tentang
banner
tutor
fb
home

Friday, September 09, 2016

Resepi Mudah : Sup Kaki Ayam Paling Senang & Sedap

Pertama sekali, syabas kat diri sendiri. Sebab berjaya masak sup kaki ayam. Ehhh, jangan peliklah, Yui akui Yui tak pandai masak.


Haritu sekali je tolong mak potong kaki ayam ni haaa. Potonglah kat jari tu. Buang. Takkanlah nak masak sekali kuku bagai kan. Hahahaha.



Amacam? Sempoi sangat resepi seiring dengan diri yang malas


Bahan-bahan

Kaki ayam ( Yui guna 7 kaki )
Air secukupnya 
1 bunjut Adabi ( bunga lawang, kayu manis dan herba biasa lain )
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Daun sup
Lobak
1 biji kentang 
Garam
Serbuk lada (kisar)

* kalau nak tambah sayur lain pun boleh


Cara-cara

Masukkan air, kaki ayam, bunjut, bawang, kentang dan reneh/rebus hingga kaki ayam nampak lembut. Biasanya akan nampak lemak dari kaki ( berminyak ). Sebab itu Yui tak tumis/letak minyak.


Dah mendidih dengan jaya, masukkan lobak. Biar dalam 5 minit lagi dan masukkan daun sup. Garam secukup rasa & serbuk lada.


Siap.


Siap masak dalam masa kurang 15 minit. InshaaALLAH sedap dan sangat mudah. 


Ada orang jenis tumis bahan dulu, ada jenis potong kaki bagi kecil. Ikut suka hangpa janji hangpa makan okay.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

8 dak comei sayang YUI:

Kakzakie Purvit said...

Hihi... takkanlah kot nak makan kukunya:)
Biasa kalau yg di pasar memang dah tak berkuku kan..

Ann Ishak said...

peberet hakak ni, sup kaki ayam tapi kena masak sendiri masak family...kedai punya cam tak lalu je :p

Jie Susanos said...

hhuhu..buat kat wife ni mmg suka la..

terbaik yui..

ros_reeza said...

Ros tak makan kaki ayam.. tapi, inilah kesukaan suami. Hihi.. tengok dia makan, sedap jer.. selalunya kari, masak asam atau kerabu kaki ayam.

azizah green line said...

sup kaki ayam xpernah makan..hihi

diariasma said...

Dah lama tak pekene sup ni..

Pha Is said...

nice.. saya suka ratah je kalau ada sup kakai ayam.. x makan dengan nasi dah..

safurara said...

nampak sedapppp!