tentang
banner
tutor
fb
home

Friday, March 21, 2014

Tips untuk membeli kucing

Sebenarnya lama dah ditanya tapi baru sekarang aku ada masa. Maafkan saya ya untuk yang bertanya. 



Jujur, kucing-kucing yang ada di rumah hanya 2 ekor sahaja yang pernah dibeli. Yang lain semuanya hasil pembiakan tanpa dikawal. Huhu. Yang dibeli ialah Shinchan & Lela.


Tips mudah atau ringkas dariku :

1) Pastikan mengenali atau memahami jenis kucing yang ingin dibela ( jenis/kategori kucing )
2) Bandingkan harga dijual dengan pet shop lain 
3) Lihat keadaan keseluruhan kucing itu 
4) Dapatkan maklumat asas dari mereka yang lebih berpengalaman


Itu tips mudah atau paling ringkas aku dapat kongsikan. Macam aku sendiri, pernah beli kucing sebab rasa KESIAN. Kesian tengok keadaan dia. Bila kita pegang, dia manja dengan kita & automatik buat aku suka dan dapatkannya. Ini kes Shinchan.


Macam kes Lela, aku beli sebab tengok keadaan dia tak berapa ok. Telinga penuh dengan tahi. Kotor. Jadi aku kesian dan aku beli. Walhal adik beradik lain ada, sayu hati tapi duit bukan banyak nak beli semua.


Bagi mereka yang nak membela binatang, sekurangnya kasih sayang & kebajikan itu ada. Itu semua untuk kebaikan bersama.


Percaya atau tidak, kalau kita ambil stray cat dan jaganya dengan baik, inshaaALLAH akan comel. Tapi masing-masing ada citarasakan? Kalau mampu boleh bela kucing parsi yang memang banyak bulu kembang.


Pengalaman aku, kucing biasa lebih kuat daya tahanan dari kucing parsi. Seperti Eton Junior.


Moga rezeki anda lebih murah dengan membela makluk ALLAH ini. InshaaALLAH.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

9 dak comei sayang YUI:

En. Kronik said...

kempunan nak berbesan dgn cuk yui..

Nadia Johari said...

nad tak penah beli..selalu kucing datang umah..kucing sape2 ntah..hhee

Mr.Superman said...

teringin gila2 nk bela kucing kaki pendek,bulu lebat,ekor kontot. :/ wlpn tak reti belai kucing. tgn berpeluh. kesian kucing yg dibelai.

Mr.Superman said...

teringin gila2 nk bela kucing kaki pendek,bulu lebat,ekor kontot. :/ wlpn tak reti belai kucing. tgn berpeluh. kesian kucing yg dibelai.

Jahirah said...

akak bela kucing biasa je...xpnh lg bla kucing mahal..ye la citarasa msg2,duit msg2...hihi

Chot said...

Seblm beli kena ada ilmu jgk la sikit2...takut nnt ta berbaloi..yg pnting tau baka dan nilai pasaran semasa...
Itu kalau nk beli la..tapi kalau ada yg free knpa nk beli..haha..kucing yg dikasi pun akan tambun2 kalau dijaga baik.

Unknown said...

TQ yui utk tips2 tu.. kucing parsi susah sikit nak jaga.. hari tu kwn saya nk kasi stray cat, mgkn sy akan pertimbangkan..jimat kos sikit..huhu

Unknown said...

Oh baru tau...

Azhafizah MN said...

yang penting kasih sayang ;)