tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, April 15, 2015

JJCM : SATE LEGEND SATE TERBAIK DI IPOH

Hari Sabtu lepas sempat keluar makan satu keluarga. Adik lelaki yang belanja sempena gaji pertamanya sebagai seorang askar. Alhamdulillah, rezeki.


Mula-mula kami cadang nak pergi kedai makan lain, tapi sebab suasana kedai itu nampak suram, mak aku taknak masuk. Jadi pusing-pusing area Meru Ipoh cari kedai lain. Nasih baik aku memang dah survey dalam group FB Ipoh Halal Food terlebih dahulu.


Jadi malam itu. kami decide makan di kedai makan Manora. Di luar, ada jual Sate Legend. Kami order sate ayam dan kambing. Sampai sahaja pesanan, memang terbeliak mata.


Sebab apa?
Sebab sate besar. Sedap & sangat berbaloi dengan harganya. Malam itu tiada sate daging mungkin disebabkan habis. Iyalah, benda sedap memang confirm orang repeat order.


Sate ayam : RM 0.80
Sate kambing : RM 1.00


Di kedai order 30 cucuk, rasa tak cukup, order lagi 30 cucuk bawa balik rumah. Fuh! Nampak tak betapa sedapnya sate legend ini?



Lokasi : Restoran Manora Meru, Ipoh
( belakang klinik 1 Malaysia )

Untuk tempahan sate : 017-5773124


Malam itu, kami puas hati dengan sate berbanding makanan di kedai Manora. Miahahahaha!
Tak rugi korang cuba. Sangat sedap! Harap kesedapan ini kekal.



Terletak di luar kedai Manora




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

7 dak comei sayang YUI:

Wak Lat said...

salam. hee adik pompuan tu ke yg jadi askar., wahh tahniahnya ;p

Lynn Huraiza said...

Wahhh...best tu sate...

Kniedaz said...

kalau mai ipoh, ble la lajak cari...sate kambing tuuuu..yumyum

eima said...

mmg murah la yui 80 sen je tp besar2 .....

arysha_fayyadh said...

Assalam yui,
waaaaaaaaa
gedabak busat sate dia kan3

Unknown said...

suka sangat sate! nyumm22

Azhafizah MN said...

Besar sate tu..puas hati makan