tentang
banner
tutor
fb
home

Monday, October 24, 2016

Bila ada kucing dibuang lagi di rumah

Maaflah sebab siapa yang friend dengan Yui di FB pasti nampak Yui bertungkus lumus buat jualan terdesak sebab nak cari #danauntukmeow.


Kisahnya sebegini,
Minggu lepas mak bagitahu Yui ada kucing yang tiba-tiba masuk dalam pagar rumah. Umur rasanya lebih 5 bulan. Kucing tu manja sangat. Nak dibelai. Bila diperhatikan, rupanya dia ada masalah cirit birit tanpa dia sedar. Kadang sedang kita pegang dia pun boleh terkeluar tahinya. Mungkin sebab itu "tuan mangkuk" dia buang dia di rumah mak abah Yui di SS.


Yui bukan apa,
Kucing tu kucing dibuang tambah pula dia betina. Risiko dia akan bunting sangat tinggi. Yui dah fikir, kalau sampai hari Ahad dia masih di dalam pagar rumah, memang kena mandulkan dia & ubati dia untuk masalah cirit.


Maka,
Sabtu dan Ahad Yui pakat upload jualan peribadi Yui termasuk subang emas 916. Dan hasil jualan memang Yui salurkan untuk kegunaan anak-anak bulus. Sayangnya hanya 1 saja terjual untuk amaun bernilai RM 25 walhal Yui memerlukan sekurangnya RM 160. Untuk mandulkan kucing jalanan itu dan seekor lagi kucing Yui, Dedek.


Ada individu-individu yang menderma RM 40. Maka terkumpul RM 65. Tiba-tiba ada seseoarang yang Yui kenali ( dia pelanggan Yui ), tanya pasal kucing dan tanya berapa yang terkumpul. Yui bercerita padanya. ALLAH, tak sangka dia topup lagi sampai RM 100 untuk cukupkan walhal dia juga jaga banyak kucing.


Bukan mudah nak jumpa individu macam ini kan?
Yui hargai kepercayaan mereka terhadap Yui dan mereka ikhlas untuk anak-anak bulus.


Alhamdulillah.
Ada juga individu di kalangan blogger yang pernah tolong Yui untuk anak-anak bulus. Terima kasih korang, terima kasih tak terhingga.


Kadangkala Yui ada masalah-masalah tertentu. Contohnya masalah kewangan, masalah perlukan cuti untuk bawa mereka ke Veterinar. Alhamdulillah, hari ini kawan Yui akan tolong bawakan. Nasib dia perasan post Yui.


Doakan ya.


Kucing itu datang pada hari kelahiran Yui 18/10/2016. Mungkin ada hikmah semua ini.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

11 dak comei sayang YUI:

BaNu Syah said...

Alhamdulilah, moga rezeki yui bertambah la hendaknyer bila jaga2 kucing ni semua n moga semua kucing yui sihat2 semuanya..

SNM Mohamed said...

Subhanallah...Insyaallah, si bulus pasti akan mendoakan org² yg membantu dia. Yana faham tu, sbb Yana pun catlover dan mmg bela kucing.

Regards,
SNM_Yana Afi Mohamed

Norhayati Mohd Isa said...

Semoga usaha Yui dipermudahkan..
Memang sukar utk menjaga kucing betina mudah bunting..

Rumah akak pun ada seekor kucing mendatang ke rumah..
Tapi anak akak yg seorang ni penggeli kucing..
Jadi menjerit-jerit ketakutan..
Jadi nak bagi dia makan kena kat luar rumah..
Kucing ni bijak pula..
Bila cakap tak boleh masuk rumah..
Dia duduk jer depan pintu tu..
Siap letak kepala dia didepan pintu..
Kekadang lucu pulu tengok..

Ann Ishak said...

semoga usaha yui diberkati dan dipermudahkan

Atie Yusof said...

Alhamdulillah.. murah rezeki sis..ada yg sudi menolong... :)

Anis Azalea said...

Suka ya kucing. Rumah kami ada kucing pendatang berak2..haish..

wahida said...

mudah2an urusan yui bersama kucing2 ni dipermudahkan...
besar pahala ko yui...insyaAllah...

miss eimanhikmah said...

Semoga usaha Yui dipermudahkan..

nini said...

Alhamdulillah...semoga dipermudahlan semua urusan yui

azizah green line said...

allahuakbar mulia hati yui n kawan2 yui tu

Azhafizah Md Nor said...

semoga urusan Yui dipermudahkan