuk kami. 


Harap lepas ini rajin untuk berbento buat bekalan sendiri. Kata nak jimaaattttttt ;)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, September 10, 2015

Bekal bujang : Nasi Goreng Atkins

Mood ada, adalah benda aku masak. Kadang mood takde pun aku masak. Konon terapi nak abaikan masalah yang jadi buat sementara.


Okay, aku rindu masakan orang diet atkins. Memandangkan bahan dah ada, aku pun buat "nasi" goreng atkin. Lagi superb sebab letak petai. Fuhhhhh, krup krap gigit petai!




Inilah bekal orang bujang. Makan pagi merangkap tengahari. Senang.


Yang mana berdiet atkins, pastikan anda faham apa yang boleh makan atau tidak mengikut fasa masing-masing. Diet atkins tak ketat mana andai anda follow dengan cara betul.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 20, 2015

Bekal Bujang : Burgedil Cheese

Ini cerita minggu lepas. Saja up sebab takde idea nak publish entry. Entry CMD je banyak takut korang bosan baca. Eleeeh, perasan macam ada orang baca blog hang! Hahahaha.




Kalau mood rajin, adalah bekal yang akan aku sediakan. Aku memang suka bawa bekal ke pejabat, aku juga suka bekal yang comel-comel. Menaikkan mood aku sendiri.


Jadi sarapan merangkap lunch aku hari itu aku buat burgerdil cheese.


Senang koje.


CMD sekarang sentiasa dibawa. Hehehe.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 13, 2015

Bekal orang bujang : Burgedil cheese & daging

Bekal bujang seterusnya. Dah 2 hari menu sama. Aku kalau dah tahap malas, buat banyak-banyak untuk bekal 2-3 hari. Bangun pagi tinggal goreng aje. Nama tak pemalas? Hahaha.




Selalu aku sarapan pagi. Lunch hanya minum. Dah terbiasa pula. Sebab sarapan pun dekat pukul 11.00 pagi.


Menu pemalas dari orang bujang macam aku.


Kadang tak habis, hati rasa lain, fikiran ke lain juga. Huaaaaaa!!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, August 07, 2015

Menu bujang bagi yang malas




Menu orang bujang lagi pemalas macam aku, haruslah masak campak-campak & bakar.
Hahahahah!


Bahan apa yang ada, masuk saja. Asal tekak sedap terima.
Yang penting ada masuk pelbagai jenis sayur.


Janji aku kenyang.


Takde gambar dah bakar sebab terus ngap sampai habis.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, May 08, 2015

Bekal orang bujang : Ayam & tempe goreng

Memandangkan ayam ayamas masih ada, goreng 5 ketul pagi ini. Ada juga beli 1 paket tempe, apa lagi potong halus-halus kemudian goreng garing. Fuh!




Antara 2 jenis di atas, aku paling suka tempe. Itu namanya gorong bodoh saja. Lagi syiok kalau letak bawang banyak kemudian letak cili padi, ubi kentang. Waahhh! Terangkat makan. Ratah gitu pun sedappp.


Masa yang diperlukan untuk siapkan sarapan di atas hanya dalam 15 minit sahaja.


Sape suka tempe?
Kita geng. Adalah sikit keturunan jawa =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 13, 2015

Bekal orang bujang : Bakar-bakar



Semalam sebelum Isyak dah siap-siap potong bahan. Pagi ini terus campak dan bakar lebih kurang 30 minit.


Bahan campak bakar-bakar :
Sebiji bawang besar, 1 biji cili padi. sedikit bunga kobis, sedikit batang saderi, sedikit lobak, 1 biji kentang, sedikit sayuran hijau, sedikit lada, 2 biji telur, mayonis, 1 keping cheese, sebatang sosej, crab stick dan sedikit garam.


Menu "rajin" dari Yui. Miahahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 11, 2015

Bekal orang bujang : Sayur & ayam

Edisi bekal orang bujang bersiaran kembali.
Giler sekarang malas sungguh!




