tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, April 14, 2016

Makanan untuk Shinchan & Lela

Kucing-kucing aku masing-masing ada makanan kegemaran sendiri. Terutama Lela, memang memilih. Kalau tak dapat apa dia nak, sanggup taknak makan, kita yang tengok plak kesian.


Okay, sebelum ini makanan mereka berdua adalah Blackwood. Tapi sekarang dapat tau supplier taknak ambil sebab mahal. Jenuh gak wei nak cari brand lain. Ingat senang nak bagi deme suka??




Haritu jalan-jalan kat AEON, jumpa plak jenama ini. Sajalah ambil buat "ujikaji". Alhamdulillah, Lela makan. Taktaulah nak gambar macam mana perasaan lega. Hahahahah.


Dah Lela makan, Shinchan pun makan juga. Jadi, deme dua ekor punya makanan adalah jenama Pylkron sekarang. Shinchan tak memilih, brand Tesco pun dia telan ajeeeee.


Harap jenama ini kekal ada. Sambil tu aku kena survey brand lain juga.


Aku sembang pasal kucing-kucing aku ni. Korang baca habiske?? Heeeee.










guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

5 dak comei sayang YUI:

Siti Nurzafirah said...

Tak pernah tengok lagi brand ni.. selalu beli brand Tesco..

husna zahidi said...

kemain demand.. hahaha..
kucing kat rumah siang malam mkn ikan rebus gaul dgn nasi.. mkanan kucing mcm tu spare utk tetiba lapar je, pastu nanti pepandai laa diorg cari.. comel je kdg masuk rumah cari mkn sdiri.. hahaha..

• Ain Cho'in • said...

Alahaiii, demand belaka. =D

Cik Itah said...

syukurla Lela makan :)

Azhafizah Md Nor said...

kucing memang memilih makanan..kalau makanan lama dalam mangkuk memang tak makan. kucing fiza makan royal canin..makanan lain xnak. terpaksalah ikutkan tekak dorang tu..asalkan sihat dan happy :)