tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, September 06, 2016

Kisah & gosip terkini menjadi bualan rakyat Malaysia

Lama dah Yui takde nak bercerita pasal artis terutama melibatkan gosip. Tapi sekarang terdetik nak menaip juga. Terkejut juga sebenarnya tapi bila fikir, kita manusia biasa yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan.


Kisah pertama
Uqasha dah kembali free hair. Dulu dia hadir dalam industri, free hair. Lepas tu berhijab setelah putus cinta jika Yui tak salah. Dan baru-baru ini dia mengaku dia sudah tidak berhijab. Sebab 3 tahun dulu berubah adalah kerana putus cinta.


Kisah kedua
Yang ini baru dihebohkan malam tadi. Tengok lagi pagi ini, ALLAH memang benar. Kisah Safiey Ilias. Tak kenal? Founder Perlaking. Dulu dia berubah menjadi wanita walhal dia lelaki. Dan awal tahun ini jika tak silap, dia dah berhijrah. Mula berubah. Mula nampak dia bersama para alim ulama.


Tapi baru ini, dia mengaku dia masih cenderung ke arah wanita. Dia dah tukar profile picture kepada bertudung. Ada yang berkata, itu semua strategi marketing untuk lariskan produk. Korang boleh cari dia FB atau IG.


Allah,
2 kes berbeza tapi 1 sahaja yang Yui nampak. Nampak seperti mempermainkan. Yui taknak panjang lebar tapi itu sahaja yang dapat Yui rasakan.


Islam itu hebat.
Yang mahu berubah, itu adalah datang dari diri sendiri. Bukan kerana tiada kekuatan, tak tahan dicaci dihina. ALLAH mengampuni umatnya selagimana kita masih mahu berubah ke arah kebaikan.


Siapa kita untuk menghukum tapi kita juga mampu untuk menegur.


Apa pun doakan yang terbaik buat diri mereka dan juga diri kita. Kadang tanpa sedar, kita lagi "jahat".




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

12 dak comei sayang YUI:

Suria Amanda said...

Macam2 hal la skrg kan...

Mila Ahmad said...

pilihan pada kita, nak jadi seperti apa.kita doakan yang terbaik buat mereka.dibukakan pintu hati untuk bertaubat sekali lagi. Semoga dpt hidayah yang sebenar-benarnya.

Mang Lembu said...

jadi seperti itulah yang disebut bualan warga sana ya kak

Anum said...

macam2 kan skrg

Anis Azalea said...

Bila nafsu menang. Manusia lupa nafsu ialah highway syaitan.

eima said...

hmmm entah la ape nk jd hukum ASllah boleh dipermainkan mcm tu .. semoga kembali ke jln yg benar

J.Syazwana said...

nak berubah memang senang. Tapi nak istiqomah tu payah kan. semoga kite semua kekal dalam hidayah Allah. Aamiin.

Dunia Zumal said...

Moga kita semua mendapat hikmah dari mereka itu. Berubah la ke arah kebaikan...

raihanah said...

kesian juga kat dia tu actually

jie susanos said...

Emm..selalu doakan yg terbaik..

Unknown said...

sedih kan.. nampak iman masih xkuat lagi

Orked said...

yang setuju / support tindakan dorang tu sya paling tak paham :(