tentang
banner
tutor
fb
home

Monday, June 23, 2014

Kes remaja OKU dikurung di Nilai

Pastinya ramai mengetahui tentang berita yang amat mengejutkan rakyat Malaysia. Penemuan remaja OKU berusia  15 tahun di kurung & berada dalam keadaan yang menyayat hati di Nilai. Sangat memeranjatkan apabila melihat dirinya yang sangat daif.


Melihat video yang telah tersebar luas itu telah membuatkan air mata ini menitis. Satu perkataan yang terlintas difikiran, KEJAM! Laju sahaja berfikir siapa yang sanggup memperlakukan beliau sebegitu. Dengan status OKU membuatkan hati terasa lebih sebak.


Ibu? Ibunya telah ditahan reman untuk siasatan selanjutnya. Melihatkan raut wajah ibunya, dengan gaya, rupa seperti agak mustahil "kemiskinan" melanda mereka sekeluarga. Walau semiskin mana tidak bermakna boleh melakukan "kekejaman" sedemikian kepada manusia lain terutama anak sendiri.


Pada pandangan mata aku sebagai manusia, walau apa pun situasi kita tidak bermakna perlu memperlakukan seorang manusia seperti itu. Binatang juga tahu sayangi anaknya. Inikan manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras.  


Melihat kepada keadaan terkini adik itu, alhamdulillah. Dia berada dalam jagaan baik pihak hospital. Moga dia sentiasa dalam keadaan sihat & manusia yang memperlakukannya sebegitu dikenakan tindakan sewajarnya. Moga nasibnya terbela.


Yang benar,
Insan yang berhati tisu





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

14 dak comei sayang YUI:

Anum said...

sedih kan

Unknown said...

Kisah tu sangat menyayat hati.. Huhu. Sedih sangat.

Mar Mansor said...

Betapa besarnya kuasa Allah SWT, hingga kita dipertemukannya dgn tidak disangka2

Cik Itah said...

salam. entahla yui..tak tahu nak cakap apa da..kesian sungguh

Cik Rose said...

sedih sangat bila tahu berita ni

Unknown said...

harap mak dia dapat hukuman setimpal..sebab dah tua..kan??mustahil tak reti jaga anak..

Syazana Zainn said...

kan yui.
kite sakit sgt hati
tak kisah la apa masalah yg mak dia hadapi sekalipun
dia x patut buat anak dia macam tu

Azhafizah MN said...

semoga ada pembalasan atas kekejaman yang dilakukan..

lynndamya said...

Salam, wuu tgk video nya mmg sedih betul..kesian budak tu, nasib org yg jumpa dia tu usap2 pale budak tu, sedih tgk...mak dia, xtau lah nak cakap ap, jawablah dgn Tuhan klw betul dia biarkan anak dia mcm tu sbb malu nk jaga..hmm, tp Alhamdulillah, sbb budak tu dijumpai dan diselamatkan..:)

AnneRaini said...

akak menangis tgk video tu...baca paper pon sebak...

Unknown said...

tergamak sungguh mak dia buat camtu kan.. kesiannyaa..

Tie HT said...

susah tu masalah lain
mintak lah tolong orang terdekat
takkan tak boleh..
kalau orang tak nak tolong bawa ke jkm baru boleh salahkan orang len

fieda said...

sgt2 tak dpt terima apa yg mak dia buat..

Shida Radzuan said...

serius yui..shida tfikir2 lah..org yg betul2 sssh pn xtgalkn ank dorg..ni lg2 OKU huhu..mmg kesian dgn nasib adik firdaus ni.