Menu semua versi malas. Hahahaha.


Sayur bunga kobis & telur
1 biji terung ( rendam dalam air garam & goreng sekejap )
Ayam diperap cincai


Cukuplah menu ini untuk breakfast & lunch. Silap-silap bawa ke dinner pula. Huhu.


Aish! Asyik sebut malas saja kan. Patutnya aku kena selalu kata rajin. Barulah terus rajin. Mehmehmeh.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 03, 2015

Bekal orang bujang : Sayuran telur kukus

Bekal seterusnya minggu lepas. Buat insan yang benar-benar malas nak bangun awal semata-mata nak siapkan sarapan, aku cadangkan buat seperti ini.


Malam sebelum tidur, potong siap-siap bahan asas. Bangun pagi, pecahkan 2 biji telur dan masukkan dalam bekas. Kemudian boleh kukus hingga masak. Kalau di pejabat, aku guna microwave lebih kurang 3 minit.




Bahan-bahan :
1/2 biji bawang besar, 1 batang sosej, sedikit lobak merah, sedikit brokoli, sedikit garam & lada sulah. 2 biji telur & sekeping cheese dicarik diletakkan di bahagian atas.






Makan ini pun tak habis. Bawa ke petang. Sedap juga di makan dengan sos lada hitam dan sos cili. Nyummy! Alhamdulillah kenyang.


Maaf ya sebab ini bekal orang mals macam aku =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 27, 2015

Bekal orang bujang : Ayam perap cincai

Edisi bekal seterusnya. Ini makanan aku untuk breakfast. Petang perap, pagi esok terus bakar. Senang untuk orang malas macam aku.




Aku pilih bahagian peha 6 ketul RM 6


Perap dengan :
Ground cinnamon ( serbuk kulit kayu manis )
Serbuk lada
2 ulas bawang putih ( cincang halus )
Sedikit minyak bijan/zaitun
Sedikit garam


Semua bahan agak-agak sahaja. Perap sekurangnya 1 jam. Lebih pun takpe. Kemudian bakar selama 30 minit dengan suhu 190' api atas bawah. Boleh juga guna pemanggang ajaib.


Cicah dengan sos lada hitam dan sos cili. Layan!


Sebenarnya banyak lagi bahan perap lain boleh tambah. Ikut selera masing-masing. Yang ini versi cincai a.k.a malas. Huhu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 25, 2015

Bekal orang bujang : Sayur & telur

Edisi bekal orang bujang diteruskan lagi. Oh ya, kat rumah sewa biasanya untuk dinner & breakfast akan aku masak cincai. You know cincai? Orang malas macam aku saja buat macam ini. Hahahaha.




Yang banyak itu sayur bunga kobis (ala-ala menu diet atkins )
Salad kobis
Telur dadar gulung


Bila aku update entry bekal orang bujang, rata-rata komen tanya aku masih berdiet atkins. Untuk pengetahuan semua, aku dah hidup macam biasa. Kadang aku suka buat menu atkins sebab ringkas. Bila dah terbiasa, macam inilah.


InshaaALLAH aku nak mula semula dengan fasa 2 untuk sambung diet. Kalau dapat angka 50 kg kira untung sangat itu. Sekarang berat 56-57 kg. Duk statik angka itu saja.


Semoga diri ini rajin. Lalalala.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 24, 2015

Bekal orang bujang : Brokoli telur

Sekarang mood ambil gambar bekal pula.
*sebenarnya takde idea update entry!
Meh aku share bekal seterusnya.




Brokoli celup dalam telur kemudian masak dalam pemanggang ajaib ( tak guna minyak )
Cicah pula dengan sos cili
Boleh tahan juga
Lagi sedap kalau tabur lada


Brokoli boleh rebus kejap atau tak payah pun takpe
Maaf ya, ini cara masak orang malas macam aku!
Yang penting senang disediakan
Hehehe.


Aku nak tengok sampai bila aku rajin nak bawa bekal!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^