Alhamdulillah. Itu yang dapat ku ungkapkan setelah melihat keadaan Eton Junior sekarang. Maklum sahaja, pertama kali lakukan pada kucing tersayang. Sangat mudah dari awal hingga sekarang.
Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter & kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang
Blog rujukan : Langkah -langkah sebelum & selepas mandulkan kucing
Keputusan di ambil setelah meneliti pelbagai aspek di tambahkan bilangan kucing sudah mencecah 30 ekor. Dengan keadaan rumah taman sahaja, inilah langkah sebaiknya. Lebih 3 tahun membela binatang comel ini dan baru ini keputusan sebegini dibuat.
Jom aku ceritakan kronologi untuk memandulkan kucing
1) Telefon veterinar untuk temujanji ( veterinar kerajaan )
2) Kucing perlu berpuasa sekurangnya 8 jam sebelum operation
3) Diberikan ubat lali & proses pembedahan dijalankan ( ada rekod video )
4) Proses lebih kurang 30 minit untuk pembedahan
5) Diberi ubat pil untuk diberikan kepada kucing ( 5 hari )
6) Bayaran RM 80 untuk betina, RM 40 untuk jantan
Jujur, eton junior tidak lali sepenuhnya atau pengsan. Dia separa pengsan. Aku rekod video dari mula hingga akhir proses pembedahan.
Balik rumah pun eton junior tak tidur. Cuma dia agak lali. So, aku letak dia dalam bilik aku. Tanpa kami lihat sebab dia agak agresif mungkin terasa kesan jahitan. Bila petang, alhamdulillah masukkan dia dalam sangkar besar dan anak-anak dia menyusu dengan sempurna.
Syukur sebab proses berjalan lancar. InshaaALLAH lepas ini ada lagi kucing betina yang akan dimandulkan. Ini tanggungjawab besar untuk kemudahan bersama.
* Kalau nak tanya apa-apa pasal kucing, silakan. Yang mana aku tahu, aku akan jawab ya. Ada tanya pasal tips beli kucing, nanti aku ceritakan berdasar pengalaman.

Update :
Kalau kucing baru beranak, sebaiknya tunggu 3 minggu
selepas beranak
Agar rahim dia kecut if tak salah kata veterinar
( kes Eton Junior )
17 dak comei sayang YUI:
xtau nk kesiankan ke or nk apa.hehe.tp kalau kita syg kan kucing tu.kita mandulkan lah senang kan yui.dr nk buang anak dia.xsampai hati pulak kan.
KEMBALI SIHAT
Slmt dh eton junior....moga dhat trus la dia lpas ni...
jauh jugak beza harga jantan dengan betina kan. kite ada terfikir juga nak kasi kan kucing2 ni. tapi fikir banyak kali jugak ni. hehe :D
Nk kasi kan dedet jgk...mse bila yg sesuai utk kasi kucing lepas beranak yui?
ko ni penyayang betui kan .. bgs la ...
tp kurung diiorgs emua dlm sangkar jgn biarkan diorg pi rumah jiran ye .. kesian jiran klu hari2 asek cangkul taik kucen ..kikiki tu kes aku ...tp saje pesan kat hang dik ... hihi jgn mrh no
alaa tetiba rasa kesian pulak di mandulkan.. tp dr beranak pinak.. banyak tak terjaga pulak kan..
kucing aunty fifi lepas mandul jadi cepat terperanjat.. taktau kenape.. nanti yui share la perubahan eton junior pulak..
x elok kan mandulkan kucing jntn? kucing betina tu xpe la.. itu yg akak penah dgr la org kata.. kesian plak..x sggp nk tgk gmbr tu.. huhu..tp nk wat camne kan kalo terpaksa.. mcm tu gak ngan akak.. manalah tahu kan kot2 akak pun terpaksa mandulkan kucing betina.. kucing jntn tu x la ...
psstt.. nanti akk terjah lain2 entri k.. mood ke laut sekrg ni nk komen byk2.. hukhuk..
Kucing keluarga akak kat kampung pun der kena kasi... sekarangni umur kucingtu dah 17 tahun.. sihat walafiat.. tuler tengok cam awet muda lak kucingku itu...
kucing bolat dh mati ;( mati bunting anak sulung .
sedihh tgok luka2 kt bdan kucing,apatah lagi nk kasi operate mandulkann ni
semoga eton cepat sembuh dari sakit tu.
ramai tol kucing yui kan.. kira satu family yui tu suka kucing la ek.. semua pakat2 jaga?
banyaknya kucing yang yui bela!
Zara xpro bab2 kucing ni.. hehe
Kalau kucing selepas dimandulkan, ada ke mcm perut nmpk besar sedikit dan mcm kedut gitu lah😂. Lemak dia mcm terjatuh cmtu. Pastu sy ras mcm ada ketulan dkt bwh perut x silap sy.
@Mimi amiesha
Kucing yui takde pula jadi begitu lepas mandul. Lebih baik check vet semula. Takut ad masalah lain.
Post a Comment