tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, September 07, 2016

Tempat menarik di Penang : Teddyville Museum,Penang

Korang suka berjalan tapi tak tahu nak tuju kemana, Yui cadangkan korang pergi ke Penang. Memang banyak tempat menarik di Penang yang boleh korang kunjungi antaranya ialah Teddyville Museum, Penang.



Korang akan terpegun saat melangkah masuk muka pintu. Sebab akan nampak bear yang sangat-sangat besar. Teruja okay! Kalau orang dewasa pun seronok, budak-budak mestilah lebih lagi. Kan bahagia gitu.



Kan dah habaq, besar sangat-sangat bear ni!!




Meh bagi pengenalan serba sedikit.


Dalam Teddyville Museum ini ada lebih 500 bear. Dari saiz kecil hinggalah besar. Paling menarik, usia bear pun ada yang mencecah 100 tahun. Wowww, lama sangat kan tu!



Inilah orang yang sudi guide kami bercerita sejarah bear
Mr Yeap


Jom tunjuk serba sedikit apa yang ada dalam Teddyville Museum.





Setiap bear ada kisah tersendiri 




Korang akan tersentuh bila tahu sejarah setiap bear yang ada. Ada yang tragis dan menyedihkan. Sebab itu ia dikumpulkan di sini agar kita lebih tahu dengan lebih dekat.


Jom tengok gambar lain yang sempat ambil. Buat kenang-kenangan.



Kisah Baba & Nyonya


Kisah perkampungan



Kaum India
Kaum Cina


Yang ini plak bear menggambarkan Tan Sri P. Ramlee
Sebelah tu "Saloma" celup
Muahahaha!



Perghh, nampak real kan makanan ni



Jemput makan semua



Wah, makcik tengah mencanting ya








Secara kesimpulan, memang tak rugi kalau datang ke Teddyville Museum, Penang. Sangat berbaloi dengan harga tiket sebab anda akan puas bila masuk ke sana.


HARGA TIKET

Dewasa                   RM 36      *mykad ( RM 27)
Pelajar                    RM 29      *mykad ( RM 22)
Kanak-kanak         RM 25       *mykad ( RM 15)
(bawah 3 tahun percuma)
Ini lah antara Family Blogger Utara yang dapat hadirkan diri
Ramai lagi sebab datang dengan keluarga masing-masing


Kalau korang nak pergi, ini maklumat yang Yui sertakan


Teddyville Museum Penang
(Ground Floor) Doubletree Resort by Hilton Penang
Batu Ferringhi
Jalan Low Yatt
11100 Penang, Malaysia

Eskay Yeap (General Manager)
+6 016 550 5949

Facebook : TeddyVilleMuseum





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

16 dak comei sayang YUI:

Mrs Velentine said...

wah macam2 jenis bear

husna zahidi said...

tak puas nak cekik bear2 kat sana..>.<

Nurzakiah Hanum said...

bestnya kena terjah nie

aswadz said...

kat feringghi ye. tak perasan pulak ada muzium ni.

Nur Atiah said...

comelnya bear

Diana Rashid said...

Alah..tak lengkap pun..berapa harga tiket..nanti mesti orang akan google "harga tiket musium teddy"..ha,..cemana orang nak jumpa..ekeke

ZULHILMI TEMPOYAK said...

rasanya bila boleh kita pi skali? kahkahkah

Dunia Zumal said...

Rasa macam nak p lagi

Jie Susanos said...

Ergghh..main dgn teddy bear..

Mnarik..

anis abdullah said...

Teddy bear..teddy bear..nanti kalau pergi anak nak bawak balik bear payah gak.

Gee Lion said...

BEAR... BEAR EVERYWHERE.......

Mia Liana said...

alahai... cute2... nya

psssttt... Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #25

Senarai peserta telah di update di http://www.mialiana.com/2016/09/senarai-url-blog-25.html

Semoga berjaya... (^_^)

- Mia Liana -

aRz MoHa said...

nampak ja macam kecik musuem ni...tapi sebenarnya 9000 kaki persegi...penuh dengan teddy bear...

orked violet @ SYA said...

ala... comel nye. teringat ade satu cite korea tu. ape ntah tajuk die

ni kalau zaman belajar dlu dah pergi kot. sbb dekat. skrg nk pergi kene plan macam-macam. uwaaaaa

Mar Mansor said...

macam best..bear pon besar macam saiz sebenar cuma bear ni comel2..ye dak?

Ika Sani said...

alaa Ika duk Penang juga... Taktahu pun ade ... Comel la Teddy bear ni semua
http://www.unlimitedbeautysecret.com/