tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, September 22, 2016

BEANIE HALL adalah tarikan terbaru di TGV Aeon Klebang, Ipoh

Baru-baru ini Yui menerima jemputan dan berkesempatan hadirkan diri ke TGV Aeon Klebang, Ipoh. Nak merasai sendiri TGV baru di sana. Motif utama nak rasai pengalaman berada dalam panggung yang dikenali Beanie Hall. Panggung yang lebih special untuk anda.


Untuk pengetahuan anda,
Beanie Hall adalah yang kedua di Perak dan bagi Yui amat selesa serta lebih privasi. Terasa macam berada di rumah tauuu.



Kenapa anda perlu rasai sendiri berada dalam BEANIE HALL?

1) Ruang yang lebih selesa 
2) Hanya ada 15 kerusi
3) Setiap kerusi untuk 2 orang, bermakna hanya 30 orang dalam panggung
4) Kerusi yang empuk dan memuaskan hati
5) Harga berpatutan hanya RM 50 ( satu kerusi/2 orang )


Berita baik buat anda!


Harga promosi hingga 31/10/2016



Yui dah rasai dan memang seronok. Rasa nak baring sambil tengok cerita. Pantang lepa, nanti tertidur plak. Hahhaha.


Selain Beanie Hall, pihak TGV juga ada sediakan panggung khas untuk FAMILY FRIENDLY WEEKEND. Boleh bawa masuk baby dan ada kemudahan lain yang disediakan. RM 10 untuk dewasa, RM 5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dan percuma untuk usia 3 tahun ke bawah.



Nak tahu lebih lanjut pasal TGV Aeon Klebang, Ipoh, anda boleh lawati laman web berikut untuk informasi terkini.








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

11 dak comei sayang YUI:

Siqah Hussin said...

Bestnyaaaa!! Jangan tertidur dahlah masa tengok wayang :D

Mia Liana said...

wahhhh.. selesanya.... terpegun jap..

psssttt.. jemput join giveaway mia... http://www.mialiana.com/2016/09/giveaway-3d-gold-stemcell-serum-my.html

Nora Karim said...

Wah bestnya... kalau dengan anak-anak memang suka la depa sambil baring tengok movie...

♥♥ Cik Nur ♥♥ said...

wahhhh.... macam menarik je sofalore dia...
kalau semua TGV ada nak juga Nur try test... ^_^

timm bill said...

syoknya..penang punya wayang ada ke style gini yer..huk3..

Gee Lion said...

Bilalah agaknya nak ada kat tempat saya?
Macam tak akan je kan..
Huhu..

mun said...

wahhhh syoknya... ni kalau dapat kat moon..mau lena terus..hehehe

orked violet @ SYA said...

style kan

husna zahidi said...

boleh bawak selimut tak?? jukkkkk! hahaha..

IntaNBerliaN said...

nampak empuk bebenor kerusinya tu.... akak sejak ada anak, xpernah masuk panggung dah.. hahha

tapi bila baca ada yg family punya, mcm best plak

Azhafizah Md Nor said...

wahh..bestnya ada macam ni.