tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, June 25, 2014

Ahli keluarga baru, Atam

Sabtu lepas 21/6/2014, aku dan mak singgah makan di kedai nasi ayam berdekatan rumah. Sedang berselera makan, datang 2-3 ekor kucing. Aku sebagai pencinta haiwan, laju kongsikan ayam yang ada bersama mereka.


Hati tersentuh saat tengok seekor baby meow yang sangat comel datang meminta makanan. Aku bagi isi ayam & dia selera makan sampai tak habis. Huhu. Dah kenyang makan, dia main-main kain mak aku. Agaknya ajak bergurau.


Sambil aku makan, aku cakap "kalau nak ikut, duk sini diam-diam tunggu sampai kita habis makan tau". Tak sangka, memang dia duduk sahaja bawah meja. Ya ALLAH, dia memahami apa yang aku katakan.




Time bayar, aku terus tanya owner kedai boleh tak aku ambil anak kucing tu & dia senyum sahaja. Maknanya bolehlah kan? Hihi. Part paling best bila aku bawa balik hanya dengan naik motor. Dia diam dalam raga. Cute sangat!


Jadi, bertambah lagi keluarga baru walau yang masih ada di rumah lebih 20 ekor. Atas dasar simpati, maka tak sampai hati nak biarkan sebab dia masih kecil.


Baby meow diberi nama Atam oleh mak aku. Sempena memperingati Atam yang telah tinggalkan kami. Kesian tengok keadaan Atam.


1) Ada kesan luka
2) Banyak kutu
3) Sakit mata
4) Perut kembung ( cacing )


Alhamdulillah sampai sahaja di rumah aku terus mandikan dengan air suam. Rawat sementara dengan beri ubat cacing & ubat kutu. Bersihkan tahi telinga & tahi mata. Rawat sendiri dahulu sementara hendak bawa ke Veterinar.


Moga ALLAH permudahkan urusan & murahkan rezekiku untuk turut sama-sama berkongsi dengan meow-meow yang ada. Dana untuk meow masih ada. Jika ada yang berminat nak beli, boleh tengok { sini }. Hasil jualan 100% untuk tabung meow.


Terima kasih kepada mereka yang pernah membeli & yang turut menderma dengan seikhlas hati. Moga ALLAH balas jasa baik kalian.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

6 dak comei sayang YUI:

Cik Itah said...

salam. ahai..comel ja atam :))

AnneRaini said...

baguslah yui buat baik dgn haiwan... akak ni xbape reti dgn kucing ni...angkt kucing pun takut. selalu tu cuit2 je. nk angkat2 peluk mmg fail..

lynndamya said...

Salam yui, ah teringin nak buat mcm ni jugak, pantang jumpa kucing, mesti xsmpi hati nak tggalkan tau..tp tu lah, kwasan persekitaran umah tak membenarkan sgt..wuwu, jiran semua tak suka kucing..kucing yg skang kat umah ada 2 ekor je, tp nasib baik ada kucing2 jalanan..boleh lah bagi2 makan and main2 dgn diorang..haa jade Atam baik2 ye, hehe :D mesti comel nanti :D

Syamimi Saad said...

asslmkm.. comelnya.. :)
mmng tak sampai hati nak tinggalkan, kan kalau dia jnis memahami..

Anum Abdullah said...

comel lah kucing yui..

Shida Radzuan said...

yui..baik hati yui..rasa tsentuh dgn cara yui dgn haiwan..tp malang shida takut kucing xleh nk dekat sgt huhuuu..