17 Jun 2014 = 6 tahun kami berkawan
Kalau dulu, setiap bulan terasa nak update tarikh istimewa. Tapi sekarang cukuplah untuk tahunan sahaja. Nampak macam over pula sebab baru "berkawan" bukan ada tali perikatan yang sah. Jadi batas itu masih ada.
Bila difikirkan, terasa cepat masa berlalu. Teringat zaman awal perkenalan. Teringat macam mana boleh hingga tahap ini. Walau dalam tempoh perkenalan, pahit manis itu tetap ada. Apa yang penting kena pandai handle untuk atasi setiap yang terjadi.
Alhamdulillah. Apa yang aku harapkan moga hubungan kami akan menuju ke fasa yang seterusnya. InshaaALLAH. Jika jodoh itu ada, pasti ALLAH mengizinkannya.
Doakan kami sebaiknya. Aamiin.
* Sebenarnya teragak-agak nak post atau tidak entry ini. Bacalah dengan nada bersahaja.