tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, July 21, 2016

Tabung versi Yui

Payah kalau orang ada lambat kesedaran. Heeee, macam aku. Tabung memang ada tapi sebelum ini letak duit syiling aje. Konon best berat. Padahal kalau kira amaun tak banyak mana. Tabung pun kecil.


Ini idea awal tahun 2016.


Aku beli bekas di kedai RM 2. Bertutup. Tak nampak isi dalam. Aku mulakan setiap kali rasa nak letak, ambil je amaun apa yang ada dalam beg duit, dan masukkan dalam bekas ini. Kalau amaun besar tu, biasanya sebab aku dah tukar atau waktu gaji dah masuk. Duit raya aku dapat baru ini pun masuk dalam tu. Heeeee.




Adalah sekali dua aku kira amaun. Tak sampai RM 500 rasanya. Dok fikir nak tukarkan duit ini semua kepada emas atau tebus emas yang aku gadai. Nilai matawang tak berguna sangat sekarang. "Hangus"!!


Sekarang aku banyak fikir ke depan. Agaknya selaras dengan usia. Wakakakaka!!


Sebenarnya, kita kena didik kesedaran dari awal. Yang penting tekad. InshaaALLAH. Kalau sambil lewa memang tak jalan la apa kita rancang.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

18 dak comei sayang YUI:

NAZLIANA SI CUTE said...

tahun depan kena wat perancangan mcm ni lahh good ideal

Anum said...

wow berbaloi-baloi

Aty Fared said...

akak pon menyimpan cara ni.. bila2 letak jer duit dalam ni.. :)

SIQAHIQA said...

Memikirkan masa depan selaras dengan usia tu rasanya betullah yui. Sebab siqah pun camtu. Hehe.

Okay jugak idea yui ek.. Bolehlah siqah nak buat nanti 😊

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Wah!! Bagusnya Yui...jgn kira dulu..hujung tahun baru bukak...mesti ribu2 nanti :)

Orked said...

elok jugak Yui. buat gold investment.
tp kene rajin. jual beli. sbb emas harga naik trun kan.
kalau static je, untung x byk.
lagi pulak time kite nak trade tu harga emasa jatuh pulak. sya dulu rajin stdy pattern. skrg malas. rase nk pakai duit, sell. rasa tgh kaya beli balik. hahahahahahaa

Mrs Velentine said...

good idea.hati kena kuat kalau buat mcm ni

Rizziela said...

Bagus ni ... akak dok buat tabung colour duit.. tp dlm perancangan nak buat tabung dlm balang gak.. tp nak start bila tu yg x sure

zazanizam said...

yui, good idea.. nti kzaza nak try la hehe.

Zafirah Kama said...

wah ! rajinya,, ada dua tabung dekat bilik.. satu syiling, satu kertas...

since purse memang takde tempat coin, jadi sume coin memang masuk tabung.. kalau dapat coin, then nak beli barang lagi yang ada part sen2, tetap tak bagi sen2 tu.. hahaha

duit kertas tu pulak, men bubuh ikut rasa... hehe

Azirahman said...

wah...bagus..bagus menabung

jie susanos said...

haha..tabung ada tapi kurang isi..hhihi

AtieYusof said...

Salam Jumaat sis... wah banyak dah tu tabungan. ternampak note rm50. hehe... :)

Ana Fatihah said...

Saya simpan note rm5. Memang berbaloi2 laa dr smpan duit syiling. Tp nak msukkan tu pun memang kena brkorban lbhlaa jgak sikit. Hehe

NabilaHasyim said...

beli emas, simpan untuk jangka masa panjang..
tak boleh beli-jual dalam waktu terdekat..

beli dulu emas dengan duit yang ada..
nanti gunakan emas yang baru dibeli tu, untuk tebus yang lama..
recycle je tips tu sampai betul2 ada duit lebihan yang banyak untuk tebus emas di arrahnu.. atau pun dah sampai target nak simpan berapa gram..
* itu yg k.n buat la, hehehe

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

good idea! aina simpan ikut wrna.. =) mcm mcm cara nak menyimpan ni. yg penting kena kental. kan!

Unknown said...

good idea yui

Azhafizah MN said...

seronok menabung..fiza masih amalkan menabung syiling dan RM5